Posts

Showing posts from March, 2015

Berbalas Pantun (3)

1.        Memperkasa Wawasan Pelajar Sekolah dibuka datanglah segera, Banyak berfikir carilah santai; Pelajar gemilang harapan negara. Bagaimana rencana mahu dicapai? Menanam padi di pinggir paya, Burung datang samalah usir; Bijak berfikir ke mercu jaya, Pelajar gemilang mengapa di pinggir? Tanak nasi basuhlah beras, Makan nasi bersambalkan lada; Fikiran bernas tenaga tangkas, Mengapa sepi dijana tiada? 2.        Sayangi Keluarga Semut berkerumun mencari gula, Bawa ke sarang siap dihantar; Keluarga harmoni harapan semua, Anak terpinggir mengapa dibiar? Ibu di rumah menadah berita, Selamatkah anak di hiris luka; Warga tua keluarga kita, Mengapa sengsara di rumah duka? Gagak hitam terkena pukat, Melepas diri tentulah payah; Umur muda perosak masyarakat, Mengapa keluarga tiada endah. 3.        Rukunnegara Burung helang mencari mangsa, Rupanya mangsa di tanah rawa; Rukunnegara falsafah membina bangsa, Masy

Berbalas Pantun (2)

Rukun Negara Datang angin bergoyanglah dahan, Datang menerpa ke mata; Kesetiaan negara itulah pilihan, Bagaimana bias dapat dikota? Wawasan pelajar Indah sungguh pekarangan laman, Sejuk indah di pandang mata, Wawasan pelajar membina kecemerlangan, Bagaimana mungkin dapat di kota. Pelajar bistari Indah sungguh pohon bidara, Riang adik bermain di sana; Pelajar bistarari harapan negara. Bagaimana bias dapat dijana? Budaya membaca Pagi hari pergi brertamu, Bawa juga si ikan duri,\ Membaca itu gudang ilmu, Di mana tempat untuk di cari. Gaya hidup sihat Pergi ke hutan mencari kerdas, Bawa balik berulamkan laksa; Badan cergas otak cerdas; Bagaimana bisa dapat diperkasa. Modal insan Ambil ikan atas para, Masukkan ia ke dalam guri, Peribadi mulia eset negara, Di mana tempat untuk di cari Kebersihan Dari jauh bunyi kertuk Duduk termangu si anak dara; Parit tersendat berbau busuk; Siapa dia punya an

Mari Berbalas Pantun

Kebersihan Makanan Terbang riang si burung merbah, Nampak berdendang si burung nasar; Negara dijaga bersih dan indah Mengapa wabak masih menular? Musim panas air diteguk, Bertambah selera makan kuini; Longkang kotor berbau busuk, Selerakah makan kalau begini? Menegur pelangan biarlah lembut, Masuk ke kedai si anak tani; Kuku kotor tidak berkasut, Pelayan restoren mengapa begini? Orang menyembur masih lena, Riuh orang Nampak keluar; Aedes membiak membawa bencana, Mengapa diri tiada gusar? Majlis Harga Hati-hati tuan kalau menyukat, Nanti tuan dibuai lena; Kenaikan harga tiada disekat, Pelanggan menanggis mengadu ke mana? Padi bernas sama disimpan, Sedang menapi antah ke tepi; Barangan melonjak tiada kasihan, Majlis harga mengapa sepi? Musim kemarau inilah masa, Bukan masa menanam kuini; Rakyat kecil menjadi mangsa, Barangan melonjak mengapa begini? Amalan Budi Bahasa Burung merpati di luar sangkar,

Pesan Malam

Pesan Malam Malam ini seperti malam yang sebelumnya kata orang malam itu kelam malam itu gelap pekat Malam ini seperti malam yang telah selesai inilah malam yang menanti cerah yang tidak pernah berbohong kejamkah malam? maniskah malam? Wahai malam! berikan sekepal pekat hitammu itu untuk hamba merenung warna malam Malam mendatang selalu menanti remaja keluar malam tunggulah masa depanmu yang kejam Malam ini dinanti penagih rezeki menerobos laut hitam sempadan berenang mencari sebutir nasi teraba mencari jalan yang polos melangkah naik dan menunggu diterajang Perompak penyamun mencari mangsa aduh! siapakah mangsa cakarmu malam pekat begini dan malam ini seperti malam yang tiada bulan para syaitan berkeliaran meracun fikiran anak adam Sedang pecinta Tuhan tunduk sujud di sejadah membilang tasbih air mata menitis membilang dosa tidak pernah habis. Bera, 25 03 2015

Nasib Ibu Tunggal

Kemarau datang sudahlah lama, Ke mana air kan kucari; Suami tercinta pergi selama, Tinggallah diri menghitung hari. Mencari kayu betapa payah, Api sedikit nasi mentah; Sudah dapat gading bertuah, Diri adik ditinggal sudah. Pinang kering tinggallah upih, Diambil anak buat buaian; Tiada tempat menumpang kasih, Air mata mengalir inilah teman. Kaki di langkah tidaklah gagah, Rupanya kaki terpijak duri; Nasi disuap betapa payah, Rezeki dicari seorang diri. Mengapa menyusah mencari duri, Padi muda dibuat emping; Anak di pangkuan menanggis sendiri, Susu di badan sudahpun kering. Susah air menggali perigi, Musim kering tinggal impian; Atap ketirisan siapa peduli, Tidur hamba dalam kedinginan. Bahtera besar janganlah megah, Taufan datang siaplah segera; Tiang layar sudahlah patah, Dayung ditangan kukayuh bahtera. Kemewahan datang janganlah lara, Tabung kosong mari diisi; Pasangkan sabar  melayari bahtera, Keyakinan dip

Pantun Isteri Suri Teladan

Rempah kenduri sudah diramu, Pelaminan cantik sudah ditempah; Uda dan Dara sudah bertemu, Ijab kabul termeterai sudah. Sama cantik sama padan, Pakaian  bersanding indah  bertambah; Datang tetamu handai taulan, Atas pelamin tersenyum indah. Ayam berkokok tepi jerami, Hari gelap tidaklah lama; Isteri baik membangun suami, Keluarga bahagia solat bersama. Mentari pagi bersinar ceria, Ikan di kolam diberi makan; Sarapan pagi isteri sedia, Anak diasuh tiada kelaparan. Hujan pagi bunga menguntum, Ceria anak hilanglah sepi; Depan suami mengukir senyum, Keperluan suami terjaga rapi. Riadah bersama menuju taman, Bahagia dicari bukan dibeli; Maruah keluarga kuncinya disimpan, Membikin onar tidak sekali. Mengasuh anak memasang deria, Keperluan anak sama dicari; Aurat dijaga sepanjang usia, Isteri solehah jaminan diberi. Membina hidup membilang usia, Salah rentak merenung insaf; Bukan mudah mencari bahagia, Salah khilaf mo

Pantun Musim Panas

Habis beras mencari gandum, Kalau memasak kurangkan pedas; Air kelapa enak diminum, Penyegar tubuh waktu panas. Bahang panas tidaklah senang, Menunggu hujan menanti masa; Mencari pohon tempat berlindung, Angin datang sejuk terasa. Tanah kering  payahnya umpan. Mencari umpan buangkan garang; Lembu kerbau terasa kepanasan, Kambing  kelaparan di tengah padang. Payahnya senyum untuk terukir, Cuaca panas tiadaklah biasa; Unggas di hutan mencari air, Bahang panas semua terasa. Sibuk bekerja melepas lelah; Air di gunung tentulah senang; Air terjun tempat berkelah, Segarnya diri sukar dibayang. Cuaca teduh badan segar, Emosi tegang janganlah senang; Air sungai nampaklah dasar, Air yang ada semakin kurang. Nampak berair rupanya tersasar, Cuaca kering kurangkan alpa; Kipas yang ada sudah berputar, Udara panas tetap menerpa. Di bawah bayang mengail ikan, Ikan di sungai usah dituba; Makhluk di bumi sudah kepanasan, Huja

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Awan di langit nampak bersesak, Hujan mendekat sudah terasa; Awan hitam  nampak berarak, Angin sejuk dapat dirasa. Kerbau di padang sudah berlenguh, Tanda terlepas  dari bahaya; Jauh kedengaran bunyi guruh, Pancaran kilat nampak cahaya. Sudah bersua hujan dinanti Turunnya hujan inilah masa; Hujan mencurah legalah hati, Damailah jiwa sejuk terasa. Mari ke kebun sama meninjau, Pucuk  tumbuh bertambah senang; Rumput kering sudah menghijau, Segala makhluk nampaknya riang. Pohon yang mati mari disulam, Berjiwa sabar orang terpandang; Hujan mencurah waktu malam, Hujan dinanti basahlah padang. Galaknya kerbau jangan ditanya, Ada di padang meragut rumput; Jiwa yang keras lembut hendaknya, Bersama hujan sifatnya lembut. Panas hujan usah mengungkit, Hak Allah Dia memberi Udara dingin melekat di kulit, Betapa besar nikmat diberi. Tadah air jangan ditangguh, Tidak terdaya si lembu tua; Air di sungai sudah memenu

Integriti

Harapkan pegar habis makan padi, Amanah kerja tidak menjadi. Waktu kerja banyak bersembang, Hasil kerja banyak temberang. Kononnya hadir masuk pejabat, Masa kerja tiada pernah tepat. Keluar kerja hendak berehat, Masuk semula sering terlambat. Keluar makan melepas penat, Masuk pejabat perut berat. Waktu kerja belum habis, Pelanggan di depan nampak menangis Wang diberi untuk rakyat, Belakang pejabat berbuat jahat Buat kerja asal jadi, Kualiti kerja tidak menjadi. Wang gaji sudah diberi, Duit kopi masih dicari. Buat kerja abaikan kualiti, Hasil kerja tidak teliti. Rasa bersalah sematkan dihati, Baru hidup penuh bererti. Dalam hidup syurga dijiwa, Baru hidup tiada kecewa. Bersyukur mana yang ada, Cari mewah biar berpada. Hamba menegur sesama kita, Kelak diri tidak derita. Bera, 08 03 2015

Integriti

Harapkan pegar habis makan padi, Amanah kerja tidak menjadi. Waktu kerja banyak bersembang, Hasil kerja banyak temberang. Kononnya hadir masuk pejabat, Masa kerja tiada pernah tepat. Keluar kerja hendak berehat, Masuk semula sering terlambat. Keluar makan melepas penat, Masuk pejabat perut berat. Waktu kerja belum habis, Pelanggan di depan nampak menangis Wang diberi untuk rakyat, Belakang pejabat berbuat jahat Buat kerja asal jadi, Kualiti kerja tidak menjadi. Wang gaji sudah diberi, Duit kopi masih dicari. Buat kerja abaikan kualiti, Hasil kerja tidak teliti. Rasa bersalah sematkan dihati, Baru hidup penuh bererti. Dalam hidup syurga dijiwa, Baru hidup tiada kecewa. Bersyukur mana yang ada, Cari mewah biar berpada. Hamba menegur sesama kita, Kelak diri tidak derita. Bera, 08 03 2015

Pantun Menuju Tanah Bahagia

Waktu malam keluar keluang, Bersama anak terbang manja; Jika pagi sudah menjelang Usah bertangguh  ke hari senja. Malam sunyi amatlah senang, Pangkuan bonda adik bersenda; Perkara lalu usah dikenang, Kalau dikenang merosak minda. Anak burung menunggu umpan, Disambar helang terbang leka; Kita merancang Tuhan menentukan, Terimalah ketentuan hati terbuka. Tumbuh kelapa tepi taman, Benih baik sukar dicari; Pendirian teguh mesti pasakkan, Kritikan datang mengangkat diri. Waktu pagi  mengail ikan, Sanggup menanti waktu petang; Beramal soleh pintu kehidupan, Kebahagiaan menanti teramat gemilang. Cari rezeki sama difikir, Kautlah habis sampai licin; Ketenangan datang di pintu zikir, Keteduhan hidup pasti tercermin. Bersama teman berbual asyik, Cermatlah menegur jangan diganggu; Ikhlas diri berbuat baik, Terima kasih  manusia usah ditunggu. Selagi hidup bernama insan, Masalah datang sama diramu; Persiapkan di

Seorang Lelaki yang Kaukenali

Tidakkah itu seorang lelaki Berbadan tegak gagah perkasa bahasanya berbisa Lelaki seorang negarawan menjadi sebutan dibibir setiap insan Lelaki seorang hartawan itu hartanya sudah mencapai jutaan Lelaki seorang sasterawan itu karyanya sudah berjilid Lelaki seorang cendikiawan di pentas cendikia itu kajiannya tidak terbilang Lelaki seorang angkasawan membelah angkasa tanpa sempadan Lelaki seorang ulamak besar kitabnya tersebar ke serata alam Lelaki seorang politikus itu semangat siasah tidak pernah menikus Lelaki seorang pentadbir itu kata bicaranya semua orang akur tidak bisa berdengkur Lelaki seorang usahawan itu hartanya seperti cendawan padang selepas hujan Lelaki seorang peladang tanamannya membuah disimpan sepenuh gudang Lelaki seorang nelayan hasil tangkapan sepenuh kapal Lelaki seorang olahragawan itu namanya harum menjadi sebutan Lelaki seniman itu hasil karyanya melempasi sempadan Atau siapa saja dilahirkan lelaki yang menempah tiket kejayaan. Akurlah wahai seorang lel

Melancong ke Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan)

Emas di lengan tidaklah megah, Itulah lambang orangnya senang; Perempuan bijak mengatur langkah, Jiwa halus bersemangat dagang. Kain songket berkilat cahaya, Emas perak buatan belia; Negeri indah kaya budaya, Warisan berzaman dikembang ceria. Warisan tradisi diambil cakna, Hilang budaya amatlah insaf; Dikir Barat paluan rebana, Masih berbunyi bertukar alaf. Memukul gong tidaklah susah, Apa dipukul sudahlah matang; Rakyat bijak di pentas siasah, Pemimpin onar tunggu di belakang. Mengatur ceramah tidak diupah, Pentas siasah menyusun sejarah; Berganti kuasa berjiwa berani, Hidup di luar sama berbahagi. Serambi Mekah sudah dikenal, Ulamak terkenal ada di sini; Membina ummah tidaklah bebal, Kitab dibaca sudah berguni. Masuk sekolah bina impian, Bergelar mahasiswa sudah sedia; Cinta ilmu warisan berzaman, Menara gading membina cendikia. Ramai merantau menyusun letak, Tilam kelambu sanggup di usung; Bijak langkah menyusun gerak, Empayar dagang Tanah Semenanjung. Gelap cera