Posts

Showing posts from 2015

Pantun Pemerdagangan Manusia

Pantun Pemerdagangan Manusia Tiket murah sudah dibeli, Dalam bahtera tubuh didera; Nyawa manusia seakan dibuli; Janji manis hidup berpura. Manusia dibuat barang dagangan, Sifat khianat putuslah sendi; Nyawa yang ada menjadi taruhan, Laut juga tempat bersemadi. Tubuh kurus hilanglah canda, Mata dalam nampaklah cengkung; Lapar haus makanan tiada, Tubuh sihat kembali cengkung. Di tengah samudera manusia didera, Nyawa habis jenazah tersadai Kubur besar tiada pusara; Harapkan wang nyawa tergadai. Negeri asal membina impian, Harta di kampung habis disapu; Nafsu besar bertopengkan syaitan, Sesama manusia sanggup menipu. Samudera luas itulah cadar, Impian besar tingginya upah; Sesama kita pupuklah sedar, Cegah segera sebelum bernanah Bera, 01 06 2015

Duka Kinabalu

Duka Kinabalu Pagi mentari mengejutkan alam, Alam sunyi mengejutkan penghuni; Gempa merekah hilanglah azam, Badan mengeletar hilanglah berani. Riuh senegeri musibah bertandang, Gempa terjadi paniklah manusia; Jalan rumah juga gudang, Wajah gundah hilanglah ceria. Kinabalu berduka meragut nyawa, Berbelas nyawa bergelar jenazah; Wajah berduka hilanglah tawa, Mengurus jenazah teramat payah. Apa terjadi takdir tercatat, Maha Kuasa lebih mengetahui; Alam indah usah dikhianat, Alam indah mengapa dicemburui? Sabah Singapura lebih berduka, Nyawa melayang tinggallah jasad; Segenap tempat membilang belasungkawa, Bala di puncak inilah abad. Apa terjadi jadikan azimat, Dalam keseronokan itu tercatat duka; Musibah datang teramat berat, Itu tanda janganlah leka. Bera, 08 06 2015

Bulan Menanam Amal

Image
Bulan Menanam Amal Jagung di tanam di tepi rumah, sudah berbuah daunya hijau; menanam amal janganlah lengah; hasil bertambah janganlah risau. Tumbuh subur pohonnya jagung, sama disiram rajin membaja; dosa gugur usahlah termenung, tanamkan azam berganti senja. Jagung di tanam mari dipetik, hati gembira memetik hasil; amal di buat walau setitik, pasti diberi Yang Maha Adil. Bukan mudah menanam jagung, usaha ikhtiar perlu djana; jangan lengah amal ditabung, hilanglah gusar di dunia sana. Sama memetik rajin memberi, suruhan agama di dalam kitab; Amal yang cantik mesti dicari, Suara bergema tiada diazab. Bera, 22 06 2015

Pantun Tahajud Ramadan

PANTUN TAHAJUD RAMADAN Orang tua berkalih tidur, Rintik embun membasah rumput; Bangunlah tuan dari dengkur, Perintah Allah mari diikut. Angin pagi menampar jendela, Dingin pagi terasa sudah; Banyak beristighfar membuang cela, Iman sedikit mesti ditambah. Bunyi kuang jauh kedengaran, Kelelawar sedang mencari sarang; Tahajud malam bulan Ramadan, Menanggislah diri kita seorang. Melengguh lembu di dalam kandang, Tepi bendang kerbau menguak; Menanti malam sudah bertandang, Membilang tasbih orang yang bijak. Fajar sidik sudah menaik, Murai berbunyi kicak kicau; Jadilah tuan orang yang baik, Baru jiwa tiada kacau. Anak-anak dua kali jaga, Anak bujang pulang bertandang; Munajat malam membuang curiga, Akhirat nanti mudahkan sidang. Pagi Ramadan dambaan insan, Mencuci dosa mana yang sumbang; Tahajud Ramadan menebalkan iman, Hati hitam janganlah bersarang. Bera, 23 06 2015

Pantun Mencari Keseronokan Bekerja

Pantun Mencari Keseronokan Bekerja Baik-baik menangkap keli, Tempatnya betul sebelah hulu; Salahkan orang jangan sekali,. Diri sendiri betulkan dahulu. Jangan mudah jadi dedalu, Salah diri usah dicerita; Kemahiran diri tingkatkan dahulu, Baru orang bersama kita. Mari bersama menanam mangga, Binalah juga kolam ikan; Hubungan baik mesti dijaga, Mana yang silap sama betulkan. Hasil menuai sama disimpan, Padi bernas sama ditapi; Bersikap profesional letak dihadapan, Penting diri tolak ke tepi Taman harum sangatlah cantik, Bunganya harum sama disimpan; Dapat ganjaran tentulah baik, Mana yang hak berikan penghargaan. Bandar Bera, 27 02 2015

Sayangi Kesihatan Diri

Sayangi Kesihatan Diri Wang membazir bukan sedikit, Belanja harian semakin kendur, Merokok itu memanggil penyakit. Mengapa payah untuk mengundur? Pergi ke hutan mencari palas, Pulang petang usah bermalam; Badan sihat otak cerdas, Mengapa diri malas bersenam? Kurangkan daging jamahlah ikan, Mari bersenam makan sedikit; Memanah berenang sihatlah badan, Relakah diri dimamah penyakit? Nafas sesak sangatlah perit, Penat berjalan nampak tercunggap; Merokok itu memanggil penyakit, Mengapa di mulut masih berasap? Bera, 02 03 2015

Seorang Lelaki yang Kaukenali

Seorang Lelaki yang Kaukenali Tidakkah itu seorang lelaki Berbadan tegak gagah perkasa bahasanya berbisa Lelaki seorang negarawan menjadi sebutan dibibir setiap insan Lelaki seorang hartawan itu hartanya sudah mencapai jutaan Lelaki seorang sasterawan itu karyanya sudah berjilid Lelaki seorang cendikiawan di pentas cendikia itu kajiannya tidak terbilang Lelaki seorang angkasawan membelah angkasa tanpa sempadan Lelaki seorang ulamak besar kitabnya tersebar ke serata alam Lelaki seorang politikus itu semangat siasah tidak pernah menikus Lelaki seorang pentadbir itu kata bicaranya semua orang akur tidak bisa berdengkur Lelaki seorang usahawan itu hartanya seperti cendawan padang selepas hujan Lelaki seorang peladang tanamannya membuah disimpan sepenuh gudang Lelaki seorang nelayan hasil tangkapan sepenuh kapal Lelaki seorang olahragawan itu namanya harum menjadi sebutan Lelaki seniman itu hasil karyanya melempasi sempadan Atau siapa saja dilahirkan lelaki yang menempah tiket kejayaan.

Integriti

Integriti Harapkan pegar habis makan padi, Amanah kerja tidak menjadi. Waktu kerja banyak bersembang, Hasil kerja banyak temberang. Kononnya hadir masuk pejabat, Masa kerja tiada pernah tepat. Keluar kerja hendak berehat, Masuk semula sering terlambat. Keluar makan melepas penat, Masuk pejabat perut berat. Waktu kerja belum habis, Pelanggan di depan nampak menangis Wang diberi untuk rakyat, Belakang pejabat berbuat jahat Buat kerja asal jadi, Kualiti kerja tidak menjadi. Wang gaji sudah diberi, Duit kopi masih dicari. Buat kerja abaikan kualiti, Hasil kerja tidak teliti. Rasa bersalah sematkan dihati, Baru hidup penuh bererti. Dalam hidup syurga dijiwa, Baru hidup tiada kecewa. Bersyukur mana yang ada, Cari mewah biar berpada. Hamba menegur sesama kita, Kelak diri tidak derita. Bera, 13 03 2015

Pantun Menuju Tanah Bahagia

Pantun Menuju Tanah Bahagia Waktu malam keluar keluang, Bersama anak terbang manja; Jika pagi sudah menjelang Usah bertangguh ke hari senja. Malam sunyi amatlah senang, Pangkuan bonda adik bersenda; Perkara lalu usah dikenang, Kalau dikenang merosak minda. Anak burung menunggu umpan, Disambar helang terbang leka; Kita merancang Tuhan menentukan, Terimalah ketentuan hati terbuka. Tumbuh kelapa tepi taman, Benih baik sukar dicari; Pendirian teguh mesti pasakkan, Kritikan datang mengangkat diri. Waktu pagi mengail ikan, Sanggup menanti waktu petang; Beramal soleh pintu kehidupan, Kebahagiaan menanti teramat gemilang. Cari rezeki sama difikir, Kautlah habis sampai licin; Ketenangan datang di pintu zikir, Keteduhan hidup pasti tercermin. Bersama teman berbual asyik, Cermatlah menegur jangan diganggu; Ikhlas diri berbuat baik, Terima kasih manusia usah ditunggu. Selagi hidup bernama insan, Masalah datang sama diramu; Persiapkan diri menerima cubaan, Pelbagai kemunginan past

Pantun Musim Panas

Pantun Musim Panas Habis beras mencari gandum, Kalau memasak kurangkan pedas; Air kelapa enak diminum, Penyegar tubuh waktu panas. Bahang panas tidaklah senang, Menunggu hujan menanti masa; Mencari pohon tempat berlindung, Angin datang sejuk terasa. Tanah kering payahnya umpan. Mencari umpan buangkan garang; Lembu kerbau terasa kepanasan, Kambing kelaparan di tengah padang. Payahnya senyum untuk terukir, Cuaca panas tiadaklah biasa; Unggas di hutan mencari air, Bahang panas semua terasa. Sibuk bekerja melepas lelah; Air di gunung tentulah senang; Air terjun tempat berkelah, Segarnya diri sukar dibayang. Cuaca teduh badan segar, Emosi tegang janganlah senang; Air sungai nampaklah dasar, Air yang ada semakin kurang. Nampak berair rupanya tersasar, Cuaca kering kurangkan alpa; Kipas yang ada sudah berputar, Udara panas tetap menerpa. Di bawah bayang mengail ikan, Ikan di sungai usah dituba; Makhluk di bumi sudah kepanasan, Hujan rahmat cepatlah tiba. Bandar Bera, 09 03 2

Pantun Isteri Suri Teladan

Pantun Isteri Suri Teladan Rempah kenduri sudah diramu, Pelaminan cantik sudah ditempah; Uda dan Dara sudah bertemu, Ijab kabul termeterai sudah. Sama cantik sama padan, Pakaian bersanding indah bertambah; Datang tetamu handai taulan, Atas pelamin tersenyum indah. Ayam berkokok tepi jerami, Hari gelap tidaklah lama; Isteri baik membangun suami, Keluarga bahagia solat bersama. Mentari pagi bersinar ceria, Ikan di kolam diberi makan; Sarapan pagi isteri sedia, Anak diasuh tiada kelaparan. Hujan pagi bunga menguntum, Ceria anak hilanglah sepi; Depan suami mengukir senyum, Keperluan suami terjaga rapi. Riadah bersama menuju taman, Bahagia dicari bukan dibeli; Maruah keluarga kuncinya disimpan, Membikin onar tidak sekali. Mengasuh anak memasang deria, Keperluan anak sama dicari; Aurat dijaga sepanjang usia, Isteri solehah jaminan diberi. Membina hidup membilang usia, Salah rentak merenung insaf; Bukan mudah mencari bahagia, Salah khilaf mohon dimaaf. Padi bernas di bawah j

Seekor Merak dengan Ekornya

Seekor Merak dengan Ekornya Seekor merak memulakan cerita, Di depan cermin melihat dirinya sendiri; Ekor panjang memukau mata, Warna indah perhiasan diri. Ingin dipuja itulah diharap, Dimata sahabat juga taulan; Kawan datang kembanglah sayap, Mempamerkan kecantikan itulah impian. Ekor disisir memanglah kerap, Terlindung hendaknya mana yang cacat; Kawan pergi kucuplah sayap, Tiada siapa mahu melihat. Di tempat terang panas terik, Di situ tempat peragakan badan; Ekor cantik warna menarik, Sayang tiada dapat membelah awan. Tiada teman tidaklah selesa, Kawan yang datang tunjukkan badan; Kelebihan itu untuk insan biasa, Kelemahan juga dalam gengaman. Sahabat datang sudah siaga, Tunjukkan teman bulu nan indah; Kelebihan ada usah dibangga, Kelemahan ada jangan merendah. Kembalilah hidup fitrah yang asal, Orang berilmu tempat merujuk; Kelebihan itu tiada akan kekal, Kekurangan diri usah ditunjuk. Bandar Bera, 14 03 2015

Nasib Bujang Terlajak

Burung serindit atas tangga, Datang ke mari kejarnya cepat; Wang sedikit mengejar bunga, Bunga dicari manakan dapat. Mari memimpin mencari bunga, Tuju ke Barat teman sejati; Emas kahwin mahal harga, Bagaimana kutambat idaman hati. Pohon getah tidak berharga, Menanam manga tentulah bijak; Tidak susah mencari bunga, Kalau harga tidak melonjak. Hati lega tidaklah perit, Barang dicari nampaknya cantik; Mengejar bunga bukan sedikit Sayangnya sukar di bawa balik. Melayari bahtera bukan berbangga, Ingin berteman sifatnya insan; Wahai bunga kurangkan harga, Kalau tuan ingin berteman. Berhati memilih janganlah punah, Tiada rotan berguna juga akar; Emas kahwin ambil yang sunnah, Baru bahtera dapat belayar. Bera, 13 04 2015

Senafas Naik Senafas Turun

Senafas Naik Senafas Turun Halia ubi tanam tanaman, Banyak khasiat sama digali; Dunia ini hanya pinjam pinjaman, Akhirat jua tempat kembali Dunia ini hanya sebentar, Mata tertutup nyawa melayang; Iman ditanam jangan bertukar, Akhirat nanti tiada kan senang. Senafas naik senafas turun, Nyawa kita sebatas kerongkong; Cepatlah diri mohonkan ampun, Nyawa dicabut tidakkah senang. Siang dan malam itulah alamat, Ada datang ada yang pergi; Nyawa yang ada usah dicacat, Sepanjang hidup membilang rugi. Bandar Bera, 18 05 2015

Dengarlah Ratapan Warga Emas

Hilang anak sibuk mencari, Wajah suram hilang ceria; Begini nasib empunya diri, Mencari rezeki di hujung usia. Rupanya anak tenat di kolam, Badan sakit badan terketar; Siang sakit malam demam, Ke mana diri mencari penawar? Pangku anak mencari letak, Mencari ubat riuh senegeri; Usia uzur nafas sesak, Ke mana anak menghilang diri? Sakit anak tidaklah tenang, Sayang anak tercermin kasih; Mata kabur teliga kurang, Kasih anak mana ditagih? Wang saku dicari disimpan, Semoga anak senangnya kelak; Ayah umpama habuk di papan, Mengapa begini tingkahnya anak? Beras dicari dipilih ditampi, Kasih ibu sifatnya begini; Sungguh hairan di hati kami, Seramai anak sepi di sini. Anak diasuh kuncikan azam, Mata terpejam tiada lena; Peluk tubuh rasa nak demam, Ibu di rumah sedang merana. Wajah anak pengubat jiwa, Ibu ayah betapa senang; Waktu kecil riuh hilai tawa, Kami diusia ke mana hilang. Semangat ayah mencari menang, Siang dikayuh sibuk mencari; Siang malam duduk termenung, Terkenan

Kasih Ibu Ke Hujung Nyawa

Benih membesar di kebun impian, Sama dicantas pohonan berduri; Waktu anak merenggek kesejukkan, Ibu membelai menyelimuti diri. Menjaga taman tiada alasan Pohonan indah sudah dihiasi; Anak di pangku menanggis kelaparan Ibu datang menyuapkan nasi. Sudah terjaga namanya taman. Duduk berihat sambil berteduh; Badan anak dalam kotoran, Ibu menyiram seluruh tubuh. Banyak berusaha di tengah taman, Mencari air tepian telaga; Anak didodoi dalam kehausan Susu diberi hilangkan dahaga. Dalam taman mencari teman, Tiada teman susah bercerita; Anak dijaga menanggis keesakan, Tangan ibu mengesat air mata. Ibu burung mencari umpan, Bunyi berkicau burung terkukur; Waktu anak dalam kegembiraan, Tangan ibu menadah syukur. Burung terkukur di tengah padang, Kasihkan anak tiada sempadan; Waktu musibah datang bertandang, Suara ibu mengalunkan kesabaran. Anak burung mampak cedera, Ke mana ibu terbang melayang; Kini ibu diambang pusara, Anak asuhan ke mana hilang. Gementar badan kelaparan ump

Pantun untuk Sahabatku yang Bergelar Jenazah dan Kritikal; Kemalangan di LPT Chenor; Pahang

Subuh segak nampaklah lawa, Melangkah pergi berjiwa tenang; Baru semalam kita berhilai tawa; Rupanya kanda nyawa melayang. Waktu subuh solat bersama, Buatlah teman biar berpapah; Baru semalam kita minum bersama; Rupanya kanda bergelar jenazah. Setiap hari gilapkan iman, Banyak beristighfar bukanlah lama; Baru semalam kita bersalam-salaman, Rupanya kanda meninggalkan nama. Berpakaian cantik putih kemeja, Bersuara rendah bila berbicara; Baru semalam kita bersembang semeja, Jenazah digelar putuslah bicara. Duduk semeja sesama ketawa, Jarang berjumpa baru ketemu; Sesama kita menghitung nyawa, Rupanya tuan jadi tetamu. Banyak bertaubat hilangkan resah, Dosa dibuat bersama deria; Sesama taulan lafazkan al-fatihah, Roh diangkat orang yang bahagia. Malam bersembang menukar cerita, Sembang nan elok biarlah lama; Rasa sedih berurai air mata, Sahabat istimewa pergi selama. Saling berpesan tebalkan iman, Saling nasihat mana yang leka; Sesama kita saling ingkatkan, Nyawa pergi men

Renungan Sejenak

Sahabat Nabi usah dicela Tanpa meraka Al-Qura'an dan Sunnah tidak akan sampai ke tangan kita Jangan di caci jarum jam yang berdetik Waktu tidak bisa berbuat apa-apa Jangan dicaci angin berhemus atau topan membadai Pintu rahmat dan bencana berada dalam kekuasaan-Nya Jangan dicaci ayam berkokok menjelang pagi Tidakkah mereka membangunkan insan di buai mimpi untuk tunduk menyembah-nya Jangan dicaci sakit bertandang Inilah medan menghapuskan dosa anak adam yang bersarang di jiwa Jangan dicaci syaitan Bersama alunan zikir mintalah perlindungan Allah dari kejahatan syaitan terkutuk

Terima Kasih Tuhan

Terima kasih matahari Kau menyinari alam buana kaulah sumber kehidupan Terima kasih bulan Menyinari malam kelam Perhiasan indah di angkasa kehidupan Terima kasih angin Membawa angin sejuk di malam hari Membuat tidurku nyenyak berselimut Terima kasih hujan Membawa air menghijaukan alam Mencuci udaraku yang kusedut Terima kasih Ya Rahman Aku menumpang hidup di bumi milikMu Langit yang kujunjung Bumi yang kupijak Hanya selangkah Menanti nafas ke hujung sana Bera, 01 04 2015

Menyambut Cukai Baharu

Hari berganti pohonan layu, Hari senja membuat tapai; Kurang duit berhati sayu, Heboh senegeri mengata cukai. Orang bijak membuat bara, Malam bertingkah membuat onar; Sedikit sebanyak fahamlah cara, Setiap langkah harus berbayar. Cukai baharu semuanya gusar, Kota desa jadi celaru; Miskin kaya sama berbayar, Inilah rupa cukai baharu. Hari libur hari Sabtu, Tempat berhibur cermat mencari; Permulaan hari memang begitu, Lambat laun suaikan diri. Heboh senegeri tidaklah sepi, Cukai baharu mesti disambut; Suka tidak sama hadapi, Cukai baharu sengetlah poket. Hari senang waktu senja, Pulang ke tempat sama dinanti; Beli yang patut bijaklah belanja, Sama berhemat musim berganti. Bera, 03 04 2015

MUSIM KA'AT

Musima Ka’at Wang banyak dapatnya sedikit Itulah hakikat zaman yang perit Perut kosong sejak tadi Kurang duit makan tak jadi Getah di kebun kurangnya keluar Perut berbunyi berbuat onar Sawit ringan musim kemarau Ayah di rumah bertambah risau Sawah kering musim panas Semua keluarga jadi rimas Anak di suruh membawa bekal Beras di rumah cuma sekepal Anak di rumah ajak bersiar Boleh keluar tahanlah lapar Pen pencil alat menjadi pintar Buka saku wang terketar-ketar Pergi ke pasar tawar-menawar Berhati menawar jangan celupar Membeli barang membayar cukai Berhati membeli hilangkan santai. Bera 09 04 2015

PANTUN NASIB ANAK YATIM PIATU

Betapa susah bersih yang hangus, Badan lelah cuci sendiri; Nyawa ayah sudahlah putus, Kasih ayah mana di cari. Mari menanak di atas para, Umpan jerami cuaca yang redup; Tiada sanak tiada saudara, Bolehkah kami menumpang hidup. Habis menuai banyaknya jerami, Betapa perit sakitnya lutut; Jika tuan kasihkan kami, Sumbanglah sedikit mana yang patut. Habis rindu hilanglah mekar, Derita diri sudahku sanggup; Sungai madu laut bersakar, Haus kasih bagaimana hidup. Hujan Barat di tengah padang, Sama berbahagi tempat mencangkul; Betapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. Jala ditebar terkena duri, sanggup menyelam buang tersangkut; Beginilah nasib empunya diri, kasih dicari mana berpaut. Air berombak di tengah kolam, Badan lemas setengah lumpuh; Badan melarat di hujung malam, Di mana tempat diri berteduh. Bera, 28 03 2015

Dengarlah Ratapan warga Emas

Hilang anak sibuk mencari, Wajah suram hilang ceria; Begini nasib empunya diri, Mencari rezeki di hujung usia. Rupanya anak tenat di kolam, Badan sakit badan terketar; Siang sakit malam demam, Ke mana diri mencari penawar? Pangku anak mencari letak, Mencari ubat riuh senegeri; Usia uzur nafas sesak, Ke mana anak menghilang diri? Sakit anak tidaklah tenang, Sayang anak tercermin kasih; Mata kabur teliga kurang, Kasih anak mana ditagih? Wang saku dicari disimpan, Semoga anak senangnya kelak; Ayah umpama habuk di papan, Mengapa begini tingkahnya anak? Beras dicari dipilih ditampi, Kasih ibu sifatnya begini; Sungguh hairan di hati kami, Seramai anak sepi di sini. Anak diasuh kuncikan azam, Mata terpejam tiada lena; Peluk tubuh rasa nak demam, Ibu di rumah sedang merana. Wajah anak pengubat jiwa, Ibu ayah betapa senang; Waktu kecil riuh hilai tawa, Kami diusia ke mana hilang. Semangat ayah mencari menang, Siang dikayuh sibuk mencari; Siang malam duduk termenung, Terkenan

Membuka Diari pagi

Kokok ayam memecah kesunyian Kelelawar pulang ke sarang Pagi bertandang kusambut Basah embun sudahpun pergi Mentari merah menambahkan cerah Cerah menampakkan mekar membunga Duha; aku menantimu Dalam payah melangkah Dalam sibuk mencari arah Kukuatkan semangat Jiwa seorang hamba Ya Rabbi - aku hamba-Mu Sujud dan membilang tasbih Dosa bertimbun Moga kering jua Seperti embun dimamah mentari pagi Bera, 07 04 2015

Berbalas Pantun (3)

1.        Memperkasa Wawasan Pelajar Sekolah dibuka datanglah segera, Banyak berfikir carilah santai; Pelajar gemilang harapan negara. Bagaimana rencana mahu dicapai? Menanam padi di pinggir paya, Burung datang samalah usir; Bijak berfikir ke mercu jaya, Pelajar gemilang mengapa di pinggir? Tanak nasi basuhlah beras, Makan nasi bersambalkan lada; Fikiran bernas tenaga tangkas, Mengapa sepi dijana tiada? 2.        Sayangi Keluarga Semut berkerumun mencari gula, Bawa ke sarang siap dihantar; Keluarga harmoni harapan semua, Anak terpinggir mengapa dibiar? Ibu di rumah menadah berita, Selamatkah anak di hiris luka; Warga tua keluarga kita, Mengapa sengsara di rumah duka? Gagak hitam terkena pukat, Melepas diri tentulah payah; Umur muda perosak masyarakat, Mengapa keluarga tiada endah. 3.        Rukunnegara Burung helang mencari mangsa, Rupanya mangsa di tanah rawa; Rukunnegara falsafah membina bangsa, Masy

Berbalas Pantun (2)

Rukun Negara Datang angin bergoyanglah dahan, Datang menerpa ke mata; Kesetiaan negara itulah pilihan, Bagaimana bias dapat dikota? Wawasan pelajar Indah sungguh pekarangan laman, Sejuk indah di pandang mata, Wawasan pelajar membina kecemerlangan, Bagaimana mungkin dapat di kota. Pelajar bistari Indah sungguh pohon bidara, Riang adik bermain di sana; Pelajar bistarari harapan negara. Bagaimana bias dapat dijana? Budaya membaca Pagi hari pergi brertamu, Bawa juga si ikan duri,\ Membaca itu gudang ilmu, Di mana tempat untuk di cari. Gaya hidup sihat Pergi ke hutan mencari kerdas, Bawa balik berulamkan laksa; Badan cergas otak cerdas; Bagaimana bisa dapat diperkasa. Modal insan Ambil ikan atas para, Masukkan ia ke dalam guri, Peribadi mulia eset negara, Di mana tempat untuk di cari Kebersihan Dari jauh bunyi kertuk Duduk termangu si anak dara; Parit tersendat berbau busuk; Siapa dia punya an

Mari Berbalas Pantun

Kebersihan Makanan Terbang riang si burung merbah, Nampak berdendang si burung nasar; Negara dijaga bersih dan indah Mengapa wabak masih menular? Musim panas air diteguk, Bertambah selera makan kuini; Longkang kotor berbau busuk, Selerakah makan kalau begini? Menegur pelangan biarlah lembut, Masuk ke kedai si anak tani; Kuku kotor tidak berkasut, Pelayan restoren mengapa begini? Orang menyembur masih lena, Riuh orang Nampak keluar; Aedes membiak membawa bencana, Mengapa diri tiada gusar? Majlis Harga Hati-hati tuan kalau menyukat, Nanti tuan dibuai lena; Kenaikan harga tiada disekat, Pelanggan menanggis mengadu ke mana? Padi bernas sama disimpan, Sedang menapi antah ke tepi; Barangan melonjak tiada kasihan, Majlis harga mengapa sepi? Musim kemarau inilah masa, Bukan masa menanam kuini; Rakyat kecil menjadi mangsa, Barangan melonjak mengapa begini? Amalan Budi Bahasa Burung merpati di luar sangkar,

Pesan Malam

Pesan Malam Malam ini seperti malam yang sebelumnya kata orang malam itu kelam malam itu gelap pekat Malam ini seperti malam yang telah selesai inilah malam yang menanti cerah yang tidak pernah berbohong kejamkah malam? maniskah malam? Wahai malam! berikan sekepal pekat hitammu itu untuk hamba merenung warna malam Malam mendatang selalu menanti remaja keluar malam tunggulah masa depanmu yang kejam Malam ini dinanti penagih rezeki menerobos laut hitam sempadan berenang mencari sebutir nasi teraba mencari jalan yang polos melangkah naik dan menunggu diterajang Perompak penyamun mencari mangsa aduh! siapakah mangsa cakarmu malam pekat begini dan malam ini seperti malam yang tiada bulan para syaitan berkeliaran meracun fikiran anak adam Sedang pecinta Tuhan tunduk sujud di sejadah membilang tasbih air mata menitis membilang dosa tidak pernah habis. Bera, 25 03 2015

Nasib Ibu Tunggal

Kemarau datang sudahlah lama, Ke mana air kan kucari; Suami tercinta pergi selama, Tinggallah diri menghitung hari. Mencari kayu betapa payah, Api sedikit nasi mentah; Sudah dapat gading bertuah, Diri adik ditinggal sudah. Pinang kering tinggallah upih, Diambil anak buat buaian; Tiada tempat menumpang kasih, Air mata mengalir inilah teman. Kaki di langkah tidaklah gagah, Rupanya kaki terpijak duri; Nasi disuap betapa payah, Rezeki dicari seorang diri. Mengapa menyusah mencari duri, Padi muda dibuat emping; Anak di pangkuan menanggis sendiri, Susu di badan sudahpun kering. Susah air menggali perigi, Musim kering tinggal impian; Atap ketirisan siapa peduli, Tidur hamba dalam kedinginan. Bahtera besar janganlah megah, Taufan datang siaplah segera; Tiang layar sudahlah patah, Dayung ditangan kukayuh bahtera. Kemewahan datang janganlah lara, Tabung kosong mari diisi; Pasangkan sabar  melayari bahtera, Keyakinan dip