Posts

Showing posts from August, 2016

MELUKUT DI TEPI GANTANG

MELUKUT DI TEPI GANTANG Selundang rapuh bawah jerami, Usah disimpan banyak yang cacat; Terbuang sudah rupanya kami, Bagai ikan di luar belat Angin panas datang bertiup, Panas belut di tengah padang; Tiadalah untung menumpang hidup; seperti melukut di tepi gantang. Baik-baik di negeri orang, Carilah kawan banyak menegur; Hidup kami sememangnya malang, Seperti abu di atas dapur. Bera, 25. 8. 2016

WARKAH ANAK MERDEKA

WARKAH ANAK MERDEKA Membaca warkah ini Mulakan dengan bacaan Al-Fatihah Berkirim kita kepada para syuhada Berjuang membela tanah pernah dipijak para penjarah Supaya lepasakan seksa kubur dan menambahi amalnya dan memberatkan timbanganya Di padang Yaumi-al Mahsyar Tanah ini tanah warisan moyang Langit Timur dan Langit Barat bertemu di tanah sini Membeli dan menjual hasil dagangan Abad berganti abad begitulah perjalanan kehidupan 1511 M langit Melaka mula  bermandi darah Kota megah penuh bersejarah langitnya  sudah hitam Istana megah dan jambatan indah sudah rebah Pejuang tanpa nama di surat sejarah terus mengatur langkah Akhirnya barulah tahu hidup terseksa di telunjuk penjajah Umpama lembu dibelit tali Kaupejuang yang tidak pernah mengaku kalah Sekali kaurebah kaumasih bangun biarpun bertatih Generasi bertukar generasi maju di medan juang Kaupejuang namamu tidak disebut dalam surat sejarah Tetap mengibarkan panji perjuangan Akhirnya

GURINDAM HARI KEBANGSAAN 2016: TEMA SEIA SEKATA

GURINDAM HARI KEBANGSAAN 2016: TEMA SEIA SEKATA Sungai besar semakin cetek, Sama dalamkan perlu dikorek. Hutan belantara hilang tebal, Salah teroka membilang sesal. Binatang di belantara samakin pupus, Sama dibiak jangan ditimbus. Penyu mendarat merajuk diri, Siapkan kelengkapan panggil kembali. Pantai bersih berbau hanyir, Tangan dihayun senyum terukir. Asap tebal payah memandang, Hutan dibakar sama melarang. Udara panas semakin mencengkam, Pohon hijau sama ditanam. Keganasan melampau ada di hadapan, Sehayun kita sama hapuskan. Berita palsu mudah beredar, Sama padamkan fitnah membakar. Jalan raya bertukar ke litar lumba, Generasi muda menjadi hamba. Jenayah membusuk dalam negara, Sama bersihkan hendaklah segera. Pendatang asing rentas sempadan, Benteng kukuh sama dirikan. Perpaduan sesama mudahnya rapuh, Bangkitkan tenaga usah diruntuh. Tali keluarga semakin nipis, Tebalkan kembali hilangkan bengis.

“TUHAN 9 CM” SEBAGAIMANA YANG DIKATAKAN TAUFIK ISMAIL

“TUHAN 9 CM”  SEBAGAIMANA YANG DIKATAKAN TAUFIK ISMAIL  Hari minggu begini Sempat meneguk secawan kopi di sebuah warung Seorang bapa mengaku dirinya miskin Benar; bapa ini tidak mampu menghantar anaknya ke universiti Tapi sayang di mulutnya masih keluar asap yang mahal harganya Hari minggu begini Di sebatang jalan raya Beberapa pemuda tampan berpakaian seragam Di topinya ada ditulis  kalimah mulia Tanpa  segan meminta wang rokok katanya Lantaran lampu break keretaku hilang cahayanya Di hari persekolahan Dalam toilet yang berbau hancing Sempat seorang murid menghirup asap yang mahal harganya Tapi sayang; bila ditanya belum sarapan katanya Hari Jumaat selesai khutbah Jumaat Belum sempat keluar dari pintu masjid Baru tadi khotib membaca isi fatwa Merokok itu membawa banyak bencana Tapi asap yang mahal harganya marak berkepul ke udara Di pintu sebuah klinik Seorang lelaki yang sudah lanjut usia Sedang mengintai mesin untuk menyambung  

GADING MANA TIDAK RETAK

Gading Mana Tidak Retak Jarum mana tidak patah Lidah mana tidak tergigit Air mana tidak berolak Jiwa mana tidak resah Hati mana tidak gundah Disebut insan ada yang salah Rupanya insan sedang diuji Andai kata terlajak perahu Pulang kembali ke pengkalan Lidah itu tidak bertulang Salah bicara mohon maafkan Carik-carik bulu ayam Akhirnya bercantum kembali Buang yang keruh Ambil yang jernih Tersalah lidah mohon maafkan Jauh belayar panggil kembali ke pengkalan Sepakat hati cucikan fikiran Semua muafakat tautkan muhibah Jangan diputus tali yang elok Baru kasih ditaut kembali Lihatlah air dicincang bertalu Akhirnya bercantum jua. Bera, 8. 11. 2016