Meneruskan Kehidupan

Meneruskan Kehidupan

Waktu malam kita berjaga,
waktu pagi mari menuai;
aib orang mesti dijaga,
baru rukun dapat dituai.

Waktu pagi menahan lukah,
tahan lukah di sungai Bera;
perjalanan hidup memanglah payah,
ikhtiar dipaut pelbagai cara.

Mega merah di ufuk timur,
bersiap segera mencari rezeki;
hidup ini sudah diatur
tenggelamkan teman sifat dengki.

Habis cerah berganti gelap,
di situ tempat kita berihat;
tidurlah mata biar terlelap,
tidur cukup badan sihat


Bera
25 05 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat