Sebahagian Peringatan Allah dalam Surah Al-Jumu'ah

Sebahagian Peringatan Allah dalam Surah Al-Jumu'ah
"Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Al Jumu'ah; 09)

Azan Jumaat telah memanggil,
Tinggallah dulu berjual beli;
Suruhan Allah usah ditinggal,
Banyakkan ibadat amal digali.

Solat sudah berzikir sudah,
Carilah rezeki biar bergunung;
Beruntunglah insan mengingat Allah,
Mencari damai sudah dihitung.

Sama berbahagi rezeki Allah,
Kaislah amal sebelum maut menanti;
Menegak agama jangan mengalah,
Terkunci amal dijemput mati.

Ayat Allah jangan didusta,
Kaum zalim tertutuplah hati;
Amal yang baik sama dikota,
Amal dikubur sedang menanti.

Banyakklah berfikir mencari untung,
Ayat Allah banyakkan disebut;
Tegak agama kalian beruntung,
Iman dipaut tak kan hanyut.

Bera,
17 07 2014


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Kapal Berlayar Mencari Dermaga