Berbalas Pantun (3)

1.       Memperkasa Wawasan Pelajar

Sekolah dibuka datanglah segera,
Banyak berfikir carilah santai;
Pelajar gemilang harapan negara.
Bagaimana rencana mahu dicapai?

Menanam padi di pinggir paya,
Burung datang samalah usir;
Bijak berfikir ke mercu jaya,
Pelajar gemilang mengapa di pinggir?

Tanak nasi basuhlah beras,
Makan nasi bersambalkan lada;
Fikiran bernas tenaga tangkas,
Mengapa sepi dijana tiada?

2.       Sayangi Keluarga

Semut berkerumun mencari gula,
Bawa ke sarang siap dihantar;
Keluarga harmoni harapan semua,
Anak terpinggir mengapa dibiar?

Ibu di rumah menadah berita,
Selamatkah anak di hiris luka;
Warga tua keluarga kita,
Mengapa sengsara di rumah duka?




Gagak hitam terkena pukat,
Melepas diri tentulah payah;
Umur muda perosak masyarakat,
Mengapa keluarga tiada endah.

3.       Rukunnegara

Burung helang mencari mangsa,
Rupanya mangsa di tanah rawa;
Rukunnegara falsafah membina bangsa,
Masyarakat bersatu  bagaimana dibawa?

Asyik anak bermain leka,
Bawah pohonan berlari-lari;
Undang-undang negara rakyat merangka,
Mengapa disisih rakyat sendiri?

Bermain hujan berhilai canda,
Lama bermain sudahlah puas;
Masyarakat sengketa tandanya ada,
Bagaimana mungkin mahu dipangkas?

4.       Pelajar Bestari

Kurang makan badan kurus,
Tumpul  berfikir sudah disangka:
Cemerlang berfikir menongkah arus,
Pelajar Bestari bagaimana dirangka?



Makanan bertutup di bawah saji,
Tangguhlah santap bawalah cerana;
Akademik terbaik akhlak terpuji,
Lengkapkah cara melangkah ke sana?

Ibu pulang hilanglah duka,
Bawa pakaian bertambah segak;
Peta berfikir sudah dirangka,
Fahamkah murid  merancang gerak?

5.       Sekolahku Duniaku

Rela bekerja tanpa upah,
Kerja baik tanpa cacat;
Taman indah di dalam sekolah,
Sanggupkah warga sama membuat?

Harum taman sungguhlah kagum,
Mari teman sama ke sana;
Taman hijau baunya harum,
Tercapaikah matlamat apa dijana?

Sama bekerja hilanglah lelah,
Sama membiina taman rerama;
Rasa bahagia ke pintu sekolah,
Selamatkah murid berpayung bersama?





6.       Modal Insan

Simpanlah tuan emas gangsa,
Hiasan pesta tentulah lawa;
Modal insan memimpin bangsa,
Bagaimana rupa untuk dibawa?




Kalau mengail bawalah umpan,
Sambil mengail usah terlena;
Modal insan banyak ketrampilan,
Sejahterakah negara pandu ke sana?

Anak mengail dapatlah ikan,
Ikan kecil janganlah hina;
Insan mahir dambaan majikan,
Sudahkah kita mengorak ke sana?

7.       Masyarakat Hadhari


8.       Masyarakat Gemilang

Anak kecil memakai lampin,
Lampin dipakai tiadalah bagus;
Berbahasa asing bersemangat yakin,
Mampukah anak bangsa menongkah arus?




Mentari pagi nampak bercahaya,
Segak berbaris nampaklah hebat;
Malaysia hebat kaya budaya,
Bagaimana mungkin dapat dimartabat?

Ikan dan asam sudah bertemu,
Sama memasak janganlah lama;
Malaysia kini lubuk ilmu,
Pelajar asing sediakah terima?

9.       Faedah Kokurikulum

Berkhemah di hutan terdengar ungas,
Redupnya pohonan bertambah ceria;
Fikiran cergas minda cerdas,
Adakah rempah sudah disedia?

Kayu jati siap diukir,
Ukirannya cantik tidak bersendi;
Akademik diangkat sukan dipinggir,
Mengapa tempang boleh terjadi?

Lepas berlari di pohon rendang,
Badan berpeluh tentu berguna;
Pelajar gemilang sukannya terpandang,
Bagaimana mungkin dapat dilaksana?





10.   Jati Diri

Berbahasa kasar janganlah senang,
Berbahasa sopan sama dicari;
Bahasa Melayu sama dijulang,
Mengapa terpinggir di tanah sendiri?

Berbeza pendapat carilah matang,
Duduk berimpuh bersama kami;
Fikiran bebas semangat cemerlang,
Tercapaikah matlamat memayungi bumi?

Bergerak tangkas cepatlah mara,
Sama bersatu kita semua;
Bangsa merdeka bebas bersuara,
Gagahkah suara di pentas benua?

11. 1 Malaysia

Mengasing rempah janganlah  lama,
Rempah bagus dari kota;
Berbilang bangsa berbilang agama,
Bersatukah rakyat  di bumi tercinta?

Sama membersih rumput yang liar,
Ambil rumput ke dalam pungkis;
Fahaman melampau sudah menjalar,
Mampukah rakyat sama menangkis?

Bising di sebelah tiada lena,
Muzik keras makin memekak;
Benih perkauman usah dijana,
Bagaimana rakyat melepas onak?

12.   Sayangi Keluarga

Duduk bersenda di pohon sena,
Sama berihat mari bersandar;
Keluarga berbalah anak merana,
Bagaimana mungkin dapat dihindar.

Duri di hutan usah di cari,
Duri tajam tidak berharga;
Keluarga riadah senangkan diri,
Damaikah hidup seisi keluarga.

Sama mengaji sudahlah lega,
Janganlah layan mata mengantuk;
Makan bersama harmoni keluarga,
Sejahtera keluarga inikah bentuk?

13.   Cintai Alam Sekitar

Pohonan ditebang nampaklah bonggol,
Pohonan besar si pokok kuini;
Hutan besar tinggal gondol,
Apa kesan kalau begini.

Guruh berdentum adek merenggek,
Kakak memanggil mari ke sini;
Sungai dalam kembali cetek,
Bagaimana mungkin jadi begini?

Payahnya mendapat si ikan gelama,
Rupanya kabut di tengah lautan;
Udara  kotor jeremu menjelma,
Apa nasib anak watan?

14.   Semangat Kejiranan
Bersama jiran mengail sepat,
Letakkan umpan di dalam baldi;
Jiran berkat membawa berkat,
Jiran khianat bagaimana terjadi?

Riuh di taman orang bercerita,
Mencuri  wang habis disimpan
Jiran bermaafan leraikan sengketa,
Amankah hidup kalau bermusuhan?

Ajaklah teman menanam kelapa,
Menanam kelapa janganlah dekat;
Sebelah rumah tidak bersapa,
Inikah dikata jiran sepakat?

15.   Semangat Perpaduan

Naikkan bendera bersama rakan,
Bersemangat kental buangkan mengantuk;
Kelainan budaya jadikan kekuatan,
Mana hala untuk dibentuk?

Lelayang indah jatuh di paya,
Lelayang rosak tinggallah satu;
Berbeza bahasa berbeda budaya,
Bagaimana mungkin dapat disatu?

Rajin menolong buangkan upah,
Nilai murni seorang insan;
Kenal mengenal eratkan muhibbah,
Leraikah duri ditusuk api perkauman?

16.   Budaya Membaca

Gerak tangkas gunalah deria,
Tangkasnya elok bukan untuk disanjung;
Hidup membaca amalan mulia,
Mengapa pustaka kemarau pengunjung?


Kertas dan pena sudah bertemu,
Kalau berpantun janganlah cacat;
Membaca itu gudang ilmu,
Selesakah hidup kalau kurang maklumat?


Rumah senget sama membaji,
Rumah lama sama disimpan;
Amalan membaca amalan terpuji,
Bagaimana diangkat jadi kebiasaan?

17. Gaya Hidup Sihat

Hati-hati memakan kerdas,
Baunya keras sukar dibayang;
Badan sihat otak cerdas,
Padang luas mengapa kosong?

Banjir melanda naiklah rakit,
Sama merakit kita ke gunung;
Minum air kurangkan penyakit,
Penyakit datang siapakah menanggung?

Guna gula banyaklah kurang,
Cermat membeli wang disimpan;
Malas bersenam tidur kurang,
Apa kesan empunya badan?




17.   Akhlak Mulia



Datang tetamu disambut angsa,
Datang angsa tersangat manja;
Bersopan santun berbudi bahasa,
Akhlak mulia di mana cerminnya?

Mari tuan membakar ikan,
Sama membakar tidaklah lama;
Kasih yang tua jadi amalan,
Terbelakah mereka di bumbung yang sama?

Bawalah air dalam baldi,
Baldinya elok sayangnya bocor;
Indah bahasa cerminnya budi,
Mengapa dijaja bahasa yang kotor?


19. Ibu Mithali

Mengajak ibu sama ke gudang,
Pakailah elok ambil celana;
Ibu berilmu generasi gemilang,
Siapkah sudah mengatur rencana?

Seorang diri duduk terbayang,
Teringat ibu sudahlah mati;
Anak terlantar nyawa melayang,
Hilangkah sudah kasih ibu sejati?


Orang memberi kita berbudi,
Itulah teladan jadi ikutan;
Anak ramai semua menjadi,
Bagaimana rencah jadi panduan.



20. Pakaian Tradisional

Ingin cepat berilah masa
Baju lama kami mencari;
Baju kurung warisan bangsa,
Mengapa layu di negeri sendiri?

Jemur baju di tengah padang,
Lepas jemur sama asing;
Berbaju Melayu indah dipandang.
Generasi baru mengapa berpaling?

Peti lama penuh berisi,
Barang bertimun carilah cara;
Kain batik warisan tradisi,

Bagaimana diangkat ke manca negara?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat