Posts

Showing posts from 2016

INDAHNYA BERSATU SUARA

PANTUN; INDAHNYA BERSATU SUARA Usah dipaling pohonan kering, siram bersama air disukat; berfikir matang dalam tenang, pengalaman ditimba kata berpakat. Sama ceria tikar dibentang, tidak sesia padi disukat; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kata sepakat. Sama bercerita di bawah teduh, dengar berita hentikan sibuk; sakit kita sama mengaduh, luka kita sama menyiuk. Tanah digebur menanti masa, jangan dibiar musuh bersarang; sama lebur sama binasa, sama ikrar mematah sombong. Jerami dihimpun selepas menuai, pondok dibangun menghilang letih; seindah serumpun bagai serai, seindah susun bagai sirih. Tali tangsi bersama paku, buat mengukur kayu panjang; bagai isi dengan kuku, seumpama aur dengan tebing. Bawah bayang rihat mencangkul, duduklah makan si ikan kering; berat masalah sama dipikul, mana ringan sama dijinjing. Nampak ceria sedang berhitung, hasil bersih terlepas perit; sama gembira waktu senang, sama bersedih waktu sakit. Bunga mekar bawah selipar, bawalah s

Thank You Very Much

Thank you very much ikan puyu empat samas itu pantun tahun 70an hakikatnya ikan puyu sudah naik derjat orang tak berduit jangan harap boleh santap meskipun kepakmu ganas waktu menyiangmu namun enaknya rasamu luar biasa bakar tawar makan dengan budu tambah pucuk ketereh dengan lada burung enaknya tak terkira bapa mentua melintas di belakang pasti tak sedar ikan puyu engkau lambang inflasi di tanah airku tidak bisa dibeli empat samas lagi ikan puyu engkau simbol mesraku alam bersahabat suatu ketika daholoe waktu di pinggiran sawah ikan puyu kaulah ikonku memunculkan nostalgia mencari susur galur dari mana aku berasal Bera 10. 11. 2016. catatan; samas; 50 sen

Pelayaran

Pelayaran Kata ibu Pergilah berlayar ke lautan luas Rentaslah gelora biarpun besar Biarpun taufan membadai kauharus gagahi jua Hujan dan petir di tengah lautan; jangan mengalah Buatlah persiapan untuk ke destinasi yang kauinginkan Rupanya pelayaran itu sudah sampai ke pelabuhan terakhir Apa yang ada di dalam bahtera hampir kehabisan Bahtera yang berlayar ini Akan sampai ke destinasinya Meskipun bahtera ini sudah lama belayar Namun nakhodanya cekap di samudera Berani menongkah arus yang mengganas Pandai mengemudikan bahteranya saat taufan membadai Pandai mengembangkan layar saat angin kehabisan di samudera Pengalaman ini Akan kita rangkumkan Untuk membina bahtera yang lebih besar Bukan hanya sekadar untuk berlayar Tetapi menakluk tanah yang dilayari Tiada yang mustahil Andai anak kapal sehayun selangkah Menjaga bahtera ini sebaiknya. Bera 12. 11. 2016

BULAN DAN KEHIDUPAN

BULAN DAN KEHIDUPAN Bulan purnama atas kayangan, cahaya baru munculnya mujur; kisah lama jadikan teladan, hari baru kumpulkan syukur. Bulan mengembang di balik awan tidaklah kekal cahayanya rembang masalah datang adat kehidupan, pautkan tawakal hidupmu tenang. Ribut menjadi merempuh awan bergelimpang mayat bawa ke pusara apa terjadi sudah suratan kuatlkan semangat merempuh gelora Waktu subuh hilanglah malam solat jemaah jangan ditangguh usah bertangguh kotakan azam semangat bersungguh janganlah rapuh Cahaya memancar tidak meraba Bulan tua menyinari taman usaha ikhtiar miliknya hamba Yang Esa jua pembuat keputusan Bulan mengembang nampak di lautan bulan purnama cerahnya kurang usah bersembang tidak keruan tidaklah lama dibuang orang Gelaplah sudah habisnya terang bulan purnama pencilkan diri biarlah merendah asalkan senang senang jiwa itu dicari 15. 11. 2016 Bera,

Indahnya Masjid

Indahnya Masjid Bulan terang di tengah laut bintang sirna nampaklah bayang dua hati sudah terpaut masjid dibina sekukuh gunung Indah di laut nampaklah bulan kapal belayar berseri indah hati terpaut mengapa disimpan di atas pelamin ceria bertambah Bulan sirna di atas awan bukit Uhud banyak berbatu perpaduan dibina lepasi sempadan patuh sujud untuk yang Satu Tidaklah cacat cahaya di awan cahaya istimewa bertambah indah keturunan pangkat tiada batasan paling bertakwa pilihan Allah Alam wujud alangkah indah tidaklah cacat bertambah ceria tempat bersujud rumahnya Allah di situ tempat paling mulia Purun. Bera 17.11.2016.

Menuju Medan Perjuangan

Menuju Medan Perjuangan Wahai ummah Sedarlah sekarang Kita sedang diuji Mari kita bersatu hati Bulatkan tekad Kita ke medan juang Wahai ummah Andai sedetik kita diulik lalai Generasi baru menanggis hiba Dengan kelalaian kita Wahai ummah Sedarlah sekarang Musuh sedang mengintai Merebut peluang Menghancurkan ummah Yang dirasuk kelalaian Wahai ummah Tinggalkan mereka yang masih berselimut Biarkan mereka yang masih bertopeng Kekafiran, kemunafikan, kefasikan Kemaksiatan dan bid’ah Wahai ummah Tinggalkan mereka Mana yang berbungkus Syirik dan cinta dunia Tinggalkan mereka Bertuhankan nafsu Mari kita bersatu hati Tingkatkan Qalbun Salim di dalam dada Bertuhankan Allah Ikhlas jujur dalam perjuangan Tawakal dalam setiap kerlipan mata Cinta Allah cinta utama Takwa itu roh hidupnya iman Bersyukur bersabar santapan makanan iman Taubat selalu Bersatu kita Mencari, membina Mukmin sejati Tinggalkan kepompong kejahilan Tinggalkan kepompong kekufuran Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil Ni’mal

Nasib Nelayan Kecil

Nasib Nelayan Kecil Umpan diusik tidak berbaki, tidak kecewa tinggalnya tukil; panas terik menanti rezeki, lapang jiwa menuggu hasil. Pergi ke bukit mencari kelapa, itulah barang umpannya bekal; Tangkapan sedikit tidak mengapa, jiwa tenang mengenal tawakal. Pulang ke darat membilang mujur, tepi tembok umpan ditambah; rezeki dapat kuucapkan syukur, hari esok tetap kugagah. Mengail bersungguh hasil dipais, lauknya habis belum juga tiba; Pukat lusuh perahuku tiris, jiwa menanggis berlagu hiba, Danau Maninjau sungguhnya luas, angin datang pukat hanyut; hasil ditinjau tidak berbekas, tidaklah malang perut dijerut. Bera 19. 11. 2016.

TADABBUR DALAM SURAH AL-SYAMS (MATAHARI)

TADABBUR DALAM SURAH AL- SYAMS(MATAHARI) Cahaya mentari terang benderang Terbitnya siang cahaya terang Cahaya bulan tampaklah terang Terbit malam hamba-Nya tiada bimbang Demi langit ciptaan menakjubkan Maha Kuasa menciptanya insan Akal dicipta membuat pilihan Pilih kebaikan jalan menuju ketakwaan Beruntunglah insan sucikan jiwa Tidaklah menanti menghitung kecewa Tentu rugi mana yang lewa Kalau hidup dibuai ketawa Kaum Tsamud melampaui batas Larangan Allah dibantah keras Unta Allah disembelih mencari nahas Walau diingat secara tegas Murka Allah turunlah laknat Untuk manusia berniat jahat Musnah negeri imannya sesat Dosa mereka teramat berat Ambillah pengajaran dalam cerita Orang zalim tanggunglah derita Murka Allah tidak terkata Gempa negerimenjadi rata Kisah umat nabi Salleh Jahat dibuat terasa megah Nabi diutus untuk menegah Terimalah akibat sujudnya payah Bera, 19. 11. 2016

SAJAK: HUTANG

HUTANG Hati-hati dengan hutang salah rancang boleh bertelanjang Hati-hati dengan hutang salah pandang boleh kecundang Hati hati dengan hutang tanah tak akan tinggal sebidang Hati hati dengan hutang orang di belakang sedang berang Kalau asyik berhutang harga diri akan hilang salah hari kena lempang entah-entang kena terajang mengerang seorang Wahai Awang Malang apakah kamu senang? anakmu sudah hilang tanahmu tinggal sebidang maruahmu hilang anak orang naik toncang bini kamu bertelanjang Sementara hutang belum berusang mari kita bersidang sama berbincang jangan tersasar pandang Bera 03. 11. 2014

PANTUN: INDAHNYA BERSATU SUARA

PANTUN;  INDAHNYA BERSATU SUARA Usah dipaling pohonan kering, siram bersama air disukat; berfikir matang dalam tenang, pengalaman ditimba kata berpakat. Sama ceria tikar dibentang, tidak sesia padi disukat; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kata sepakat. Sama bercerita di bawah teduh, dengar berita hentikan sibuk; sakit kita sama mengaduh, luka kita sama menyiuk. Tanah digebur menanti masa, jangan dibiar musuh bersarang; sama lebur sama binasa, sama ikrar mematah sombong. Jerami dihimpun selepas menuai, pondok dibangun menghilang letih; seindah serumpun  bagai serai, seindah susun bagai sirih. Tali tangsi bersama paku, buat mengukur kayu panjang; bagai isi dengan kuku, seumpama aur dengan tebing. Bawah bayang rihat mencangkul, duduklah makan si ikan kering; berat masalah sama dipikul, mana ringan sama dijinjing. Nampak ceria sedang berhitung, hasil bersih terlepas perit; sama gembira waktu sena

(19) DAKWAH KELUARGA TERDEKAT

DAKWAH KELUARGA TERDEKAT Tiga tahun sudah berlalu,  dakwah terbuka semoga mahu Saudara terdekat diajak bercerita Abu Lahab datang bersengketa. Datang dia dengan marah, mana yang hadir terus disergah Berputus asa tiada lelah, itulah sifat Rasul Allah. Ajak saudara santap bersama, tengah hari diajak tidaklah lama Ajak saudara dakwah bersama, Semua yang hadir berpaling cuma Datang Ali sedia menolong, bersama Baginda berfikiran matang Suku Quraisy memandang serong, Bani Hashim turut berang Ajaran baru menuntut kurban, itulah tanda tebalnya iman. Hamzah Memeluk Islam Abu Jahal musuh nyata, benci Baginda tiada terkata. Tenang Muhammad terima cerca, hormat yang tua amatlah suka Bapa saudara bernama Hamzah, gemar berburu pandai memanah Pergilah dia mencari Rasul, Syahadah diucap depan Baginda. Ulah Abu Jahal datang mempersenda datang memukul cederalah Baginda.

(18) BENTUK AJARAN RASULULLAH

BENTUK AJARAN RASULULAH Al-Quran datang membawa ajaran, beriman kepada Allah itu tujuan. Kaya bangsawan tiada dipandang, hati suci orang terpandang. Adam Hawa keturunan manusia, semua insan adalah sama. Pangkat keturunan bukan ukuran, paling bertakwa ukuran iman. Anak yatim para hamba, golongan tertindas sama berlaba. Golongan tamak berfikir jumud, datang Islam tak ingin bersujud. Buat baik adil saksama, Apa dibuat tidak percuma. Jadi Muslim bebaslah  hamba, semua orang hidup merdeka. Anak Yatim perlu dijaga, mengaku Muslim wajib menjaga. Ajaran baru membawa pengorbanan, orang memberi tanda beriman. Ganjaran Allah pasti datang, syurga Firdaus pasti mengundang Golongan beriman makin bertambah, golongan bangsawan bertambah marah.

(15) MENUNGGU WAHYU BERULANG

MENUNGGU WAHYU BERULANG Lepas berhuma kita menapi, Memotong kayu tumbuh di batang; Enam purnama hidupnya sepi, Menunggu wahyu tiadalah datang. Jangan bersembang jangan bersenda, Kayu di batang sudah ditebang; Khuatir bimbang resahlah Baginda, Khuatir bimbang wahyu hilang. Berilah upah janganlah diam, Kayu digergaji buatlah reha Keluh kesah makin mencengkam, Bawalah Jibrail surah adh-Dhuha. Kayu ditebang buatlah benda Mari mengukur janganlah berat Jibrail datang syukurnya Baginda, Mengucap syukur diiringi solat. Kayu ditambah membuat benda, Tidaklah berat janganlah gusar; Jaminan Allah kepada Baginda, Umat sesat tiada dibiar. Sujud syukur rapatkan dahi, Hadapkan diri arah ka’bah; Terlambat wahyu ketentuan Ilahi, Itulah masa Baginda muhasabah.

(14) KEDATANGAN WAHYU PERTAMA

KEDATANGAN WAHYU PERTAMA Syair dikarang untuk saudara Ambil faedah bila bicara Kerja yang baik kita bersegera Hindarkan kita dari lara Hidup Baginda bersama Khadijah Hidup bersama menumpang tuah Jalinan diikat menguntum indah Rezeki bertambah melimpah ruah Jadilah Baginda usahawan cemerlang Usia bertambah semakin matang Rezeki melimpah semakin menggudang Jadilah mereka orang terpandang Kaya dicari bukan tujuan Ingin dirinya mendekatkan tuhan Sebenarnya ingin menjadi insan Itulah sebenar hasrat impian Pergi Baginda munajat diri. Gunung An-Nur mengasingkan diri kebisingan kota melarikan diri Di situ baginda tempat menyendiri. Sifat suami tahulah Khadijah Sifat buruk tidak diendah Mana yang baik terpateri indah Patung berhala tidak disembah Bulan Ramadan pergilah berkhalwat, Gua Hira’ tempat munajat. Terasa di hati tiadalah berat Mencari tuhan terus mendekat Suka Baginda ikhlas bertafakur Suka bertafakur su

(13) SYAIR PERISTIWA PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KHADIJAH

SYAIR PERISTIWA PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KHADIJAH Dengarlah tuan hamba berkisah Kisah Nabi penuh bersejarah Kisah hidup bercambah hikmah Cermat membaca mendapat faedah Orangnya cantik lagi budiman Khadijah janda hartawan bangsawan ‘Uqbah,  Abu Jahal, Abu Sufian Bangsawan Mekah menaruh  idaman Pemuka Quraisy  datang melamar Ditolak Khadijah dalam sedar Perangai mereka tiadalah gemar Perangai buruk tidaklah wajar Malam indah bermimpi  Khadijah Mentari turun masuk ke rumah Terkena sinar seluruh Mekah Apakah gerangan  begini  faedah? Waraqah Naufal tempat berjumpa Pengetahuan luas berbagai rupa Takwil mimpi bagaimana rupa Suaminya Nabi ingatkan siapa Kota Mekah asalnya tempat Suku Quraisy keluarga terdekat Bani Hashim keluarga terhormat Terpaku Khadijah khabar diangkat Mendengar Muhammad mencari upah Takbir mimpi sedang ditempah Bersuamikan Baginda tiada disangah Tiada dizahir bimbangnya  fitnah Du

(12) CATATAN PERKENALAN NABI BERSAMA KHADIJAH DAN ALAM PERKAHWINAN BAGINDA

CATATAN PERKENALAN NABI BERSAMA KHADIJAH DAN ALAM PERKAHWINAN BAGINDA Abu Talib hidupnya  serba sederhana;  tiada harta anaknya berbaris; sayang Ahmad tiada terbilang Carilah beliau kerja terdaya; mana sesuai  untuk Baginda; Itulah kewajipan terletak di bahunya Berbincang Abu Talib dengan saudara;  saudara perempuan bernama Atiqah Hajat dihati menikahkahkan Ahmad;  apakan daya duit tiada;  Khadijah usahawan kaya ternama Perlu pekerja dalam berdagang; itulah cara mendapat nafkah;  sesudah itu carilah isteri Carilah Abu Talib untuk Baginda; bersua Khadijah usahawan terkenal Bersedia Khadijah Ahmad pembantu;  terima Ahmad setulus hati;  tanah Sham tempat berniaga Bermula Ahmad seorang pedagang;  pergi Ahmad bersama Maisarah; pembantu Khadijah paling setia Pesan Abu Talib kepada Maisarah “jagalah Ahmad anak kesayangan” Bersama berdagang ke tanah Sham; lihatlah Ahmad tanah menghijau; pulang mereka hasil melimpah Jujur amanah hormatlah Maisarah Utuslah Ba

(9) MUHAMMAD BERSAMA ABU TALIB

MUHAMMAD BERSAMA ABU TALIB Tinggallah Ahmad sebatang kara Bersama Abu Talib bapa saudara Sayang Abu Talib tidak terkira Dijaga Ahmad walau apa cara Datuknya pergi berpindah alam Ahmad berasa dirinya kelam Sedihnya diri peristiwa semalam Teruskan hidup itulah azam Sebelum pergi sudah dipesan Jaga Ahmad biar berterusan Hiduplah Muhammad bersama paman Keluarga besar inilah teman Abu Talib pekerti mulia Warga Mekah hormatlah dia Ahmad bersama bapa saudara Sama menyayang tidak terkira Cintanya Ahmad amatlah tinggi Sayang kepada paman tidak berbahagi Hidup Abu Talib tidaklah rugi Rezeki datang segenap segi Dua belas tahun genap sudah, Perangai Ahmad jujur indah Pekerti mulia sudah terserlah Membina santun tidak bermegah Muhammad itu jujur mulia ‘Al-Amin’ digelar masa belia Berhak digelar sedemikian rupa Amanah diberi tidaklah lupa Pertelingkahan Meletakkan Hajarul Aswad Banjir besar baru berlalu, Ka’bah ro

(8) HIDUP BERSAMA IBU SUSUAN

HIDUP BERSAMA IBU SUSUAN DAN ABDUL MUTALIB BERSAMA NABI Selamatlah Muhammad dilahirkan ke dunia Ibu dan bayi semuanya selamat Jadilah Aminah ibu mulia Kasihnya pada anak tiada digambar untuk dikata Salam Aminah untuk Abdul Mutalib Dikhabarkan cucu lelaki kesayangan selamat dilahirkan Abdul Mutalib bangsawan hebat Tokoh masyarakat di tanah Me’kah Tawaf Ka’bah tujuh kali dengan rasa gembira Hari ketujuh memanggil jamuan Muhammad diberi nama pilihan langit bumi turut memuji Makhluk di langit dan bumi jadi sebutan Muhammad orang terima pujian Kota Mekah banyak dugaan Bayi membesar bukan pilihan Ibu susuan jadi pilihan Udara kampung amatlah segar Bani Sa’d suku terkenal Asalnya beliau di kawasan gurun Sempat Aminah memanggil wanita Tuhawaibah nama jadi pilihan Dapatlah Tuhawaibah  susukan Baginda Kasihlah Baginda sepanjang hayat Begitulah pekerti kasih Baginda Berduyung datang Bani Sa’d Pilihan bayi ada berbapa Tinggalah

(7) PENCEROBOHAN TENTERA BERGAJAH DAN BANTUAN ALLAH

PENCEROBOHAN TENTERA BERGAJAH DAN BANTUAN ALLAH Dari Yaman menuju Mekah Tiada siapa dapat menyekat Musibah datang melanda Mekah Hancurkan Ka’bah itulah hajat Abrahah iri tiada terperi Ka’bah tetap tempat mulia Pelbagai ikhtiar sudah dicari Gereja dibina biarlah mulia Gereja dibina besarlah belanja Emas gading hiasan bina Betapa banyak menghabiskan kerja Orangnya tiada Abrahah terhina Abrahah datang amatlah garang Gereja dibina tinggalah sepi Berpakat mereka untuk merancang Menyerang Mekah persiapan rapi Gerombolan Gajah teramat megah Itulah kesepakatan sudah dirancang Abrahah datang bersama gajah Suku Arab tetap menghalang Garang Abrahah tiada lemah Mengacau Mekah menghilangkan aman Datang Abrahah dengan gaja, Arab tawanan penunjuk jalan Datang sombong tiada kasihan Merampas Ka’bah itulah impian Datang mereka tiada tertahan, Datang Abrahah bukannya lawan Utusan datang menghadap Abdul Mutalib Meruntuh Ka’

(6) ABDUL MUTALIB DENGAN ANAK KESAYANGAN

ABDUL MUTALIB DENGAN ANAK KESAYANGAN Syair di karang buat pedoman Untuk kita di akhir zaman Jadikan cerita sebagai pengajaran Semoga kukuh kita beriman Abdul Mutalib datuk Rasululah, Sepenuh hati. menjaga Ka’bah. Orang dihormati di kota Mekah Kota suci penuh bersejarah Abdul Mutalib penjaga suku Anak bongsu bernama Abdullah Meningkat remaja di kota Mekah Muda remaja genaplah sudah Aminah dipilih pasangan hati Anak ketua Bani Zuhrah. Aminah keturunan keluarga ternama Suku Quraisy warga terbilang Tinggallah Aminah di kota Mekah Abdullah berdagang mencari nafkah Tanah Gaza tempat disinggah Aminah di Mekah menjaga amanah Suami tercinta hilang di mata, Rindukan suami tidak terkata Takdir Allah dapatlah permata Berbadan dua menanggung derita Kandungan Aminah dua bulan Pulang Abdulah mencari persingahan Kampung Yathrib jadi pilihan Musim panas beliau berjalan Bani Najjar penyambung saudara Sukanya mereka tidak terkir

(5) PENYEMBELIHAN ISMAIL A. S

Penyembelihan Ismail a,s Ketika usia Ismail meningkat remaja Dikhabarkan dalam mimpi Ibrahim a.s mendapat perintah Mimpi seorang nabi  pastinya mimpi kebenaran Mimpi wahyu daripada Sang Pencipta Anak disayangi mesti dikorbankan Ketika usia Ibrahim sampai ke penghujung Mngkinkah akan lahir  lagi cahaya mata buat penganti Saat  meniti usia tua sedang  bertandang Datang perintah anak ditantang akan disembelih Perintah besar tidak mudah diengkar Pekerjaan besar tidak mudah berpaling Tidak terdetik perintah ini akan dibiar berlalu Perintah besar tetap ditunai Dua beranak bertemulah  ayah dan anak Ibrahim  bersama  Ismail diajak  berbicara Semoga Ismail tenang dan tabah dan tidak dipaksa Perintah Allah mesti dikerjakan Maka berkata Ibrahim; “Anakku!   Aku bermimpi menyembelih dirimu. Cuba renungkan, bagaimana pendapatmu”                                                                                                             (Surah ash-Shaff

(4) PERISTIWA BESAR DI TANAH KONTANG

PERISTIWA BESAR DI TANAH  KONTANG Cerita berkisah di tanah Baitul Maqdis Di sini tempat Nabi Ibrahim menumpang hidup Menjalin persefahaman bersama  isteri tercinta, Sarah Ketentuan Allah tiada diberi zuriat Pintalah Sarah kepada suami tercinta Pembantu bernama Hajar minta dinikahi Mudah-mudahan dimakbulkan Allah penyeri hidup Zuriat permainan jiwa ada di samping Tertunai sudah hajat Sarah Bersama Hajar hidup berpadu suami isteri Gembira Hajar dirinya berbadan dua Nurani  seorang perempuan terbitlah rasa cemburu mengelegak Mengadu Hajar kepada Ibrahim Terbitlah dari lidah Nabi Ibrahim “Silalah engkau berbuat apa sahaja kepadanya” Rasa ketakutan mencengkam dan menikam  nurani seorang bernama perempuan Seorang bakal ibu membawa diri Rumah tercinta ditinggalkan sedu Dalam berlagu hiba tiba di sebuah mata air Dan malaikat menghampiri “Janganlah engkau takut! Sesungguhnya Allah akan menjadikan anak yang kaukandung sebagai orang yang amat baik”

PADI

PADI Ingin membajak mengapa duduk cangkul hilang diambil orang padi masak belum ditumbuk dompet dipegang rupanya hilang Ambil lidi sama diraut rautlah cepat waktu senang tanam padi tumbuh rumput ayam ditambat disambar helang Nasi mentah tidak menjadi bagaimana diisi bersama senduk hidup ikutlah resmi padi makin berisi makin tunduk Cari lidi usah dilupa mari dipegang sambil membilang simpan padi sekampuk hampa kerbau sekandang dicuri orang Bera, 25. 10. 2016

DUIT

DUIT Jalan diredah panasnya terik, Roda pancit angin kempis; Poket terlondeh tidaklah carik, Cari duit rupanya habis. Terbit sinar di balik bendang Cacing resah di panas hari; Belanja besar masuknya kurang, Jiwa gelisah mana nak cari. Ayam mengais tepi bendang, Waktu senja masuk ke gubuk; Wang kukais pagi petang, Besar belanja dari masuk. Menyapu sampah waktu petang, Cuaca kering cucuhlah api; Duit melimpah saudara datang, Duit kurang saudara menyepi. Ayam dara pulang senja. Biangnya kempis kecilnya diri; Berhati saudara elok berbelanja, Wang habis menanggis sendiri. Hilang awan terbit nyala, Sama mencari itik serati; Jiwa usahawan mengapa dicela, Baru diri akan dihormati. BERA, 14. 10. 2016.

MUHASABAH PAGI SURIA

Muhasabah Pagi Suria Bersyukur kita dilanjut usia Gunalah usia masih tersisa Pintu dakwah berbagai cara Hikmah dipaut membawa sejahtera Fikiran songsang belakangkan saja Jalan lurus mesti dicari Buku dibaca guru dicari Baru akal menjadi rasional Pintu maksiat usah dibuka Pintu kebaikan terngangga luas Sejahtera dicari harapan semua Amanlah kita mencari bahagia Kata dan tulis Tindakan perlu dikota Baru jaya dapat digapai Selamatlah kita ombak bencana Gerbang bahagia sedia menanti BERA,