Posts

Showing posts from September, 2016

Fikir dalam Selangkah

langkah ditinggalkan toleh kembali jejak yang hilang rasa mana yang kurang langkah di depan pandang dengan harapan isi mana yang kurang sebetulnya tiada yang sempurna sifat insan sudah sedemikian kita dalam perjalanan langkah kita langkah muhasabah mencari tabir yang sebenar nipis atau tebal cerah atau gelap makna di dalam akal mampu menjawab Kertih, Terengganu 15. 9. 2016.

Kelip-kelip Kusangka Api

Kelip-kelip Kusangka Api Kelip-kelip kusangka api Rupanya kekunang di siang hari Kesiannya dia tersesat jalan Bukan begitu ceritanya kawan Tanah asal semuanya diserang Bagaimana kembali jalannya pulang? Tanah hutan habis ditebang Paya belukar habis diratah Sungai besar airnya kering Air bersih sudah keracunan Bukan kekunang jalannya sesat Manusia rupanya bala angkara Ke mana lagi mahunya pulang Akhirnya kubur tiada pusara Kelip-kelip kusangka api Itu kekunang di tengah malam Mari kita main kejar-kejaran Sambil mengejar kekunang bertebaran Tidakah malam kekunang beterbangan Menyuluh malam yang kepekatan Sudah tersesat cucuku berfikir Itu hanya kekunang jadian Kelip-kelip kusangka api Semua hilang buat perumpamaan Penyair sendirian menanggis seorang Harta cucunya sudahpun hilang. Pasir Mas 16. 9. 2016

Konsep masa sebelum orang Melayu mengenal jam

Konsep masa sebelum orang Melayu mengenal jam sudah sepurnama anak itu merantau pulanglah nanti waktu bulan menurun pulang berihat ke kampung selelah kerbau berjalan waktu bulan menaik tinggaah kampung halaman pagi limun-limun tinggalah anak isteri andaikata isterinya cukup bulan untuk bersalin kembali lagi ke kampung dua atau tiga purnama sebelum anak tumbuh gigi pergi lagi mencari rezeki bangganya si ayah anak sudah bisa bertatih giginya belum penuh percakapan anaknya masih telor sebelum kunyit di geleggar belum tumbuh serai dalam bekas belum bertunas telur di sangkak belum menetas cari si ayah untuk anak tersayang ilmu dunia dan akhirat janggut guru separas dada jelas banyak asam garam dalam kehidupan untuk anak berguru alang-kepalang ilmu kaji sudah sepenuh gudang ilmu silat sedalam lautan tangkas si anak seperti. helang menyambar mangsa pandai membaca ilmu gerak hati andai cukup ilmu seumpama air melimpah di kolah tinggalah adiguru keseorangan kembali anak ke pangkuan

GURINDAM NASIHAT UNTUK ORANG MALAS

Ah, malam tadi sakit asmaku datang menyerang lagi. 5 kali pergi sedut di klinik baru lega. Kalu ikut nasihat Dr. mahu aku di tahan di katil hospital. Aku cuba mengelek. Tidak mengapa, cuba ubat ini dulu. Mudah-mudahan akan sembuh. Pagi tadi pergi lagi ke klinik swasta. Aku tidak antri kerana aku dapat nombor satu. Aku bilang saja pada Dr. sepatutnya hari ini saya di tahan di wad. Ternyata oksigen dalam paru-paruku masih belum normal lagi. Selesai berubat rasanya mahu makan nasi goreng mamak. Keinginanku aku bataskan dulu. Apakan tidak. Masuk dalam restoren suasananya seperti perang di Syria. Asap penuh bangunan dan sakit asmaku menyerang secara tiba-tiba. Cepat-cepat aku melangkah pergi. Pergi lagi ke restoren mamak yang lain. Ah baru lega. ruangan restoren agak besar dan mungkin rezekiku pagi ini. Restoren ini tidak ada yang menghembuskan asap seperti yang aku lihat tadi. Sengaja aku tidak paparkan bentuk nasi goreng ini di ruang cermin FB. Ustaz kata haram nanti ada yang terli

HIDUP HANYA SEKALI

HIDUP HANYA SEKALI Sama membalut selesai menyalai, Itulah bekal pergi ke Barat; Dunia kusut pasti selesai, Hujung dan pangkal sudah diikat. Simpan peria bersama tali, Tali dipintal jangan dikerat; Hidup di dunia hanya sekali, Kejarlah amal sebelum tamat. Petang redup sudah biasa, Ombak berdebur waktu petang; Sekali hidup biar berjasa, Dalam kubur dikenang orang. Ombak berdebur berbunyilah alam, Air di kuala makin bertambah; Hari ini tidur berbantalkan tilam, Esok pula berbantal tanah. Bera, 09. 06. 2016

SYAIR PENGORBANAN NABI ALLAH IBRAHIM BERSAMA ANAKNYA ISMAIL

SYAIR PENGORBANAN NABI ALLAH IBRAHIM BERSAMA ANAKNYA ISMAIL Dengarlah tuan hamba berkisah Tersebut kisah di bumi Mekah Nabi Ibrahim mendapat perintah Mimpi wahyu dari Allah Anak dipangkuan akan disembelih Bernama ayah tentulah sedih Ismail anak jiwanya pengasih Terima ketentuan hatinya bersih Perintah besar tidak diengkar Apa disuruh tiada dibiar Dua beranak tiada bertengkar Terimalah Ismail dengan sabar Yakin Ismail tanpa keraguan Perintah Allah tiada disimpan Di sini kemuncak menguji iman Hasutan iblis tetap dilawan Dibawa Ismail ke tempat lapang Pinta Ibrahim anaknya berbaring Pengorbanan mereka tidak tertanding Tajam pisau tiada sumbing Kulit leher mencecah tanah Jiwa kental tiada lemah Berbaring Ismail dengan pasrah Pengorbanan besar bukan mudah Pisau tajam leher ditekan Daging Ismail tidak termakan Sekuat tenaga pisau ditangan Tidak mudah untuk melukakan Tidak jauh di medan korban Mengembek kambing

DALAM HATI ADA MERDEKA

DALAM HATI ADA MERDEKA Tidak mengapa digelar pejuang kecil Generasimu mengecap buah merdeka Tidak mengapa digelar guru kecil Generasimu celik aksara mengasah fikir era globalisasi Tidak mengapa  digelar ustaz keci Anak didikmu berakidah sempurna tidak hilang agama Tidak mengapa digelar perawat kecil Engkau merawat generasi pembina tanah merdeka sihat sejahtera Tidak mengapa digelar pemandu teksi Engkau pimpin  penumpang bagaimana mengisi tanah merdeka Tidak mengapa engkau digelar nelayan Engkau bukan pengemis tidak membuat malu untuk negaramu Tidak mengapa tanah ladangmu begitu kecil Engkau merdeka kerana tidak meminta hutang Tidak mengapa restorenmu hanya digelar gerai Pelangganmu berbaloi berbelanja di geraimu Tidak mengapa engau digelar buruh kecil Tangan kaujuga membangun tanah merdeka dan anak merdeka mendiaminya Tidak mengapa engkau digelar petani kecil Jiwamu merdeka tiada ditambat sesiapa Siapapun kita; di hujung ma

KITA DAGANG YANG FAQIR

KITA DAGANG YANG FAQIR Kita datang pasti pulang Iman dipaut janganlah goyang Selagi nafas belum hilang Kejar dagangan  alang-kepalang Usah terpesona dengan wayang Hadirnya sementara seumpama bayang Hidup di dunia umpama dagang Datang waktu bersiaplah pulang Hidup di dunia tiadalah aman Jalan ke akhirat carilah jalan Nafsumu jangan mudah ditawan Di situ tempat tebalnya iman Mencari ilmu bukan alang-alang Di situ tempat wajahmu terpandang Dunia ini seumpama angin Hendaklah hidup banyak bercermin Serahlah diri pada Tuhan Itulah hakikat sebenarnya insan Musuh nyata itulah syaitan Jangan sekali jadikan teman Kita dagang yang faqir Janji Allah tiada kan mungkir Kata rasul jangan dilawan Indah hidup baru tertawan Terpautlah diri pada zuhud Dunia dicari untuk bersujud Hidup ini pasti berlabuh Cari akhirat biar bersungguh Untuk ke sana carilah jalan Mengadap guru jangan disimpan Titisan tinta ingin berh