Posts

Showing posts from October, 2016

(19) DAKWAH KELUARGA TERDEKAT

DAKWAH KELUARGA TERDEKAT Tiga tahun sudah berlalu,  dakwah terbuka semoga mahu Saudara terdekat diajak bercerita Abu Lahab datang bersengketa. Datang dia dengan marah, mana yang hadir terus disergah Berputus asa tiada lelah, itulah sifat Rasul Allah. Ajak saudara santap bersama, tengah hari diajak tidaklah lama Ajak saudara dakwah bersama, Semua yang hadir berpaling cuma Datang Ali sedia menolong, bersama Baginda berfikiran matang Suku Quraisy memandang serong, Bani Hashim turut berang Ajaran baru menuntut kurban, itulah tanda tebalnya iman. Hamzah Memeluk Islam Abu Jahal musuh nyata, benci Baginda tiada terkata. Tenang Muhammad terima cerca, hormat yang tua amatlah suka Bapa saudara bernama Hamzah, gemar berburu pandai memanah Pergilah dia mencari Rasul, Syahadah diucap depan Baginda. Ulah Abu Jahal datang mempersenda datang memukul cederalah Baginda.

(18) BENTUK AJARAN RASULULLAH

BENTUK AJARAN RASULULAH Al-Quran datang membawa ajaran, beriman kepada Allah itu tujuan. Kaya bangsawan tiada dipandang, hati suci orang terpandang. Adam Hawa keturunan manusia, semua insan adalah sama. Pangkat keturunan bukan ukuran, paling bertakwa ukuran iman. Anak yatim para hamba, golongan tertindas sama berlaba. Golongan tamak berfikir jumud, datang Islam tak ingin bersujud. Buat baik adil saksama, Apa dibuat tidak percuma. Jadi Muslim bebaslah  hamba, semua orang hidup merdeka. Anak Yatim perlu dijaga, mengaku Muslim wajib menjaga. Ajaran baru membawa pengorbanan, orang memberi tanda beriman. Ganjaran Allah pasti datang, syurga Firdaus pasti mengundang Golongan beriman makin bertambah, golongan bangsawan bertambah marah.

(15) MENUNGGU WAHYU BERULANG

MENUNGGU WAHYU BERULANG Lepas berhuma kita menapi, Memotong kayu tumbuh di batang; Enam purnama hidupnya sepi, Menunggu wahyu tiadalah datang. Jangan bersembang jangan bersenda, Kayu di batang sudah ditebang; Khuatir bimbang resahlah Baginda, Khuatir bimbang wahyu hilang. Berilah upah janganlah diam, Kayu digergaji buatlah reha Keluh kesah makin mencengkam, Bawalah Jibrail surah adh-Dhuha. Kayu ditebang buatlah benda Mari mengukur janganlah berat Jibrail datang syukurnya Baginda, Mengucap syukur diiringi solat. Kayu ditambah membuat benda, Tidaklah berat janganlah gusar; Jaminan Allah kepada Baginda, Umat sesat tiada dibiar. Sujud syukur rapatkan dahi, Hadapkan diri arah ka’bah; Terlambat wahyu ketentuan Ilahi, Itulah masa Baginda muhasabah.

(14) KEDATANGAN WAHYU PERTAMA

KEDATANGAN WAHYU PERTAMA Syair dikarang untuk saudara Ambil faedah bila bicara Kerja yang baik kita bersegera Hindarkan kita dari lara Hidup Baginda bersama Khadijah Hidup bersama menumpang tuah Jalinan diikat menguntum indah Rezeki bertambah melimpah ruah Jadilah Baginda usahawan cemerlang Usia bertambah semakin matang Rezeki melimpah semakin menggudang Jadilah mereka orang terpandang Kaya dicari bukan tujuan Ingin dirinya mendekatkan tuhan Sebenarnya ingin menjadi insan Itulah sebenar hasrat impian Pergi Baginda munajat diri. Gunung An-Nur mengasingkan diri kebisingan kota melarikan diri Di situ baginda tempat menyendiri. Sifat suami tahulah Khadijah Sifat buruk tidak diendah Mana yang baik terpateri indah Patung berhala tidak disembah Bulan Ramadan pergilah berkhalwat, Gua Hira’ tempat munajat. Terasa di hati tiadalah berat Mencari tuhan terus mendekat Suka Baginda ikhlas bertafakur Suka bertafakur su

(13) SYAIR PERISTIWA PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KHADIJAH

SYAIR PERISTIWA PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KHADIJAH Dengarlah tuan hamba berkisah Kisah Nabi penuh bersejarah Kisah hidup bercambah hikmah Cermat membaca mendapat faedah Orangnya cantik lagi budiman Khadijah janda hartawan bangsawan ‘Uqbah,  Abu Jahal, Abu Sufian Bangsawan Mekah menaruh  idaman Pemuka Quraisy  datang melamar Ditolak Khadijah dalam sedar Perangai mereka tiadalah gemar Perangai buruk tidaklah wajar Malam indah bermimpi  Khadijah Mentari turun masuk ke rumah Terkena sinar seluruh Mekah Apakah gerangan  begini  faedah? Waraqah Naufal tempat berjumpa Pengetahuan luas berbagai rupa Takwil mimpi bagaimana rupa Suaminya Nabi ingatkan siapa Kota Mekah asalnya tempat Suku Quraisy keluarga terdekat Bani Hashim keluarga terhormat Terpaku Khadijah khabar diangkat Mendengar Muhammad mencari upah Takbir mimpi sedang ditempah Bersuamikan Baginda tiada disangah Tiada dizahir bimbangnya  fitnah Du

(12) CATATAN PERKENALAN NABI BERSAMA KHADIJAH DAN ALAM PERKAHWINAN BAGINDA

CATATAN PERKENALAN NABI BERSAMA KHADIJAH DAN ALAM PERKAHWINAN BAGINDA Abu Talib hidupnya  serba sederhana;  tiada harta anaknya berbaris; sayang Ahmad tiada terbilang Carilah beliau kerja terdaya; mana sesuai  untuk Baginda; Itulah kewajipan terletak di bahunya Berbincang Abu Talib dengan saudara;  saudara perempuan bernama Atiqah Hajat dihati menikahkahkan Ahmad;  apakan daya duit tiada;  Khadijah usahawan kaya ternama Perlu pekerja dalam berdagang; itulah cara mendapat nafkah;  sesudah itu carilah isteri Carilah Abu Talib untuk Baginda; bersua Khadijah usahawan terkenal Bersedia Khadijah Ahmad pembantu;  terima Ahmad setulus hati;  tanah Sham tempat berniaga Bermula Ahmad seorang pedagang;  pergi Ahmad bersama Maisarah; pembantu Khadijah paling setia Pesan Abu Talib kepada Maisarah “jagalah Ahmad anak kesayangan” Bersama berdagang ke tanah Sham; lihatlah Ahmad tanah menghijau; pulang mereka hasil melimpah Jujur amanah hormatlah Maisarah Utuslah Ba

(9) MUHAMMAD BERSAMA ABU TALIB

MUHAMMAD BERSAMA ABU TALIB Tinggallah Ahmad sebatang kara Bersama Abu Talib bapa saudara Sayang Abu Talib tidak terkira Dijaga Ahmad walau apa cara Datuknya pergi berpindah alam Ahmad berasa dirinya kelam Sedihnya diri peristiwa semalam Teruskan hidup itulah azam Sebelum pergi sudah dipesan Jaga Ahmad biar berterusan Hiduplah Muhammad bersama paman Keluarga besar inilah teman Abu Talib pekerti mulia Warga Mekah hormatlah dia Ahmad bersama bapa saudara Sama menyayang tidak terkira Cintanya Ahmad amatlah tinggi Sayang kepada paman tidak berbahagi Hidup Abu Talib tidaklah rugi Rezeki datang segenap segi Dua belas tahun genap sudah, Perangai Ahmad jujur indah Pekerti mulia sudah terserlah Membina santun tidak bermegah Muhammad itu jujur mulia ‘Al-Amin’ digelar masa belia Berhak digelar sedemikian rupa Amanah diberi tidaklah lupa Pertelingkahan Meletakkan Hajarul Aswad Banjir besar baru berlalu, Ka’bah ro

(8) HIDUP BERSAMA IBU SUSUAN

HIDUP BERSAMA IBU SUSUAN DAN ABDUL MUTALIB BERSAMA NABI Selamatlah Muhammad dilahirkan ke dunia Ibu dan bayi semuanya selamat Jadilah Aminah ibu mulia Kasihnya pada anak tiada digambar untuk dikata Salam Aminah untuk Abdul Mutalib Dikhabarkan cucu lelaki kesayangan selamat dilahirkan Abdul Mutalib bangsawan hebat Tokoh masyarakat di tanah Me’kah Tawaf Ka’bah tujuh kali dengan rasa gembira Hari ketujuh memanggil jamuan Muhammad diberi nama pilihan langit bumi turut memuji Makhluk di langit dan bumi jadi sebutan Muhammad orang terima pujian Kota Mekah banyak dugaan Bayi membesar bukan pilihan Ibu susuan jadi pilihan Udara kampung amatlah segar Bani Sa’d suku terkenal Asalnya beliau di kawasan gurun Sempat Aminah memanggil wanita Tuhawaibah nama jadi pilihan Dapatlah Tuhawaibah  susukan Baginda Kasihlah Baginda sepanjang hayat Begitulah pekerti kasih Baginda Berduyung datang Bani Sa’d Pilihan bayi ada berbapa Tinggalah

(7) PENCEROBOHAN TENTERA BERGAJAH DAN BANTUAN ALLAH

PENCEROBOHAN TENTERA BERGAJAH DAN BANTUAN ALLAH Dari Yaman menuju Mekah Tiada siapa dapat menyekat Musibah datang melanda Mekah Hancurkan Ka’bah itulah hajat Abrahah iri tiada terperi Ka’bah tetap tempat mulia Pelbagai ikhtiar sudah dicari Gereja dibina biarlah mulia Gereja dibina besarlah belanja Emas gading hiasan bina Betapa banyak menghabiskan kerja Orangnya tiada Abrahah terhina Abrahah datang amatlah garang Gereja dibina tinggalah sepi Berpakat mereka untuk merancang Menyerang Mekah persiapan rapi Gerombolan Gajah teramat megah Itulah kesepakatan sudah dirancang Abrahah datang bersama gajah Suku Arab tetap menghalang Garang Abrahah tiada lemah Mengacau Mekah menghilangkan aman Datang Abrahah dengan gaja, Arab tawanan penunjuk jalan Datang sombong tiada kasihan Merampas Ka’bah itulah impian Datang mereka tiada tertahan, Datang Abrahah bukannya lawan Utusan datang menghadap Abdul Mutalib Meruntuh Ka’

(6) ABDUL MUTALIB DENGAN ANAK KESAYANGAN

ABDUL MUTALIB DENGAN ANAK KESAYANGAN Syair di karang buat pedoman Untuk kita di akhir zaman Jadikan cerita sebagai pengajaran Semoga kukuh kita beriman Abdul Mutalib datuk Rasululah, Sepenuh hati. menjaga Ka’bah. Orang dihormati di kota Mekah Kota suci penuh bersejarah Abdul Mutalib penjaga suku Anak bongsu bernama Abdullah Meningkat remaja di kota Mekah Muda remaja genaplah sudah Aminah dipilih pasangan hati Anak ketua Bani Zuhrah. Aminah keturunan keluarga ternama Suku Quraisy warga terbilang Tinggallah Aminah di kota Mekah Abdullah berdagang mencari nafkah Tanah Gaza tempat disinggah Aminah di Mekah menjaga amanah Suami tercinta hilang di mata, Rindukan suami tidak terkata Takdir Allah dapatlah permata Berbadan dua menanggung derita Kandungan Aminah dua bulan Pulang Abdulah mencari persingahan Kampung Yathrib jadi pilihan Musim panas beliau berjalan Bani Najjar penyambung saudara Sukanya mereka tidak terkir

(5) PENYEMBELIHAN ISMAIL A. S

Penyembelihan Ismail a,s Ketika usia Ismail meningkat remaja Dikhabarkan dalam mimpi Ibrahim a.s mendapat perintah Mimpi seorang nabi  pastinya mimpi kebenaran Mimpi wahyu daripada Sang Pencipta Anak disayangi mesti dikorbankan Ketika usia Ibrahim sampai ke penghujung Mngkinkah akan lahir  lagi cahaya mata buat penganti Saat  meniti usia tua sedang  bertandang Datang perintah anak ditantang akan disembelih Perintah besar tidak mudah diengkar Pekerjaan besar tidak mudah berpaling Tidak terdetik perintah ini akan dibiar berlalu Perintah besar tetap ditunai Dua beranak bertemulah  ayah dan anak Ibrahim  bersama  Ismail diajak  berbicara Semoga Ismail tenang dan tabah dan tidak dipaksa Perintah Allah mesti dikerjakan Maka berkata Ibrahim; “Anakku!   Aku bermimpi menyembelih dirimu. Cuba renungkan, bagaimana pendapatmu”                                                                                                             (Surah ash-Shaff

(4) PERISTIWA BESAR DI TANAH KONTANG

PERISTIWA BESAR DI TANAH  KONTANG Cerita berkisah di tanah Baitul Maqdis Di sini tempat Nabi Ibrahim menumpang hidup Menjalin persefahaman bersama  isteri tercinta, Sarah Ketentuan Allah tiada diberi zuriat Pintalah Sarah kepada suami tercinta Pembantu bernama Hajar minta dinikahi Mudah-mudahan dimakbulkan Allah penyeri hidup Zuriat permainan jiwa ada di samping Tertunai sudah hajat Sarah Bersama Hajar hidup berpadu suami isteri Gembira Hajar dirinya berbadan dua Nurani  seorang perempuan terbitlah rasa cemburu mengelegak Mengadu Hajar kepada Ibrahim Terbitlah dari lidah Nabi Ibrahim “Silalah engkau berbuat apa sahaja kepadanya” Rasa ketakutan mencengkam dan menikam  nurani seorang bernama perempuan Seorang bakal ibu membawa diri Rumah tercinta ditinggalkan sedu Dalam berlagu hiba tiba di sebuah mata air Dan malaikat menghampiri “Janganlah engkau takut! Sesungguhnya Allah akan menjadikan anak yang kaukandung sebagai orang yang amat baik”

PADI

PADI Ingin membajak mengapa duduk cangkul hilang diambil orang padi masak belum ditumbuk dompet dipegang rupanya hilang Ambil lidi sama diraut rautlah cepat waktu senang tanam padi tumbuh rumput ayam ditambat disambar helang Nasi mentah tidak menjadi bagaimana diisi bersama senduk hidup ikutlah resmi padi makin berisi makin tunduk Cari lidi usah dilupa mari dipegang sambil membilang simpan padi sekampuk hampa kerbau sekandang dicuri orang Bera, 25. 10. 2016

DUIT

DUIT Jalan diredah panasnya terik, Roda pancit angin kempis; Poket terlondeh tidaklah carik, Cari duit rupanya habis. Terbit sinar di balik bendang Cacing resah di panas hari; Belanja besar masuknya kurang, Jiwa gelisah mana nak cari. Ayam mengais tepi bendang, Waktu senja masuk ke gubuk; Wang kukais pagi petang, Besar belanja dari masuk. Menyapu sampah waktu petang, Cuaca kering cucuhlah api; Duit melimpah saudara datang, Duit kurang saudara menyepi. Ayam dara pulang senja. Biangnya kempis kecilnya diri; Berhati saudara elok berbelanja, Wang habis menanggis sendiri. Hilang awan terbit nyala, Sama mencari itik serati; Jiwa usahawan mengapa dicela, Baru diri akan dihormati. BERA, 14. 10. 2016.

MUHASABAH PAGI SURIA

Muhasabah Pagi Suria Bersyukur kita dilanjut usia Gunalah usia masih tersisa Pintu dakwah berbagai cara Hikmah dipaut membawa sejahtera Fikiran songsang belakangkan saja Jalan lurus mesti dicari Buku dibaca guru dicari Baru akal menjadi rasional Pintu maksiat usah dibuka Pintu kebaikan terngangga luas Sejahtera dicari harapan semua Amanlah kita mencari bahagia Kata dan tulis Tindakan perlu dikota Baru jaya dapat digapai Selamatlah kita ombak bencana Gerbang bahagia sedia menanti BERA,

TAKDIR

Tali akar sudahlah mati, Susahnya berteduh di bawah banir; Hilangmu sukar dicari ganti, Kepada Allah kuserah takdir.

SOLAT

Penat berpantun kita bergurindam kalau salah jangan dikecam bacalah tuan sampai khatam mudah-mudahan boleh difaham SOLAT Mahu solat mulakan wuduk, berzikir dahulu sambil duduk Masuk waktu azan memanggil, bersih dulu hati degil Azan disebut jangan bercakap, ambil makna apa diucap Solat mesti tempat bersih, Baru sah solat yang sahih Bila sudah disebut takbir Ingatan lain mesti disingkir Al-fatihah dibaca mesti betul faham maksud itu yang unggul Rukun solat ikut aturan Itu selalu ustaz pesan Selawat Nabi jangan ditinggal Solat tak menjadi kalau ditinggal Salam ke kanan berakhirlah solat Itulah solat tidaklah berat Lima kali sehari wajib laksana Mengaku Muslim ambil cakna Mesti faham apa disebut Baru hati menjadi lembut Kalau lelaki afdhalnya berjemaah ganjaran diberi lebih bertambah Banyak berzikir bukan ditegah pengubat jiwa hati lemah Sama berdoa kepada Allah terus berdoa jangan mengalah Jangan mudah tinggalkan solat iman yang kental dapat berbuat Ora

NASIB PETANI

Nasib Petani Kerja berderai menganyam senang hasil berbahagi tiada ditagih padi disemai dimakan burung bagaimana lagi mencari benih Pergi ke rantau mencari senang sungai terbentang perahu dicuri padi menghijau kemarau datang sawah kering merintih sendiri Cahaya kuning di tepi pantai tidaklah senang ibu gering padi menguning menanti tuai tikus datang habis sekeping Bina gudang atas lembah atas tebing bakar jerami banjir membadai air melimpah padi tergenang menyembah bumi Mendaki denai kapal belayar jatuh di lembah sakit mengerang padi dituai bahagia sebentar harga rendah pedih seorang BERA, 26. 10. 2016.

ABDUL MUTALIB DENGAN ANAK KESAYANGAN

ABDUL MUTALIB DENGAN ANAK KESAYANGAN Syair di karang buat pedoman Untuk kita di akhir zaman Jadikan cerita sebagai pengajaran Semoga kukuh kita beriman Abdul Mutalib datuk Rasululah, Sepenuh hati. menjaga Ka’bah. Orang dihormati di kota Mekah Kota suci penuh bersejarah Abdul Mutalib penjaga suku Anak bongsu bernama Abdullah Meningkat remaja di kota Mekah Muda remaja genaplah sudah Aminah dipilih pasangan hati Anak ketua Bani Zuhrah. Aminah keturunan keluarga ternama Suku Quraisy warga terbilang Tinggallah Aminah di kota Mekah Abdullah berdagang mencari nafkah Tanah Gaza tempat disinggah Aminah di Mekah menjaga amanah Suami tercinta hilang di mata, Rindukan suami tidak terkata Takdir Allah dapatlah permata Berbadan dua menanggung derita Kandungan Aminah dua bulan Pulang Abdulah mencari persingahan Kampung Yathrib jadi pilihan Musim panas beliau berjalan Bani Najjar penyambung saudara Sukanya mereka tidak terkir

SYAIR PENGORBANAN NABI ALLAH IBRAHIM BERSAMA ANAKNYA ISMAIL

SYAIR PENGORBANAN NABI ALLAH IBRAHIM BERSAMA ANAKNYA ISMAIL Dengarlah tuan hamba berkisah Tersebut kisah di bumi Mekah Nabi Ibrahim mendapat perintah Mimpi wahyu dari Allah Anak dipangkuan akan disembelih Bernama ayah tentulah sedih Ismail anak jiwanya pengasih Terima ketentuan hatinya bersih Perintah besar tidak diengkar Apa disuruh tiada dibiar Dua beranak tiada bertengkar Terimalah Ismail dengan sabar Yakin Ismail tanpa keraguan Perintah Allah tiada disimpan Di sini kemuncak menguji iman Hasutan iblis tetap dilawan Dibawa Ismail ke tempat lapang Pinta Ibrahim anaknya berbaring Pengorbanan mereka tidak tertanding Tajam pisau tiada sumbing Kulit leher mencecah tanah Jiwa kental tiada lemah Berbaring Ismail dengan pasrah Pengorbanan besar bukan mudah Pisau tajam leher ditekan Daging Ismail tidak termakan Sekuat tenaga pisau ditangan Tidak mudah untuk melukakan Tidak jauh di medan korban Mengembek kambing

NABI ISMAIL DAN AIR ZAM-ZAM (SAJAK)

BAB  1 NABI ISMAIL DAN AIR ZAM-ZAM Kisah bermula di tanah Arab kering kontang Padang pasir tiada barang tiada penghuni Tiada kehidupan di tanah gersang Siapa datang tiadalah senang Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar Ditinggal juga anaknya Ismail Air dibawa sudah kekeringan Resah Hajar tiada air Berlarilah dia Safa dan Marwah Berulang berlari tujuh kali Ismail ada terus menendang  bumi Ismail terus hentakkan kaki Telapak kaki terpancutlah air Hilang penat hilang lelah Air zam-zam diberi nama Datanglah kabilah bani Jurhum Sukalah mereka  tinggal di situ Ismail terus meningkat dewasa Gadis Bani Jurhum idaman hati Datang kembali Nabi Ibrahim Bersama anak didirikan Ka’bah Berdiri megah rumah Allah. Mengajar Ibrahim segala manusia Mengenal  Allah Yang Esa Terbina ka’bah kekal berdiri Menyembah Allah segala manusia.

DUIT

DUIT Jalan diredah panasnya terik, Roda pancit angin kempis; Poket terlondeh tidaklah carik, Cari duit rupanya habis. Terbit sinar di balik bendang Cacing resah di panas hari; Belanja besar masuknya kurang, Jiwa gelisah mana nak cari. Ayam mengais tepi bendang, Waktu senja masuk ke gubuk; Wang kukais pagi petang, Besar belanja dari masuk. Menyapu sampah waktu petang, Cuaca kering cucuhlah api; Duit melimpah saudara datang, Duit kurang saudara menyepi. Ayam dara pulang senja. Biangnya kempis kecilnya diri; Berhati saudara elok berbelanja, Wang habis menanggis sendiri. Hilang awan terbit nyala,                                                                                                                       Sama mencari itik serati;                                                                                                                           Jiwa usahawan mengapa dicela, Baru diri akan dihormati. BERA, 14. 10. 2016.

Muhasabah Pagi Suria

Muhasabah Pagi Suria Bersyukur kita dilanjut usia Gunalah usia masih tersisa Pintu dakwah berbagai cara Hikmah dipaut membawa sejahtera Fikiran songsang belakangkan saja Jalan lurus mesti dicari Buku dibaca guru dicari Baru akal menjadi rasional Pintu maksiat usah dibuka Pintu kebaikan terngangga luas Sejahtera dicari harapan semua Amanlah kita mencari bahagia Kata dan tulis Tindakan perlu dikota Baru jaya dapat digapai Selamatlah kita ombak bencana Gerbang bahagia sedia menanti BERA,

Khabar Angin

Khabar Angin Rumah besar sendat dibaji, Rumah lama binanya susah; Berita di dengar cermat dikaji, Salah terima membawa padah. Ribut besar angin tenggara, Petir panah selamat dibangsal; Berita disebar membawa angkara, Rupanya fitnah bermata dajal. Jalan sesat malas berbahasa, Usah dibiasa jangan dibiar; Jejaring internet racun berbisa, Dialah bisa membawa onar. Dari desa hala ke kuala. Sama dibuang sampah berduri; Fitnah berleluasa membawa bala, Derita ditanggung merana diri. Bera, 16. 10. 2016