Posts

Showing posts from February, 2015

Nasib Hujung Bulan

Poket berat terasa ringan, sedap di mulut mestilah tahan. Pergi ke kantin mencari buku, rupanya kosong dalam saku. Makan di luar terasa berat, hujung bulan itulah adat. Setiap hari melihat kalendar, cepatlah hari semoga beredar. Perut berbunyi duit kering. inilah penyebab rasanya pening. Banyak berhutang untuk membeli, lambat bayar kena perli. Membawa kereta terasa berat, ambil motor untuk ke pejabat. Hematlah belanja wahai sahabat. zaman sekarang belanjanya berat. Bera, 25 02 2015

Perjalanan Meningkatkan Takwa

Ambillah wuduk seringlah sujud, Amalan elok buatlah begitu; Menjelang subuh bersolat tahajud, Mulianya hidup letak di situ. Kerbau di kandang sudah melenguh, Bangkit kerbau dari rebah; Langkah pertama solat Subuh, Lelaki hebat solat berjemaah. Burung di hutan mencari umpan, Terbang bebas tidak tersasar; Selepas Subuh bacalah Al-Quran, Buat panduan carilah iktibar. Datang hujan hilanglah merkah, Benih elok sedang menanti; Setiap hari sampaikan sedekah, Ganjaran besar sedia menanti. Banyak berusaha boleh berangan, Hilangkan terus sifat dengki; Solat Dhuha dilupa jangan, Di situ tempat terbitnya rezeki. Air menitik di atas batu, Batu merekah tidaklah kuat; Jagalah wuduk setiap waktu, Terasa diri di dalam solat. Rajin berusaha hilangkan leka, Bertambah rezeki habuannya besar; Istighfar diucap setiap ketika, Dosa kecil mudahnya keluar. Bawalah kompas tidaklah sesat, Jangan lupa bawalah belati; Sentiasa berazam ting

Musim Menyengat Datang Bertamu

Ikan mati banyak dituba, Mencari ikan jari disengat; Hujan rahmat belumlah tiba, Sudah terasa panas menyengat. Bunga harum keringlah kuntum, Itu tanda sudahlah mati; Air putih banyaklah minum, Mana yang kurang air berganti. Ikan kehausan di dalam kali, Air sedikit jangan dituba; Minuman kafein jauh sekali, Hidrasi cepat bahang tiba. Cuaca panas kerbau melengguh, Air di kolam nampaklah itik; Makanlah buah penyegar tubuh, Jadikan jus tentulah baik. Panas menyengat seakan bara, Keluar rumah tiadalah mahu; Panas melampau carilah cara, Penghawa dingin turunkan suhu. Cuaca panas banyaklah bahaya, Badan kering membawa lumpuh; Warna cerah pemantul cahaya, Kain kapas penyerap peluh. Waktu kering layulah dedalu, Pohon rendang tinggallah dahan; Anak kecil awas selalu, Dalam kereta ditinggal jangan. Panas melampau tiadalah aman, Tempat berteduh carilah cepat; Payung besar bawalah berjalan, Dapat ditahan panas menyengat Di tengah panas ibu mengandung, Pan

Perjalanan Seorang Hamba

Perjalanan Seorang Hamba Bersyukur Hamba dijadikan, Bersyukur Hamba dijadikan dan dihidupkan, Bersyukur Hamba dijadikan dan dihidupkan sebagai manusia, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani dan Islam sebagai agama anutan hamba. Beryukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani. Islam sebagai agama anutan hamba dan mudah-mudahan hamba termasuk dalam golongan  orang Islam yang mukmin dan soleh. Maha Suci Allah. Tidak ada Tuhan Melainkan Allah; Hamba habiskan umur hamba  dengan La ila Hailallah. Dialah yang mematikan hambaNya. La Hau Lawala Quwata Illa Billahil Aliyuyul Azim Tidak ada Tuhan Melainkan Allah;  Hamba berkata mati hamba dengan  La ila Hailallah. Tidak ada Tuhan Melainkan Allah;  Hamba dimandikan, d

Mengaminkan Doa

Bangunlah tuan di pagi hari solat tahajud mohon keampunan menangis teresak sesal sendiri dosa terpalit usah disimpan Di situ tempat waktu tulus waktu ini tiada menganggu sama munajat masa yang bagus hati tenang tidak celaru Mengadap kiblat membilang dosa bersyukur nikmat melimpah ruah masa bertaubat suntuknya masa entah bila nyawa kan tumpah Rendahkan suara antara berbisik telinga mendengar itulah sempadan akhlak terpuji hiasan cantik baru terasa fikiran aman Rendahkan diri di depan Allah niat tulus yakin dikabulkan sentiasa berharap janganlah lelah rahmat Allah cinta harapan Terus meminta teruslah ulang ucapkan syukur banyakan selawat campakkan tuan mana dilarang kerja kebajikan janganlah berat Kasih sesama bangunkan damai hati bersih rezeki halal ingatkan Allah janganlah lalai nyawa di tarik tidaklah sesal. Bera 01 02 2014

Perginya Seorang Pejuang

Burung laut terbang petang, Mencari sarang tiada yang lain; Lahirnya manusia tanpa benang Pergi insan membawa sehelai kain Damailah guru di dunia sana, Kami juga akan ke sana, Amal takwa di bawa bersama Perjuangan suci dibawa mati Insan mulia terasa kehilangan Ilmu bergudang juga ke pusara Al Fatihah untukmu tuan  guru Perjuanganmu belum berakhir Dunia Islam menanggis kehilanganmu Pergimu sukar ditukar ganti Engkau hebat dimata kawan dan lawan Suaramu menggunung selautan hikmah. Ya Rabbi, tempatkanlah insan ini ditempat terpuji Kerana dialah pewaris nabi Patah tumbuh hilang berganti Yang berganti tak akan sama yang sudah pergi Jejak bijak sama mengatur strategi Landasan lurus ada di depan lalu, kitalah penerusnya walau hanya setitik dakwat di laut membiru. Bera, 13 02 2015

Daerah Pengalaman Kehidupan Teristimewa untuk: Pn. Suriati

Selamat tinggal sahabatku Hamba tinggalkan kalian di daerah ini Berilah masa untukku  melepaskan lelah Hamba  benar sudah kepenatan Menguruskan karenah anak bunga bangsa Sahabat, Pernah setiap  inci  tanah ini adalah jejakku Pohon-pohon rimbun hidup juga dari nafasku Di sini tempat kumanabur budi Di sini tempat ke mencari segenggam rezeki Sahabat, Daerah ini menyimpan memori indah Daerah ini juga menyimpan memori air mata Tidak mengapa sahabat, Ini adalah sekelumit wajah kehidupan Selagi kita menyedut nafas kehidupan Inilah warna-warna kehidupan Inilah warna-warna keindahan ujian Kini sudah tiba masanya Untukku menguruskan karenah Keluargaku sendiri Setelah sekian lama seakan Membiarkan mereka keseorangan Sahabat tercinta, Teruskan perjuanganmu tanpa beralah Tekadkan azam menyala Membangun anak bunga  bangsa Bukan mudah sahabat Untuk kita membangun minda anak bangsa Biarpun payah Kesabaran dan keazaman itulah

Selamat Tinggal Memori Silam Untuk sahabatku: Cikgu Zuhari

Selamat Tinggal Memori Silam Untuk sahabatku: Cikgu Zuhari Selamat tinggal semua Selamat tinggal bunga-bunga taman Selamat tinggal kupu-kupu putih Selamat tinggal air yang menyiram taman Tanpa engkau; taman ini tidak bererti apa-apa Kutinggalkan dahulu  kalian digudang kehidupan Terpahat dibenakku suka duka kehidupan Untuk aku bergelar pendidik Terima kasih sahabat Budimu nan luhur kubawa pergi Kenangan indah bersama kalian tak kan pernah padam Terus mewangi bersama nota kehidupan yang tidak pernah kering Kutinggalkan kalian di sini Benih-benih kerinduan tetap terpahat dimemori Aku ingin terus menatapi wajah-wajahmu Riang gembira bersama payung kehidupan malahan  wajah kusam keletihan melayan anak bangsa tetap terakam disudut hati Perjuangan kita adalah langkah yang sama Berbeza tempat bukan halangan untuk kita Menggilap anak permata biar bersinar di tanah bertuah ini Kupergi dahulu Menguruskan fail bertimun di meja perjuanga

Membaca Wajah Alam

Bayu bertiup nyaman Di dalamnya  taufan tidak tertahan Laut indah  terbentang tenang Ombak besar menerbitkan garang Sungai indah tempat mengail Sekali bah nyawa menggigil Awan indah kegilaan potret Guruh petir  memanah  kudrat Gunung tinggi terbentang gagah Larva merah datang meratah Lereng bukit terbentang indah Air melimpah rumah diredah Hutan segar mudah diratah Kabut bertandang  kembali resah Baru tahu senang susah Mana bangga untuk dimegah Dalam nikmat membilang syukur Ujian datang mencari pengukur. 10 02 2014

Pantun; Kasih Ayah Sepanjang Usia

Pergi ke laut tinggalkan bonda, Laut bergelora ayahanda sanggup; Mencari rezeki untuk anakanda, Dapatlah  anakanda meneruskan hidup. Sedikit rezeki sanggup disimpan, Asalkan anakanda bertemu guru; Rela berpanas sanggup berhujan, Harapan anakanda tidak celaru. Waktu anakanda masih mungil, Ubat anakanda ayahanda sanggup; Memberi ilmu semenjak kecil, Untuk anakanda bekalan hidup.; Dalam resah ayahanda tenang, Moga fikiran anakanda tiada lemah; Umur anakanda meningkat matang, Hantar anakanda ke pintu sekolah. Berpanas berhujan sedikitnya upah, Tidak terucap di dadanya penat; Waktu anakanda dilanda musibah, Datang ayahanda  memberi nasihat. Janji ayahanda tidak pernah mungkir, Hajat anakanda pasti dicari; Nasihat ayahanda tiada berakhir, Selagi hidup petunjuk diberi. Semangat juang teramat gagah, Sepanjang detik  tidaklah layu; Betapa besar pengorbanan ayah, Selagi hayat kukenang selalu. Ingatkan  anakanda waktu terlela

PANTUN HILANGNYA BUDI

Duri di hutan mengapa dicari, Pelepah dikerat buatlah lidi; Bercakap bohong membangga diri, Sifat tercela rendahnya budi. Duduk bersimpuh si anak dara, Kalau berbicara jagalah mulut; Meninggi diri bila berbicara, Sifat lalang jangan diikut. Duduk termenung di tepi kali, Sambil termenung badan terlena; Mencela orang jangan sekali, Kelak diri akan terkena. , Cari ilmu banyaklah sendi, Duduk beradab semasa santap; Saling menuduh rendahnya budi, Di sini tempat lahirnya biadap. Bera, 06 02 2014

PANTUN;SIAPAKAH YANG MEROSAK BUDI?

Kapal yang elok jangan ditebuk, Kelak ditebuk tenggelamlah kapal; Kejahatan di mata sama ditegah, Baru hidup tiada dikandung sesal. Cari ketenangan di taman larangan, Nyamannya teman tidak terkata; Taman indah disitulah ketenangan, Mengapa sampah ditabur merata? Di atas kubur berdirinya nisan, Mati muda tidaklah laba; Jalan raya elok untuk kesenangan, Mengapa jadi litar lumba? Pasang lampu biar bercahaya, Mudah memandu bukankah senang; Lumba haram di jalan raya, Hebatkah tuan digelar samseng? Malam hari terbitlah bayang, Bayang orang berperangai syaitan; Dinding elok mengapa diconteng? Bahasa porno dijadikan hiasan. Mencari parah membuang senang, Hidup dimaki meranalah diri; Gejala perosak budinya tempang, Dalam daging adanya duri. Bera, 08 02 2015

Perlumbaan ke Pintu Taubat

Dosa berlipat sifatnya insan, Akhlak tempang menumpang cacat; Dosa bertimbun segera tinggalkan, Tekad segera engganlah buat. Sakit memuncak carilah ubat, Selimut diri bersama kain; Allah kasih hamba bertaubat, Sucikan diri lahir batin. Jangan dikoyak cantiknya kain, Kain cantik sungguh berharga; Maksiat diangkat cacatlah iman, Segera taubat iman terjaga. Akal sihat banyak bererti, Dapat rezeki  buangkan angkuh; Nafsu gelora gelodak hati, Kotoran berlapis merosak tubuh, Banyak kerja ada yang cacat, Mungkinkah ada mata terlelap; Buang segera daki melekat, Ketaatan  diangkat iman digilap. Bera, 07 02 2015

Mana Manisnya Budi Bahasa

Sebatang pohon daunnya rimbun Rimbun daunnya bercabang rantingnya Di situ tempatkeluarnya bunga Di situ juga adanya buah Buahnya manis rasanya lazat Batangnya tegak besar akarnya kukuh Mencengkam kuat ke dalam tanah menyedut air Bersama baja untuk sepohon pokok Bajanya baik sumber dari Al-Quran Al-Sunnah juga jadi panduan Sebatikan padu bersama akidah, syarak dan akhlak Dahan itulah nilai akhlak paling utama terpuji Buah manis dan ranum disitulah letaknya budi bahasa Sumbernya wahyu Kesempurnaan jelas terpadu Pemikiran mana lagi mahu diadun Pemikiran mana lagi mahu dicari Nikmat mana lagi belum terpenuhi Kesempurnaan itu cukup untuk Manusia berakal berfikir Di bumi sementara ini. Bera, 03 02 2014

Mendengar Bicara Rasulullah

Mendengar Bicara Rasulullah "Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, tunjukkanlah aku, selamatkanlah aku dan berilah rezeki kepadaku" (HR. Muslim) Langkah pertama dikabulkan doa, baiki hubungan dengan Pencipta, taubat sebenar hapuskan dosa, taubat benar pemula cerita. Nikmat terbesar Allah anugerah, rahmati kehidupan seisi keluarga, jauhkan kami sakit yang payah, selamat dunia akhirat amat berharga. Petunjuk yang benar segala urusan, mencari terbaik urusan dunia akhirat, semua urusan sukses jadi impian, petunjuk Allah pilihan tepat. Diri ini milik Allah, moga terhindar dijamah syaitan, semua ini adalah berkah, selamatkan kami semua urusan. Rezeki datang mohon mudahkan, harta halal anak yang soleh, inilah harapan seorang insan dunia sana terhentilah lelah. Bera, 31 01 2015

Mengejar Bahagia

Mengejar Bahagia Bermain hujan anak ceria, wajah riang itulah cermin; kalau tuan ingin bahagia, bahagiakan dahulu orang lain. Waktu sore laut tenang, anak nelayan membawa ikan; sesama kita pautkan kasih sayang, mana yang salah mohon maafkan. Dapat tangkapan hati girang, kerja sehari inilah ukuran; belajarlah hidup berkasih sayang, harmoni hidup milik tuan. Waktu petang laut cerah, ibu pulang dari pekan; berkasih sayang jauhkan resah, rahmat Allah itulah jambatan. Elaklah diri bermain wayang, ikhlaskan diri jadikan azam; ajarlah tuan hidup berkasih sayang, api permusuhan akan terpadam. Bera, 30 01 2015

Langkahan Damai

Langkahan Damai Taman indah tempat disebut, sama berfikir di balik tabir; jiwa tenang mulut menyebut, kebesaran Allah tempat berfikir. Alam indah dambaan insan, kasihkan alam usah bercerai; damai hati mencari ketenangan, zikir diucap mencari damai Hujan turun hilanglah awan, keluar camar ke arah laut; hilangkan resah ringankan beban mengingat Allah tempat berpaut Alam cantik sama disimpan, hasil melimpah ada yang lebih; sesama insan suburkan keikhlasan buang yang keruh cari nan jernih Bera, 31 01 2015

Mencari Damai

Mencari Damai Menunggu cuti mencari masa, Alam indah bagaikan taman; Hati tenang jiwa sentosa, Mencari bahagia jiwa aman. Alam indah nampak meriah, Di situ tempat mencari ceria; Hilangkan resah buangkan gelisah, Mari memaut rasa bahagia. Taman indah tempat bersantai, Rasa bahagia duduklah lama; Buangkan sengketa carilah damai, Rasa bahagia idaman bersama. Turun hujan hilang gersang, Nampak alam teramat indah; Hidup bahagia fikiran lapang, Kasih sesama itulah rencah. Bera, 16 Januari 2015

Konvoi Kemanusiaan

Konvoi Kemanusiaan Langit pekat di Pantai Timur Cuaca gelap serata alam Hujan mencurah air meluap Segenap sungai air melimpah Waktu cepat apa di depan diterjah Rumah dihanyut korban diragut Air kuning membawa keladak Mata berkelip hati mengiggil Apa yang tinggal hanya nyawa Rumah selesa dibawa arus Khemah kecil buat penginapan Makan kini terpaksa disuap Suara prihatin datang berduyung Mengingat musibah jarang sekali Satu negara sama simpati Mana yang ada sama menghulur Pantai Timur didatangi tamu Memberi sedikit mana terdaya Suara kemanusiaan menanggis pilu Telinga memanggil membuang gigil Teruslah menghulur ringgankan bantu Tenaga yang ada banyakkan sumbang Aliran fahaman bukan timbangan Bergabung tenaga ringgankan beban Konvoi datang betapa senang Musibah datang senasib sepenanggungan Nyawa yang ada terus bernafas Kepada Allah mohon kesyukuran Suara kemanusiaan masih bertakhta Sama prihatin menumpang sedih Eratkan persaudaraan buangkan sengketa

SMK Mengkarak; Suaraku di Tepian Paya

SMK Mengkarak; Suaraku di Tepian Paya Datanglah tuan bertandang ke daerah ini Di sini tempat mencelikkan akal Guru dan pelajar semudik sehiliran Memberi dan mencari sudah bertemu Akhir Desember arus deras datang menerjang Kami di sini hanya sempat memandang Rupanya datang di luar kotak pemikiran Membuat kami pilu tercenggang Tuan datang dan lihatlah sendiri Betapa kerdil seorang insan Untuk menolak takdir yang sudah berbicara Tuan buka pintu setiap kelas Tuan buka pintu makmal sains Tuan buka pintu asrama Tuan buka semuanya Tuan lihat sendiri kantinnya Dahulu tersusun indah nan rapi Kini lantainya dipenuhi lumpur Lipan ular jengking tumpang bersarang Buku-buku kebasahan Perabutnya berselerakan Alatan sekolah pecah berderai Baunya hanyir hapak meresap ke kepala Hanya layak diangkat ke lori sampah Ah tuan, Tidak sanggup rasanya aku di sini kelu lidahku untuk berkata Mari tuan Kita tadahkan tangan Kita bulatkan tekad Dengan niat bersih Kita bangunka

Tsunami Aceh ; Mengenang 10 Tahun Aceh di Badai Tsunami

Tsunami Aceh ; Mengenang 10 Tahun Aceh di Badai Tsunami Ombak menggunung menghentam pantai, Manusia terpekik diamuk ketakutan; Nyawa bernafas sudah tergadai, Ombak bergelora hilang kasihan. Bangunn pohonan sudah tercabut, Apa yang ada jadi padang; Diri berlari kehabisan pecut, Apa terjadi sukar dibayang. Berserah diri pada Yang Esa, Apa terjadi itulah takdir; Inikah azab manusia berdosa? Manusia berakal samlah fikir. Teruslah hidup menukar gelombang, Saling menolong sesama kita; Dosa berselerak janganlah senang, Bala datang tidak terkata. Esak tanggis kehabisan suara, Air mata pilu sudahpun kering; kasih sesama kita bersaudara, Sama memberi janganlah asing. Apa terjadi jadikan pedoman, Tidak ketahuan bala bertandang; Seakan terpana segenap insan, Menadah bala sudah terhidang. Banyak bersabar terima cubaan, Hidup ini ada pasang surut; Sesama kita tebarkan ihsan, Perintah Tuhan samalah ikut. Tsunami Aceh dalam ingatan, Korban jiwa tidak terhitung;
DOA UNTUK KELANTAN; SEMOGA SEJAHTERA RAKYATMU Tanah Serendah Sekebun Bunga, Sekali lagi engkau dimamah musibah; Banjir membadai tidak terduga, Siaplah kalian menyusun tabah. Hujan lebat datang mencurah, Serata alam buminya gelap; Segala rumah habis diratah, Malam gelap memakan malap. Sungai Kelantan melimpah tebing, Tercenggang warga menanti limpah; Bala datang seakan asing, Rupanya langit tidak selalu indah. Arus deras ombak menggelegak, Warga ketakutan kehabisan tanggis; Banjir datang cepatlah bertindak, Kelengkapan ada kerahlah habis.. Selamatkan jiwa masih bernyawa,] Sifat lalai membawa padah; Meneruskan hidup jangan kecewa, Kerdilnya insan hilangkan megah. Saudara sesama terlebih payah; Itulah penawar orang beriman; Azab diterima tidaklah mudah, Baru mengerti lemahnya insan. Doa dipohon selamatkan Kelantan, Rakyat diuji diombak musibah; Menanti sejahtera itulah harapan, Pautkan persaudaraan hilangkan gelabah. Payakumbuh, Sumatera Barat. 27 12 2014