Posts

Showing posts from July, 2016

Bagaimana Membina Rumah Kesantunan?

Bagaimana Membina  Rumah Kesantunan? Mega merah nampak di hulu Mentari cerah hilanglah kelam Keluar rumah maklumkan dahulu Masuk ke rumah ucaplah salam Dunia tua membilang insaf Hidup manusia seperti kelkatu Kalau tersalah mohonkan maaf Terima kasih diucap kalau dibantu Bangun pagi ringankan kerja Lantai kotor ambillah lidi Anak kecil ringankan manja Didik si kecil membina budi Mengapa dihina orang yang cacat? Apa yang penting pasakkan berani Jumpa yang tua sebenarnya dihormat Jumpa yang muda lebih disantuni Cermatlah adik menyebar berita Banyak bersuluh carilah lampu Jumpa si miskin jangan dinista Mohon dibantu mana termampu Kerja elok mengapa ditegah? Lebih membantu menggulung selia Jumpa yang berada mengapa disembah? Orang bertakwa lebih mulia Miskin ilmu banyak bertanya Mari menelah di sini duduk Jumpa yang berpangkat hormat seadanya Kita sesama digelar makhluk. Orang yang arif banyak bercermin Setiap lang

Jamuan Musim Lebaran

Jamuan Musim Lebaran Musim ini menjamu selera, berpakian cantik nampak ceria. Mana yang jauh sama dekatkan, mana yang salah mohon maafkan. Saling ziarah di bulan mulia, Tamu datang tentu gembira. Makanan banyak pilihlah saudara, kalau berpenyakit berpantang segera. Makan boleh jangan berlebih, banyak membazir syaitan tersengih. Ukhwah dibina jalinan diikat, sengketa sesama tidaklah berkat. Duit raya mohonlah ditabung, dewasa nanti tentulah senang. Selesai dahulu hamba bergurindam, mana yang jauh titipkan salam. Bera, 28. 7. 2016

Waktu Sakit sedang Bertandang

Waktu Sakit sedang Bertandang Berusaha gigih membuang letih Dosa dibuat jadikan renungan Saat badan sedang merintih Kita bukan dalam keseorangan Sakit datang tenggelamlah senang Bewajah manis menyambut teman Kasih Allah luas terbentang Saat diri seorang diperbaringan Al-Quran itu pakaian perhiasan Berdampinglah tuan siang malam Zikir diucap biar berterusan Gelisah diri pasti terpendam Bukti sabar campakkan gelisah Bermuka manis memahat ceria Masa depan mengapai indah Rahmat Allah terbentang sedia. Bertuah hidup menghadap kitab Jelas berbeza haiwan dan insan Sabarlah insan menanggung azab Di sini tempat menguji iman Bera 26. 06. 2016 

Taubat

Taubat Kumelihat sekujur tubuh Dimana kesan wudukku? Ah! Belum basah semuanya Kuraba dahiku Aduh! Rupanya sujudku jauh dari sempurna Kutatap sejadahku Memang benar tiada membekas  kerana sujudku Kuamati pakaianku Belum juga lusuh kerana sujudku Aku melihat tasbih yang berselerak Belum sempat untukku pegang Ya Rabbi Aku mencari pintu taubatMu Bimbinglah aku Bera 26. 6. 2016

Suatu Ketika di Hujung Kehidupan

Suatu Ketika di Hujung Kehidupan Suatu ketika pasti kautemui Rumah mewah penuh perhiasan kautinggalkan Tanah pusara permata dua nisan tanda jasadmu Kamar yang dingin tempat kauberadu Berganti kamar sempit panas mencengkam Baju mahal pernah menempel ditubuhmu Kini bersalut kain putih melilit jasad Mobil besar pernah ada di ruang garaj rumahmu Jasadmu dibawa dengan usungan bernama keranda Minyak wangi yang mengharum tubuhmu Berganti kapur barus diselimut putih yang kaupakai Saudara sahabat penuh di sekelilingmu Jasadmu kini di satu  lubang yang sempit Pangkat gelar yang pernah kausandang Rupanya sudah bertukar gelar menjadi mayat Siapkan segera peralatan  ke rumah itu Jangan menanti tangguh. Sakaratul maut Memisahkan roh dan jasad Sakitnya memang teramat Fikirkan seakan kulitmu disayat Amalan sendiri tiada terjawab Dipukul malaikat ke perut bumi Bera, 26. 07. 2016

Merantau ke Negeri Kata-kata

Merantau  ke Negeri Kata-kata Kata-kata disusun Membina frasa dan kalimat Membentuk makna Ada tersurat ada tersirat Menyelongkar ke negeri kata-kata Menyusun estetika mencari makna Membina falsafah merukun santun damai Bukan mudah Merantau ke negeri kata-kata Ilmu dan pengalaman merencah kehidupan Mencerna dan menyusun negeri kata-kata Salah disusun, salah difaham  merungkai sengketa Tentu sudah merantau yang kesia-siaan Kalau hanya membina sial Seakan tinta tidak membekas Merantau ke negeri kata-kata Menyusun kehidupan semoga damai sejahtera Biarpun hakikat kehidupan bukan begitu Dalam kebaikan menimbun kejahatan Mencuci kejahatan yang hitam kembali menoda Harapan dipinta kejahatan tidak mendaki Kita Manusia Kembali fitrah sebagai insan Kebaikan didampa kejahatan bukan harapan Bera 25. 07. 2016

Gaji Naik dan Beras Baharu

  Gaji Naik dan Beras Baharu Tuan buruh yang  setia Ada satu lagi cerita baharu Sebentar nanti tunggulah Ada telefon berdering tapi tidak kenal orangnya Tiba-tiba ada surat di atas meja tapi tidak kenal pengirimnya Apa lagi kalau sms, ‘whatsApp’ atau telegram dan media lainnya Suara penelefon itu sebenarnya mohon sangat-sangat agar kita berhutang Surat itu minta sangat-sangat agar tambahkan lagi hutang Sms atau “whatsApp” atau senangnya sebut saja wasap juga mohon buat hutang baharu Sebenarnya, Besok hari kami buruh pemerintah terima kenaikan gaji baharu Hati-hati sahabat Di kelilingmu itu banyak singa-singa kelaparan Pelbagai tipu daya ada godanya Kononnya mahu cepat kaya; ayuh beli saham itu Kononya mahu tambah pendapatan; ayuh masuk MLM “Cepat-cepat cari tempat paling atas; jangan terlambat” aduh pandai pula  mendesak Kononnya mahu pendapatan melompat; ayuh cepat-cepat beli  emas sekilo Tuan pekerja yang budiman Singa ini tidak ki

KENANGAN

KENANGAN Tuan yang mulia Pernahkah membaca puisi Sanusi Pane? Judulnya ‘kenangan’ ‘Search’  sahaja di internet tuan akan temui puisinya Tuan yang budiman Hari ini aku juga ingin mengarang Jangan marah ya, karyaku juga berjudul ‘kenangan’ Kepada abangku jangan marah ya Aku bukan meniru hasil karyamu Tuan yang dihormati Ceritanya begini Di negeriku sewaktu aku masih bocah lagi Sawah kebun itulah sumber  rezeki kami Terbangun aku dari tidur kesiangan hari Terdengar suara jiranku menjerit-jerit di tengah sawah Dengan bahasa kerbau dan lembunya Bunyinya begini “cha cha, nul-nul, heng” Bunyi begini mereka saling memahami Harus ke kanan, kiri, berhenti atau terus ke depan Hujan sudah turun; bermakna musim menanam sudah tiba Sang ibu dan si gadis sunti turun ke sawah Merendamkan tubuhnya yang comel Ke dalam air yang kekeruhan Mencabut anak padi yang telah disemai Dan lantas diikat dengan tali  rumbia menjadi unting Tidak mengenal

Mendengar Bicara Rasulullah

Mendengar Bicara Rasulullah "Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, tunjukkanlah aku, selamatkanlah aku dan berilah rezeki kepadaku" (HR. Muslim) Langkah pertama dikabulkan doa, baiki hubungan dengan Pencipta, taubat sebenar hapuskan dosa, taubat benar pemula cerita. Nikmat terbesar Allah anugerah, rahmati kehidupan seisi keluarga, jauhkan kami sakit yang payah, selamat dunia akhirat amat berharga. Petunjuk yang benar segala urusan, mencari terbaik urusan dunia akhirat, semua urusan sukses jadi impian, petunjuk Allah pilihan tepat. Diri ini milik Allah, moga terhindar dijamah syaitan, semua ini adalah berkah, selamatkan kami semua urusan. Rezeki datang mohon mudahkan, harta halal anak yang soleh, inilah harapan seorang insan dunia sana terhentilah lelah. Bera, 31 01 2015

Perjalanan Seorang Hamba

Perjalanan Seorang Hamba Bersyukur Hamba dijadikan, Bersyukur Hamba dijadikan dan dihidupkan, Bersyukur Hamba dijadikan dan dihidupkan sebagai manusia, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani dan Islam sebagai agama anutan hamba. Beryukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani. Islam sebagai agama anutan hamba dan mudah-mudahan hamba termasuk dalam golongan orang Islam yang mukmin dan soleh. Maha Suci Allah. Tidak ada Tuhan Melainkan Allah; Hamba habiskan umur hamba dengan La ila Hailallah. Dialah yang mematikan hambaNya. La Hau Lawala Quwata Illa Billahil Aliyuyul Azim Tidak ada Tuhan Melainkan Allah; Hamba berkata mati hamba dengan La ila Hailallah. Tidak ada Tuhan Melainkan Allah; Hamba dimandikan, dikafankan, dan disolatkan d

Hari Guru Disambut

Hari Guru Disambut Bagaimana mengenal guru mulia? Kebajikan murid semua diselia Harapan guru muridnya pintar Ramai gagal di kejar gusar   Wang di saku membantu pelajar Ikhlaskan saja asalkan pintar Niat murni jadikan orang Hati baik  dibibir garang Kata orang kerja guru  senang Cara fikir sedikit tempang Perangai murid ada yang sumbang Jiwa guru tiada kan senang Hari guru disambut seluruh negara Semua guru menunggu acara Semua guru nampak gembira Ada jamuan lebih  berselera Ada guru menunggu hadiah Rupanya menanti cabutan bertuah Inilah masa bertukar hadiah Menunggu di luar sememangnya payah Ada guru sudah bersara Mengapa jasa tidak diambil kira Ada guru bergelar arwah Sudahkah dikenang walaupun mudah? Salah sedikit bawa ke mahkamah Akhirnya guru berdiri rebah Sesama guru pautkan ukhwah Sama membantu dikala  susah Hajat guru baiki yang tempang Bapa datang bawa parang Kerja menggunung tidak me

Gurindam Ingatan Menjelang Lebaran

Gurindam Ingatan Menjelang Lebaran Puasa penuh mesti dibuat Zakat fitrah  mesti disukat. Berbelanja sedikit tidak mengapa, Bimbang pula jadi papa. Jangan boros beli yang patut. Sifat tamak jangan diikut. Pulang kampung jumpa keluarga, Mencium bunda  lebih berharga. Jalan sesak  menempah  bahaya, Berhati selalu pulang beraya. Rumah ditinggal tentulah lenggang, Jiran membantu barulah tenang. Solat sunat musafir menimba hikmah, Selamat perjalanan serah kepada Allah. Banyaknya kuih di atas meja, Kuih ketupat dialah raja. Sembahyang raya jadikan utama, Amalan sunnah tidaklah percuma. Keluarga sahabat sama bermaafan, Dendam dengki jangan disimpan. Keluarga jauh sama dekatkan, Kenal mengenal jadi amalan. Keluarga sahabat  ada yang sakit, Hulurkan sumbangan janganlah pelit. Kunjung mengunjung amalan Rasulullah, Tanyalah khabar barang sepatah. Ziarah pusara cari kelapangan. Sedekah al-fatihah jadikan amalan.

PANTUN TERAPI UNTUK MANGSA KERASUKAN SIHIR

PANTUN TERAPI UNTUK MANGSA KERASUKAN  SIHIR Kalau sakit penawar dicari, Jangan mengalah pasakkan teguh; Bersabar musibah menimpa diri, Yakinlah Allah tempat penyembuh. Usah kikir itulah sendi, Kita hamba sangatlah daif; Usah berfikir mengapa terjadi, Cari rawatan orang yang arif. Hasad dendam jangan disimpan, Orang miskin sama dipimpin; Al-Quran Sunnah jadi panduan, Jangan berpaling pada yang lain. Mengenal diri hakikat iman, Banyak belajar bukanlah senang; Baca Al-Quran faham  kandungan, Ikut sunnah syaitan hilang. Nyanyian syaitan bukan siulan, Mana yang haram tidaklah senang; Ayat Ruqyah jadi hafalan Zikir di hati berdenyut di jantung. Fikiran melayang jangan bermenung, Syaitan perosak menguji iman; Banyak meracau tidaklah tenang, Zikir di hati jadikan amalan; Segala penangkal mesti dibuang Lagu yang sesat bukan siulan. Bercakap halus singkirkan garang, Perbuatan baik jadi amalan. Amalan baik tidaklah s

Pantun Pulang Lebaran

Pantun Pulang Lebaran Membuat kuih namanya bahulu, Kuih bertimbun membilang untung; Kerja yang ada tangguhkan dulu, Hati hamba terpaut di kampung. Penghujung Ramadan banyakkan tabah, Orang bersesak mencari baju; Jalan sesak tetap diredah, Kampung halaman tempat dituju Hulurkan sumbangan tanpa diminta, Orang mulia itulah tanda; Wajah bunda terbayang dimata, Anakanda pulang ke pangkuan bunda. Penghujung Ramadan tinggalkan kota, Anak rantau bersesak jalan; Malam lebaran terbayang di mata, Keluarga sibuk menyudahkan persiapan. Takbir tahmid  serata alam, Pengunjung datang tua belia; Malam lebaran bergadang malam, Menu  lebaran sedang sedia. Tidak mengenal rasanya letih, Menyambut lebaran benar bererti; Sudah dikenal orang bertasbih, Memuji Tuhan menyuci hati Teringat anak riang bersenda, Berpakaian cantik tidak mengalah; Pagi lebaran di sisi bunda, Mohon ampun mana  tersalah Persiapan lebaran tidak termengah,

Membeli Gua Sepi

Membeli Gua Sepi Di kaca kertas Kulakarkan warna kehidupan Dalam panas dan hujan Selaut pengalaman hidup sudah kuhimpunkan Suatu waktu Waktu melepas susu dalam pelukan ibu Aku merenggek lantas berkata “ Kapan ya; aku ke tadika” Kini tubuhku di tadika membilang aksara Waktu itu aku menghitung Wah! Sebentar lagi diriku  sekolah rendah Waktu berlalu berganti malam Riang tawa bersama rakanku kutinggalkan jejak Mentari terus bersinar menggantikan hari Sibuk dengan urusan persekolahan Dalam sedar masa mendewasakan aku Alhamdulilah; kakiku memijak ke perguruan tinggi Malam berlalu mengantikan hari Zaman mahasiswa kutinggalkan noktah Diriku di alam kerjaya Mengunyah sedikit nasi kehidupan Membina keluarga Dalam ria bersama duka Bersama nafas anak-anak sedang membesar Dalam pelukan hilai tawa mereka Semakin hari mematangkan erti kehidupan Letih mencari segumpal nasi Untuk kusuap dalam perut kehidupan Alhamdulilah; masih bisa Mem

Saat Ramadan Merangkak Pergi

Saat Ramadan Merangkak Pergi Waktu Asar  tetamu  masuk, Cuaca panas semakin kurang; Kemanisan amal sama diteguk, Jiwa damai membilang  tenang. Nampak itik pulang petang, Berbaris panjang menyusun atur; Amal dibuat biarlah senang, Baru pahala tiada gugur. Burung siang mencari sarang, Burung malam mengintai mangsa; Tidak berdoa alangkah malang, Penghujung Ramadan inilah masa. Redup mentari menutup hari, Bulan putih menampakkan wajah; Banyakkan amal mesti dicari, Pandang ke bawah biar merendah. Sibuk di pasar mencari juadah, Jimatkan masa untuk beramal; Doa dipanjat tangan menadah, Dosa di belakang membilang sesal. Waktu maghrib berbunyi azan, Puasa sehari tamatlah sudah; Ramadan datang menguatkan iman, Amal dibuat biarlah bertambah. Cahaya merah di kaki langit, Nelayan pulang dari laut; Infaq diberi mengapa diungkit? Pahala dicari tentu tercabut. Malam gelap mencari pelita, Bawa unggun daun kelapa; Kita

Hamba Berangkat Dahulu Bonda

Hamba Berangkat Dahulu Bonda Aduhai bondaku tersayang Inilah lambaian  tangan anakmu Anakanda tinggalkan bonda Tentu bonda dipanggil kerinduan lagi Kita bertemu buat seketika tentunya Ubat kerinduan ini belum habis kauminum Belum selesai kita berbicara tentang kehidupan Rupanya; anak-anakmu berangkat lagi Tentu kaubertanya anak-anak di sampingmu Kini tiada sudah di ribaanmu Mereka sudah pergi jauh Entah bersua kembali atau tidak Umur bonda sudah di penghujung kehidupan Pantasnya hamba di ribaan bonda Apakan daya bonda; demi sesuap nasi anakanda berangkat jauh Aduhai bonda kasihmu yang tidak pernah robek Kasih anakanda tidak pernah terlepas Curahan kasihmu tiada penghujung Bundaku di penghujung usia Sakitmu semakin menjadi Nampak benar keuzuranmu di usia begini Betapa payah untukkau suapkan nasi ke mulutmu Apalagi untuk kaukunyah di mulutmu Kekadang nasi yang kaukunyah tidak tertelan Tanganmu sudah terketar-ketar Seperti katamu