INDAHNYA BERSATU SUARA
PANTUN; INDAHNYA BERSATU SUARA Usah dipaling pohonan kering, siram bersama air disukat; berfikir matang dalam tenang, pengalaman ditimba kata berpakat. Sama ceria tikar dibentang, tidak sesia padi disukat; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kata sepakat. Sama bercerita di bawah teduh, dengar berita hentikan sibuk; sakit kita sama mengaduh, luka kita sama menyiuk. Tanah digebur menanti masa, jangan dibiar musuh bersarang; sama lebur sama binasa, sama ikrar mematah sombong. Jerami dihimpun selepas menuai, pondok dibangun menghilang letih; seindah serumpun bagai serai, seindah susun bagai sirih. Tali tangsi bersama paku, buat mengukur kayu panjang; bagai isi dengan kuku, seumpama aur dengan tebing. Bawah bayang rihat mencangkul, duduklah makan si ikan kering; berat masalah sama dipikul, mana ringan sama dijinjing. Nampak ceria sedang berhitung, hasil bersih terlepas perit; sama gembira waktu senang, sama bersedih waktu sakit. Bunga mekar bawah selipar, bawalah s