Mengenal Hidup

Mengenal  Hidup

Musim hujan bertanam lada,
Juala lada di dalam pekan,
sambil berjual sambil bercanda,
hari panas mencari redup
benih lada dari  Bali,
di tanam orang tepi taman,
taman redup bayaklah bayang,
mahu mengail mencari umpan,
cari belalang umpan hidup,
dapat juga si ibu ikan,
beredar si anak di tepi rimba,
pilu  hati  tidak beribu tidak berbapa;
Kaya miskin bukan pembeda,
di sinilah tempat medan ujian,
mana yang ada agih yang tiada,
baru teguh penyeri hidup,
hidup ini hanya sekali,
membuat jasa tuntutan iman,
badan di pusara disebut orang,
I               inikan  pula roh dalam jagaan Tuhan,
Itulah hakikat mengenal hidup,
sombong tamak bukan ukuran,
mencari rahmat dambaan hamba,
inilah hakikat seorang hamba.

Bera,

22 2 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat