Posts

Showing posts from May, 2015

Pantun Mencari Keseronokan Bekerja

Pantun Mencari Keseronokan Bekerja Baik-baik menangkap keli, Tempatnya betul sebelah hulu; Salahkan orang jangan sekali,. Diri sendiri betulkan dahulu. Jangan mudah jadi dedalu, Salah diri usah dicerita; Kemahiran diri tingkatkan dahulu, Baru orang bersama kita. Mari bersama menanam mangga, Binalah juga kolam ikan; Hubungan baik mesti dijaga, Mana yang silap sama betulkan. Hasil menuai sama disimpan, Padi bernas sama ditapi; Bersikap profesional letak dihadapan, Penting diri tolak ke tepi Taman harum sangatlah cantik, Bunganya harum sama disimpan; Dapat ganjaran tentulah baik, Mana yang hak berikan penghargaan. Bandar Bera, 27 02 2015

Sayangi Kesihatan Diri

Sayangi Kesihatan Diri Wang membazir bukan sedikit, Belanja harian semakin kendur, Merokok itu memanggil penyakit. Mengapa payah untuk mengundur? Pergi ke hutan mencari palas, Pulang petang usah bermalam; Badan sihat otak cerdas, Mengapa diri malas bersenam? Kurangkan daging jamahlah ikan, Mari bersenam makan sedikit; Memanah berenang sihatlah badan, Relakah diri dimamah penyakit? Nafas sesak sangatlah perit, Penat berjalan nampak tercunggap; Merokok itu memanggil penyakit, Mengapa di mulut masih berasap? Bera, 02 03 2015

Seorang Lelaki yang Kaukenali

Seorang Lelaki yang Kaukenali Tidakkah itu seorang lelaki Berbadan tegak gagah perkasa bahasanya berbisa Lelaki seorang negarawan menjadi sebutan dibibir setiap insan Lelaki seorang hartawan itu hartanya sudah mencapai jutaan Lelaki seorang sasterawan itu karyanya sudah berjilid Lelaki seorang cendikiawan di pentas cendikia itu kajiannya tidak terbilang Lelaki seorang angkasawan membelah angkasa tanpa sempadan Lelaki seorang ulamak besar kitabnya tersebar ke serata alam Lelaki seorang politikus itu semangat siasah tidak pernah menikus Lelaki seorang pentadbir itu kata bicaranya semua orang akur tidak bisa berdengkur Lelaki seorang usahawan itu hartanya seperti cendawan padang selepas hujan Lelaki seorang peladang tanamannya membuah disimpan sepenuh gudang Lelaki seorang nelayan hasil tangkapan sepenuh kapal Lelaki seorang olahragawan itu namanya harum menjadi sebutan Lelaki seniman itu hasil karyanya melempasi sempadan Atau siapa saja dilahirkan lelaki yang menempah tiket kejayaan.

Integriti

Integriti Harapkan pegar habis makan padi, Amanah kerja tidak menjadi. Waktu kerja banyak bersembang, Hasil kerja banyak temberang. Kononnya hadir masuk pejabat, Masa kerja tiada pernah tepat. Keluar kerja hendak berehat, Masuk semula sering terlambat. Keluar makan melepas penat, Masuk pejabat perut berat. Waktu kerja belum habis, Pelanggan di depan nampak menangis Wang diberi untuk rakyat, Belakang pejabat berbuat jahat Buat kerja asal jadi, Kualiti kerja tidak menjadi. Wang gaji sudah diberi, Duit kopi masih dicari. Buat kerja abaikan kualiti, Hasil kerja tidak teliti. Rasa bersalah sematkan dihati, Baru hidup penuh bererti. Dalam hidup syurga dijiwa, Baru hidup tiada kecewa. Bersyukur mana yang ada, Cari mewah biar berpada. Hamba menegur sesama kita, Kelak diri tidak derita. Bera, 13 03 2015

Pantun Menuju Tanah Bahagia

Pantun Menuju Tanah Bahagia Waktu malam keluar keluang, Bersama anak terbang manja; Jika pagi sudah menjelang Usah bertangguh ke hari senja. Malam sunyi amatlah senang, Pangkuan bonda adik bersenda; Perkara lalu usah dikenang, Kalau dikenang merosak minda. Anak burung menunggu umpan, Disambar helang terbang leka; Kita merancang Tuhan menentukan, Terimalah ketentuan hati terbuka. Tumbuh kelapa tepi taman, Benih baik sukar dicari; Pendirian teguh mesti pasakkan, Kritikan datang mengangkat diri. Waktu pagi mengail ikan, Sanggup menanti waktu petang; Beramal soleh pintu kehidupan, Kebahagiaan menanti teramat gemilang. Cari rezeki sama difikir, Kautlah habis sampai licin; Ketenangan datang di pintu zikir, Keteduhan hidup pasti tercermin. Bersama teman berbual asyik, Cermatlah menegur jangan diganggu; Ikhlas diri berbuat baik, Terima kasih manusia usah ditunggu. Selagi hidup bernama insan, Masalah datang sama diramu; Persiapkan diri menerima cubaan, Pelbagai kemunginan past

Pantun Musim Panas

Pantun Musim Panas Habis beras mencari gandum, Kalau memasak kurangkan pedas; Air kelapa enak diminum, Penyegar tubuh waktu panas. Bahang panas tidaklah senang, Menunggu hujan menanti masa; Mencari pohon tempat berlindung, Angin datang sejuk terasa. Tanah kering payahnya umpan. Mencari umpan buangkan garang; Lembu kerbau terasa kepanasan, Kambing kelaparan di tengah padang. Payahnya senyum untuk terukir, Cuaca panas tiadaklah biasa; Unggas di hutan mencari air, Bahang panas semua terasa. Sibuk bekerja melepas lelah; Air di gunung tentulah senang; Air terjun tempat berkelah, Segarnya diri sukar dibayang. Cuaca teduh badan segar, Emosi tegang janganlah senang; Air sungai nampaklah dasar, Air yang ada semakin kurang. Nampak berair rupanya tersasar, Cuaca kering kurangkan alpa; Kipas yang ada sudah berputar, Udara panas tetap menerpa. Di bawah bayang mengail ikan, Ikan di sungai usah dituba; Makhluk di bumi sudah kepanasan, Hujan rahmat cepatlah tiba. Bandar Bera, 09 03 2

Pantun Isteri Suri Teladan

Pantun Isteri Suri Teladan Rempah kenduri sudah diramu, Pelaminan cantik sudah ditempah; Uda dan Dara sudah bertemu, Ijab kabul termeterai sudah. Sama cantik sama padan, Pakaian bersanding indah bertambah; Datang tetamu handai taulan, Atas pelamin tersenyum indah. Ayam berkokok tepi jerami, Hari gelap tidaklah lama; Isteri baik membangun suami, Keluarga bahagia solat bersama. Mentari pagi bersinar ceria, Ikan di kolam diberi makan; Sarapan pagi isteri sedia, Anak diasuh tiada kelaparan. Hujan pagi bunga menguntum, Ceria anak hilanglah sepi; Depan suami mengukir senyum, Keperluan suami terjaga rapi. Riadah bersama menuju taman, Bahagia dicari bukan dibeli; Maruah keluarga kuncinya disimpan, Membikin onar tidak sekali. Mengasuh anak memasang deria, Keperluan anak sama dicari; Aurat dijaga sepanjang usia, Isteri solehah jaminan diberi. Membina hidup membilang usia, Salah rentak merenung insaf; Bukan mudah mencari bahagia, Salah khilaf mohon dimaaf. Padi bernas di bawah j

Seekor Merak dengan Ekornya

Seekor Merak dengan Ekornya Seekor merak memulakan cerita, Di depan cermin melihat dirinya sendiri; Ekor panjang memukau mata, Warna indah perhiasan diri. Ingin dipuja itulah diharap, Dimata sahabat juga taulan; Kawan datang kembanglah sayap, Mempamerkan kecantikan itulah impian. Ekor disisir memanglah kerap, Terlindung hendaknya mana yang cacat; Kawan pergi kucuplah sayap, Tiada siapa mahu melihat. Di tempat terang panas terik, Di situ tempat peragakan badan; Ekor cantik warna menarik, Sayang tiada dapat membelah awan. Tiada teman tidaklah selesa, Kawan yang datang tunjukkan badan; Kelebihan itu untuk insan biasa, Kelemahan juga dalam gengaman. Sahabat datang sudah siaga, Tunjukkan teman bulu nan indah; Kelebihan ada usah dibangga, Kelemahan ada jangan merendah. Kembalilah hidup fitrah yang asal, Orang berilmu tempat merujuk; Kelebihan itu tiada akan kekal, Kekurangan diri usah ditunjuk. Bandar Bera, 14 03 2015

Nasib Bujang Terlajak

Burung serindit atas tangga, Datang ke mari kejarnya cepat; Wang sedikit mengejar bunga, Bunga dicari manakan dapat. Mari memimpin mencari bunga, Tuju ke Barat teman sejati; Emas kahwin mahal harga, Bagaimana kutambat idaman hati. Pohon getah tidak berharga, Menanam manga tentulah bijak; Tidak susah mencari bunga, Kalau harga tidak melonjak. Hati lega tidaklah perit, Barang dicari nampaknya cantik; Mengejar bunga bukan sedikit Sayangnya sukar di bawa balik. Melayari bahtera bukan berbangga, Ingin berteman sifatnya insan; Wahai bunga kurangkan harga, Kalau tuan ingin berteman. Berhati memilih janganlah punah, Tiada rotan berguna juga akar; Emas kahwin ambil yang sunnah, Baru bahtera dapat belayar. Bera, 13 04 2015

Senafas Naik Senafas Turun

Senafas Naik Senafas Turun Halia ubi tanam tanaman, Banyak khasiat sama digali; Dunia ini hanya pinjam pinjaman, Akhirat jua tempat kembali Dunia ini hanya sebentar, Mata tertutup nyawa melayang; Iman ditanam jangan bertukar, Akhirat nanti tiada kan senang. Senafas naik senafas turun, Nyawa kita sebatas kerongkong; Cepatlah diri mohonkan ampun, Nyawa dicabut tidakkah senang. Siang dan malam itulah alamat, Ada datang ada yang pergi; Nyawa yang ada usah dicacat, Sepanjang hidup membilang rugi. Bandar Bera, 18 05 2015

Dengarlah Ratapan Warga Emas

Hilang anak sibuk mencari, Wajah suram hilang ceria; Begini nasib empunya diri, Mencari rezeki di hujung usia. Rupanya anak tenat di kolam, Badan sakit badan terketar; Siang sakit malam demam, Ke mana diri mencari penawar? Pangku anak mencari letak, Mencari ubat riuh senegeri; Usia uzur nafas sesak, Ke mana anak menghilang diri? Sakit anak tidaklah tenang, Sayang anak tercermin kasih; Mata kabur teliga kurang, Kasih anak mana ditagih? Wang saku dicari disimpan, Semoga anak senangnya kelak; Ayah umpama habuk di papan, Mengapa begini tingkahnya anak? Beras dicari dipilih ditampi, Kasih ibu sifatnya begini; Sungguh hairan di hati kami, Seramai anak sepi di sini. Anak diasuh kuncikan azam, Mata terpejam tiada lena; Peluk tubuh rasa nak demam, Ibu di rumah sedang merana. Wajah anak pengubat jiwa, Ibu ayah betapa senang; Waktu kecil riuh hilai tawa, Kami diusia ke mana hilang. Semangat ayah mencari menang, Siang dikayuh sibuk mencari; Siang malam duduk termenung, Terkenan

Kasih Ibu Ke Hujung Nyawa

Benih membesar di kebun impian, Sama dicantas pohonan berduri; Waktu anak merenggek kesejukkan, Ibu membelai menyelimuti diri. Menjaga taman tiada alasan Pohonan indah sudah dihiasi; Anak di pangku menanggis kelaparan Ibu datang menyuapkan nasi. Sudah terjaga namanya taman. Duduk berihat sambil berteduh; Badan anak dalam kotoran, Ibu menyiram seluruh tubuh. Banyak berusaha di tengah taman, Mencari air tepian telaga; Anak didodoi dalam kehausan Susu diberi hilangkan dahaga. Dalam taman mencari teman, Tiada teman susah bercerita; Anak dijaga menanggis keesakan, Tangan ibu mengesat air mata. Ibu burung mencari umpan, Bunyi berkicau burung terkukur; Waktu anak dalam kegembiraan, Tangan ibu menadah syukur. Burung terkukur di tengah padang, Kasihkan anak tiada sempadan; Waktu musibah datang bertandang, Suara ibu mengalunkan kesabaran. Anak burung mampak cedera, Ke mana ibu terbang melayang; Kini ibu diambang pusara, Anak asuhan ke mana hilang. Gementar badan kelaparan ump

Pantun untuk Sahabatku yang Bergelar Jenazah dan Kritikal; Kemalangan di LPT Chenor; Pahang

Subuh segak nampaklah lawa, Melangkah pergi berjiwa tenang; Baru semalam kita berhilai tawa; Rupanya kanda nyawa melayang. Waktu subuh solat bersama, Buatlah teman biar berpapah; Baru semalam kita minum bersama; Rupanya kanda bergelar jenazah. Setiap hari gilapkan iman, Banyak beristighfar bukanlah lama; Baru semalam kita bersalam-salaman, Rupanya kanda meninggalkan nama. Berpakaian cantik putih kemeja, Bersuara rendah bila berbicara; Baru semalam kita bersembang semeja, Jenazah digelar putuslah bicara. Duduk semeja sesama ketawa, Jarang berjumpa baru ketemu; Sesama kita menghitung nyawa, Rupanya tuan jadi tetamu. Banyak bertaubat hilangkan resah, Dosa dibuat bersama deria; Sesama taulan lafazkan al-fatihah, Roh diangkat orang yang bahagia. Malam bersembang menukar cerita, Sembang nan elok biarlah lama; Rasa sedih berurai air mata, Sahabat istimewa pergi selama. Saling berpesan tebalkan iman, Saling nasihat mana yang leka; Sesama kita saling ingkatkan, Nyawa pergi men