Posts

Showing posts from 2014

ANGIN

ANGIN Taufan menyerang pinggiran pantai, Laut bergelora memecah tebing; Banyak berfikir kurangkan santai, Amal dibuat banyaklah banding. Ribut melanda berkocak pohonan, Ada tumbang ada yang patah; Hidup di dunia carilah bekalan, Hidupmu nanti tidaklah payah. Angin sepoi waktu petang, Tepian pantai mencari damai; Banyaklah belajar mencari senang, Sifat malas cepatlah bercerai. Bayu berpuput memecah kesunyian, Suara ombak indah didengar; Orang cemerlang memasang impian, Dalam diam mencari benar. Angin itu ciptaan Allah, Banyaklah berguru anugerah alam; Rajinlah belajar janganlah kalah, Hidupmu kelak tidaklah kelam. Bera, 17 12 2014

HILANG SUDAH GADING BERTUAH

HILANG SUDAH GADING BERTUAH Pagi  syahadu menanggung pilu,             Air mata berurai turut beriringan;             Mata menanggis tiadalah malu,             Memori indah dalam kenangan.             Betapa payah mencari guru,             Dialah tempat berbahagi rasa;             Tiada apa untuk diburu,                   Lengkap sudah ke usia bersara.             Sekolah atap zaman dahulu,             Banyak berubah peninggalan zaman;             Pengorbanan besar dikenang selalu,             Buah pengalaman jadikan teladan.             Senang selalu menyambut tamu,             Rasa rindu selalubersemi;             Dalam mimpi kukenang dirimu,             Dalam doa ingatlah kami.             Tamat sudah tugas guru,             Sepanjang tugas tiada leka;             Selamat menempuh hidup  baru,             Hilangmu kami dimamah duka.             Hilang sudah gading bertuah,             Gading baru tak kan sama;             Be

Khabar dari Akhirat

Khabar dari Akhirat Kiamat itu adalah hari pasti, Tiada siapa berhak berdusta; Semua makhluk menemui mati, Penanggung dosa berputih mata. Pasak bumi akan berterbangan, Bintang bertembung hancur berkecai; Anak dikendung terlepas pegangan, Anak dakapan terlepas bercerai. Alangkah mulia orang beriman, Sepanjang masa dijaga Allah; Bertuahlah mereka mengaku bertuhan, Penghuni syurga cahaya terserlah. Alangkah azab mereka penderhaka, Sepanjang detik  di murka Allah; Alam sana menerima celaka, Melepas azab dikunci payah. Tiada pening tiada mabuk, Buahan lazat di kelopak mata; Minuman lazat mudah diteguk, Penghuni neraka kecewa mendengar cerita. Bidadari menawan bermata jeli, Laksana mutiara tersimpan baik; Apa tersedia tidak membeli, Penghuni neraka merayu menjadi baik. Alangkah bahagia golongan kanan, Air di sekeliling tercurah-curah; Penghuni neraka tiada impian, Keadilan pasti terserlah tiada salah. Alangkah mer

Kapal Berlayar Mencari Dermaga

Kapal Berlayar Mencari Dermaga Sudah jauh kapal berlayar, Sampai sudah dermaga dituju; Pergimu guru teramat sukar,, Pelabuhan jaya bagaimana kutuju? Kapal berlayar mencari destinasi, Tempat asal mencari arah; Pergimu guru kami tangisi, Bagaimana kudrat kan kukerah. Kapal berlayar ke Tanjung Jati, Banyak muatan hasilnya madu; Hilang sudah permata hati, Hati gundah menanggung rindu. Jauh berlayar tiangnya lemah, Layarnya carik sukar dicari; Lidahmu itu permata hikmah, Kubaja ia di dalam diri. Nampaklah lampu pelabuhan dekat, Bersiap kalian mana yang perlu; Tuturmu itu buah nasihat, Budimu tulus kukenang selalu. Pelabuhan dekat tepian kota, Terbang jauh burung merpati; Biarpun hilang di hujung mata, Kasih abadi terbayang di hati. Kapal berlayar berhenti sudah, Rehat dahulu marilah mandi; Sungguh banyak jasa tercurah, Hanya Allah membalas budi. Berlayar jauh membawa hasil, Sudah penat marilah berihat; Peng

Berguru kepada Alam

Berguru kepada Alam Di atas reban a yam berkokok, Nampak bulan di balik  awan; Banyaklah belajar mencari elok, Sama belajar bersama teman. Unggas malam sahut bersahutan, Sesama  mereka mengejar mangsa; Usah bermusuh sesama  teman, Mengapa senang bermain dosa? Embun jantan menitis kebasahan, Anak dibuaian nyenyak bermimpi; Kejar ilmu bina impian, Mencari teman disaring rapi. Murai berkicau hari nak siang, Anak dalam dakapan merenggek kesejukan; Usah diherdik guru yang garang, Dialah kelak pembina impian. Kerbau di kandang melengguh panjang, Mega merah nampak di kaki langit; Hilangkan resah berhati lapang, Masalah datang janganlah perit. Sahut bersahutan azan kedengaran, Ibu di rumah mengambil wuduk; Apa diajar memori disimpan, Itulah tanda  ilmu diteguk. Mentari merah di pagi hari, Bulan terang hilanglah sinar; Ilmu baik mesti dicari, Bersama  berikhtiar berfikir besar. Orang di pasar sibuk berdagang, Ana

KHABAR BESAR BERDASARKAN SURAH YASIN

KHABAR BESAR BERDASARKAN SURAH YASIN Al-Quran itu gudang hikmah, Muhammad itu pesuruh Allah; Jalan lurus terbuka sudah, Berikan peringatan mana ditegah, Kaum yang engkar akan berpaling, Mana yang betul tidak diikut; Panduan kitab janganlah enteng, Baru hidup hilang berserabut. Khabar gembira mesti disampai,             Tugas dakwah memberikan peringatan; Tugas dakwah tiada selesai, Sepanjang zaman memberi   peringatan. Insan yang mati akan dihidupkan, Amal di dunia ada ditulis; Akhirat nanti surat di dikembalikan, Engkar di dunia kalian menanggis.                   Hidup di dunia usah melampau, Al-Quran kitab jadkan ukuran; Neraka tempat kalian dihalau, Hidup di dunia bataskan sempadan. Allah itu Maha Pengampun, Satu saat engkau jadi mulia; Di syurga Allah engkau terpegun, Sepanjang masa hidupmu ceria. Kekuasaan Allah di depan mata, Bumi tandus jadi menghijau; Rezeki Allah untuk manusia semata, Banyaklah   bersy

TUGAS IBU AYAH

TUGAS IBU AYAH Hamparkan sajadah ambil kitabullah, panggil anak untuk mengaji; kenalkan anak dengan Allah, itulah ilmu perlu dikaji. Letih berguru mencari ubi, terima wang sebagai upah; kenalkan anak dengan Nabi, belajarlah anak tanpa lelah. Mari mengaji jangan berlari, rihat dahulu kalau penat; tanamkan Al-Quran dalam diri, dunia akhirat dapat berkat. Bera 08. 04. 2013

Pantun Gelagat Murid dalam Kelas

Pantun gelagat murid dalam kelas Dari jauh ombaknya tenang, kapal belayar nampaklah api; cikgu di depan bersuara lantang, murid di belakang membilang mimpi. Kapal belayar berpandu peta, kapal  muatan membawa kentang; cikgu di depan menghurai fakta, murid di belakang fikiran menerawang. Kapal belayar di hujung tanjung, anak kapal naik ke kota, cikgu di depan mengajar mengarang, dikarangnya surat bermain cinta. Anak kapal naik beca, dalam kapal hidupnya susah, diberi buku minta dibaca, dikoyak buku dibuat sampah.  Kapal berlabuh sudah berlayar, tanda belayar di pukul gendang; datang petang kononnya belajar, rupanya asyik bermadu cinta. Tinggallah sudah negeri kota, kapal belayar hari Isnin; cikgu di depan menerang fakta murid di sisi asyik bercermin. Dalam kapal jangan malas, belah kayu cari kapak, diberi sapu membersih kelas; bertambah kotor berbau hapak. Orang belayar semangatnya kental,

Pantun Taubat

Pantun Taubat Pntun Taubat Sampah banyak makin bertimbun, segeralah sahabat sama dibersih; hati terkenang dosa menimbun, mohon keampunan  dapat dibersih. Waktu dinihari hati terkenang, dosa dibuat apakah diampun; sedarlah insan  dosa  menggunung, istighafar  selalu mohon keampunan. Bangun malam tanpa berteman, Roh dan jasad sama berjaga; Taubat nasuha taubat penyesalan, Mulut dan hati awas menjaga. Mohon keampunan janganlah segan, Dosa dibuat sepanjang nafas; bangun malam mohon keampunan maksiat diikat mestilah tegas. Membilang dosa hampir selaksa, dosa besar jangan dicari; kalaulah hati dihampiri dosa, Muhasabah hati merenung diri. Bera, 29. 05. 2013

Lelaki tua

Lelaki tua Lelaki tua di usia senja membaca quran duduk di atas bata di belakangnya hanya tinggal longgokan bata hanya quran tua yang masih dia punya masih setia terus membaca kalimah demi kalimah itulah harta di bawa ke dunia sana meskipun di dunia sini tak punya apa-apa tiada ada rasa kecewa tidak mengapa kerana dia arif apa yang dibaca khabar di dunia sana semuanya indah tidak seperti di dunia sini hanya meninggalkan bongkah-bongkah batu kering sebagai tanda rupanya manusia mengiurkan hidup bersengketa, di belakangnya sebuah gerbang monumen kesengsaraan. Pasir Mas 11 06 2014

Waktu Subuh Menjelang Maghrib

Waktu Subuh Menjelang Maghrib Lahir ke dunia semua ceria, ibu ayah tentulah senang; waktu lahir ke alam dunia, tubuh tiada bersalut benang. Waktu hidup dihiasi ceria, waktu bernikah memalu tabuh; waktu hidup di alam dunia pakaian mahal bersalut tubuh Benih padi mari ditabur, padi dikambus hilang di mata; habis usia bawa ke kubur, kain putih itulah harta. Baru mengail mendapat ikan, orang mengail banyaklah alim; penghujung usia menjamah kebaikan, itulah harapan seorang Muslim. Waktu subuh lahir ke dunia, hidup di dunia janganlah ghalib; hidup dan mati biarlah mulia, itu petanda hilangnya aib. Bera, 22 06 2014

Mengheret Kambing

Mengheret Kambing Pulang ibu dari gembala, mengheret kambing pulang ke kandang; banyak bersyukur kuranglah bala, berikan infak mana yang kurang. Kambing sihat selesai meragut, gembiralah ibu menjaga kambing; infak diberi jangan bersungut, baru amal tidak mengering. Rumput hijau santapan kambing, cuaca dingin udaranya segar; bulan Ramadan dekat menjelang, menahan dahaga tahanlah lapar. Kambing mengembek pulang petang, ditarik ibu dari sawah; bulan Ramadan kurangkan sembang, zikir diucap kendurkan marah. Menarik kambing dari sawah, itulah tanda hari ke malam; kalau tuan hidupnya mewah, banyak memberi menghilangkan kelam. Kambing dijaga menanti musim, bila besar diberi infak; hidup sederhana sifatnya alim, banyak memberi mesti digerak Bera, 17 06 2014

Musim menanam

Musim menanam Musim menanam menjelang lagi, banyaklah bersabar menanti tuai; dapat rezeki sama berbahagi, Itulah hidup mencari damai. Musim menanam sudah tiba, sedikit masa tunggulah hasil tidak mungkin rezeki di atas riba, banyaklah berusaha baru berhasil. Musim menanam hampir tiba, syaaban datang berganti Ramadan; amal dicari mesti ditimba, banyakan amal inilah bekalan. Musim menanam disebut lagi, ramailah orang siapkan bekalan; Ramadan datang  dibilang lagi, siapa beramal dapatlah imbalan. Pekan, Pahang 02 06 2014

PANTUN HARi GURU

PANTUN HARi GURU Pergi ke sekolah waktu pagi, banyaklah bertanya hilangkan malu; pengorbanan guru disanjung tinggi, budi baik di kenang selalu. Hari guru ramailah tamu. datang tamu membawa hadiah; guru itu gudang ilmu, di sana tempat memetik buah. Dalam kelas mesti  ceria, banyak bersabar kurangkan herdik; ajaran guru ajaran mulia, siapa enggan hilanglah cerdik. Dalam sekolah indahnya taman, tempat berihat marilah ke sana; ajaran mulia  sepanjang zaman, siapa culas dia merana. Sambil mengajar sambil bercanda, baru cepat murid memetik; bergurulah tuan di kala muda, waktu mendatang tempat memetik. Mana batu manalah intan, gurulah tempat layak bertanya; kasih guru tiada sempadan, semua bangsa mengaku dia empunya. Cerdik bangsa  negara maju, murid gagal guru bersedih; tinggi bangsa gurulah teraju, menabur budi tanpa letih. Rapatlah adik dengan guru, di situ tempat turunnya ilmu; rajin belajar jangan celaru,

Rupa Paras Rasulullah

Rupa Paras Rasulullah Tinggi badanya tidaklah terlampau rendahnya juga tidak mencacatkan kulitnya putih, halus dan lembut tidak pula terlalu kemerahan tidak juga terlalu putih siapa memandang pasti menawan Rambutnya lurus tidak pula lurus seakan duri landak tidak juga keriting  berlipat-lipat rambutnya menghulur ke hujung telinga Dahinya lebar kedua bulu keningnya melengkung sempurna bulu matanya tebal lebat giginya sedikit jarang janggutnya terpelihara tebal lebat kumis dicukur dijaga rapi senantiasa punggungnya agak besar kedua bahunya terserlah sifat kenabian jalannya perlahan seumpama turun dari perbukitan. Rujukan : Syeikh Muhammad Jamaluddin; Bimbingan Mukmin; Membentuk Peribadi Mukmin; Al Shafa; Kuala Lumpur. Hlm. 350 Bera 14 05 2014

Riwayat Cara Makan Rasulullah

Riwayat Cara Makan Rasulullah Makanan di depan itulah pilihan roti gandum itulah nikmat kesukaan Mentimun bersama kurma basah makanan kegemaran meneguk air bersama buah kurma kering Menu  daging makanan kegemaran roti berkuah berserta daging pilihan Labu juga sayuran disukai daging kambing ijuga  kegemaran daging lenggan dan bahu sering jadi pilihan tubuh kambing ada ditinggalkan; -           Kemaluan, dua  biji buah zakar, kantung air  kencing, hempedu, gondok dan kemaluan kambing betna Bawang merah bawang putih tidak disantap makanan terhidang tiada dicela andai tiada gemar segera ditinggalkan Selesai santap daging segera dicuci  tangan sudah terbiasa minum tiga kali teguk minum sambil menghisab air waktu minum tidak bernafas dalam bejana mengambil barang mendahulukan tangan kanan tiada pernah membebankan orang lain Diambil sendiri makanan atau minuman sekiranya perlu Rujukan : Syeikh Muhammad Jamaluddin; Bimbingan Mukmin; Me

Penyakit Dengki; Keburukan dan Penyembuhan

Penyakit Dengki; Keburukan dan Penyembuhan Dengki itu penyakit hati, inilah penyakit yang besar; mari tuan sama ubati, ilmu amal  jangan tersasar Dengki itu racun untukmu, dunia akhirat tiada manfaat; dengki itu musuh yang tentu, baru imanmu tiada cacat. Dengki itu laknat tercela, mengapa marah Takdir Allah? bersyukurlah rezeki untuk  sesame hamba, baru hidup dihujani tuah. Dengki itu permainan iblis, di  situ tempat kekejian hati membakar, mengapa dibakar iman yang tipis, barulah nampak iman tercalar. Kalau dengki jadi anutan, tuan diracuni duka  perih; usah sengsara nikmat kesenangan, waktu saudaramu mendapat lebih. Kalau tuan punya akal, sucikan segera kedengkian berpaut; kedengkian bersarang usah digumpal, kemurkaan Allah  memanglah patut. Umpatan celaan yang dilontar, penerima umpatan ganjaran percuma; berpindah pahala kebajikan tidakkah gusar? nikmat dunia akhirat tidak bergema. Musuh tuan mendapat nikmat,

PANTUN KEESAAN ALLAH

PANTUN KEESAAN ALLAH Azan subuh amatlah sayu, Ambillah tuan kitabullah; Islam itu agama wahyu Muhammad itu utusan Allah. Cari kitab baru ketemu, Kitab cantik atas batu; Ilmu tauhid permulaan ilmu, Mengenal Allah sifat yang Satu. Kitab tua dari Juddah’, Kitab di karang sang ratu; Tauhid itu mengucap shadah, Ikrar hamba barang yang tentu. Pintarnya ratu baranglah tentu, Tuntutnya ilmu amat ceria; Bersaksi hamba pada yang Satu Tiada tuhan melainkan Dia. Buah kelapa alas kepala, Banyak menghafal tiada penat; Allah itu sifatnya Esa. Diri Allah dipanggil zat. Kalau sakit carilah tabib, Tabib tersohor ilmu berganti; Zat Allah sifatnya ghaib, Wajib percaya dikunci pasti. Letih menghafal menahan pukat, Tahan pukat di pulau Pandan; Esa Allah pada sifat, Rahman Rahim tiada sempadan Bawa perahu masukkan ikan, Dapat juga si ikan haruan; Esa Allah pada perbuatan, Af’aal Allah tiada tandingan. Ikan haruan ikan gelama, Ikan hidup dalam timba;

Rutin Hidup

Ikan sikap ikan gelama, Dapat tangkap sangatlah perit; Perkara baik mesti diterima; Terimalah ia walaupun pahit. Dapat tangkap tiadalah rugi, Nampak langit ikan mati Bangun pagi gosok gigi Tataplah quran penyejuk hati Makan sopan angkatlah dulang, Ambil air basuhlah tangan; Bermegah itu tiada terpuji, Fakir miskin dilupa jangan. Bera 2. 6. 2012

PANTUN HARI GURU

PANTUN HARI GURU Indah cuaca mainan rerama, Cuaca indah di tepi gunung; Transformasi minda dijana bersama, Guru gemilang pelajar terbilang. Duduk bersila makan kari, Kari dimakan di hujung tanjung; Guru penjana minda bestari, Transformasi pendidikan idea gemilang. Mengail ikan buah bidara, Ramai orang di tepi taman; Transformasi pendidikan agenda negara, Bersatu bangsa menyahut wawasan.

Pantun: Asal-usul Manusia

Pantun: Asal-usul Manusia Anak burung bersama ibu, Terbang ia tersangat lelah; Tidak berayah tidak beribu, Datang Adam kehendak Allah. Surah Al-Imran; 59 Terbang si anak tepian kolam, Tepian kolam sekawan landak, Datang Hawa ciptaan Adam; Allah mencipta Dia berkehendak. Surah An-Nissa: i Datang ke kolam amatlah sering, Datang si anak bermain wau, Tanah liat berserta kering Berubah warna berserta bau Surah ai-Hijr: 26 Datang ribut haripun kelam, Terbang si anak amatlah payah; Lahir Isa dari Mariam Tanpa perantara seorang ayah Surah al-Imran; 45 Riang bermain si anak lapam, Kolam besar amatlah megah; Datang malaikat temui Mariam Datang anak kalimah Allah Surah Al-Imran; 45 Pulang ayah mencari upah, Cari upah menetak rembia; Manusia biasa perantara ayah, Setitis manis terbentuk manusia. Surah Al-Alaq Ambil rembia persiapan kahwin, Rajin kerja jangan lara; Segera di tentang teori Darwin , Mustahil manusia asalnya kera. Bera, 5. 06. 2012.