Posts

Showing posts from April, 2013

PANTUN NASIHAT AGAMA

PANTUN NASIHAT AGAMA Indah sungguh taman rusa, tempat berteduh menghilangkan panas, hidup kita sudah merdeka, Hidup berbakti sentiasa digalas. Indah permai suasana redup, duduk di bawah pohon ketapang, Qur'an itu panduan hidup, siapa tersasar alangkah malang. Suasana indah nampak ceria, udara bersih di hujung taman; hubungan mesra amalan mulia, itulah ajaran suruhan Tuhan. Bulan bintang di balik awan, Panaorama indah pohonan celagi, ketenangan malam menjadi pilihan, banyakkan amal di awal pagi. Berseri fajar malam beredar, ibarat cahaya cerahnya redup; mencari ilmu takkan pudar, menjadi azimat penyuluh hidup. Pantun yg baik pembayang dan maksud ada kaitan. Hanya pengarang professional yang mampu berbuat demikian. Untuk taraf kita cukuplah rima akhir ab/ab; pembayang berkaitan alam dan tingkah laku manusia, bilangan suku kata 8 – 12 dan 4 – 5 patah perkataan setiap baris. Kalau ikut syarat ni rasanya dah boleh kata pantun. Pantun yg baik; ada mak

PANTUN JEREBU

Pantun asap/jerebu memenuhi angkasa Mari tuan memasang pelita; Pasang pelita di tepi kotak, Datang hinggap sekor rerama; Asap berkepul memanah mata, Nafas tercunggap batuk terbahak, Nafsu rakus ditanggung bersama.  Kesan menonton bola Makan kerepuk berkeping-keping, Masuk angin terkentut dalam seluar; Mengantuk semalaman macam tenggiling, Siapa bertaruh mata berpinar

PANTUN SOLAT JUMAAT

pantun ingatan untuk hari Jumaat; Hari ini menganyam ketupat, Ketupat dianyam daun kelapa; Banyakkan amal hari Jumaat, Solat Jumaat jangan dilupa

PANTUN FITNAH

PANTUN FITNAH Ambil pinang kacip kelkati, Kelakati lama bawah saji, Bawalah tuan datang kemari, Buat memotong si buah sukun; Jagalah lidah jagalah hati, Umpat itu amalan keji, Fitnah songsang aibkan diri, Dosa dibuat mohon diampun.

TIBANYA BULAN RAMADAN

TIBANYA BULAN RAMADAN Baik-baik mengambil timba, Ambil timba atas rumah, Bawa timba bersama tongkat; Bulan sya'ban sudahlah tiba, Ramadan datang untuk beribadah, Sedialah sekarang moga amal diangkat.

FILEM TAHYUL

Baik-baik bermain gayun, Gayun lama atas tunggul, Gayun lama banyak guna, Sayangnya pecah sudah dikapak; Puas sudah ku berpantun, Buanglah terus filem tahyul, Perosak minda anak merana, Mengapa membisu wahai bapak?

PANTUN HARI LEBARAN

PANTUN HARI LEBARAN Ramainya anak bersuka ria, Menanti lebaran pasti menjelang; Kunjung mengunjung amalan mulia, Perkasa ummah agama disanjung. Bermain mercun di tepi rumah, Usah jadikan sebagai amalan; Kurang pembaziran amalan ummah, Sahabat jauh mari dekatkan. Hari lebaran semua ceria, Si miskin juga  turut menumpang; Bersuka ria amalan mulia, Jaga adab jangan terpesong. Mari minum jamah ketupat, Suka si anak menyambut taulan; Pulang kampung saudara dirapat, Keluarga di kampung dilupa jangan. Pagi raya mencari timba; Bersih diri cuci badan; Jalan raya bukannya liatar lumba, Keluarga menanti dalam tangisan. Berbaju kurung makan laksa, Duduk sopan bersama teman; Rezeki yang ada berbagi rasa, Baru muhibbah sesama insan. Wang lebaran mesti disimpan, Dapat habuan jangan berlagak; Bulan Ramadan memagar iman, Datang Shawal jangan dirombak. Jagung manis enak dipanggang, Itulah resepi zaman berzaman; Ibu di

MURIDKU

Indah sungguh Bukit Keluang, Indah lagi Danau Toba; Murid kini  fikiran menyimpang; Dapat susu dibalas tuba

PANTUN MATRA

PANTUN MATRA Habis berhuma menanam sayur, sayur ditanam tepi halaman; terbahak mayat dalam kubur, mendengar suaraku aku berpantun. Memburu landak dengan panah, mati landak di tepi cerun; burung terbang lagikan jatuh, mendengar suaraku aku berpantun. Mari mengail di sebelah hilir, rupanya dapat si anak haruan; air menghilir berhenti mengalir, mendengar suaraku aku berpantun. Kalau memanjat jangan leka, hujan mencurah cepatlah turun; matahari terang gelap seketika, mendengar suaraku aku berpantun. Jalan indah tepi kubur; banyak dosa mohonlah ampun; ombak di laut berhenti berdebur, mendengar suaraku aku berpantun. Pergi  ke mesjid pakailah tudung, nampak sopan lagi satun; terbangun musang dalam sarang, mendengar suaraku aku berpantun. Bersorak orang menyambut merdeka, bunyi bersorak jauh melantun; kilat petir berhenti seketika. mendengar suara aku berpantun. Lembu jantan dibuat laga, Orang berlaga tepi lagun;

TUGAS IBU AYAH

TUGAS IBU AYAH Hamparkan sajadah ambil kitabullah, panggil anak untuk mengaji; kenalkan anak dengan Allah, itulah ilmu perlu dikaji. Letih berguru mencari ubi, terima wang sebagai upah; kenalkan anak dengan Nabi, belajarlah anak tanpa lelah. Mari mengaji jangan berlari, rihat dahulu kalau penat; tanamkan Al-Quran dalam diri, dunia akhirat dapat berkat. Bera 08. 04. 2013

PANTUN ASAL USUL MANUSIA

Pantun: Asal-usul Manusia Anak burung bersama ibu, terbang ia tersangat  lelah; tidak berayah tidak beribu, datang Adam kehendak Allah.                                                                 Surah Al-Imran; 59                                                                                 terbang  si anak tepian kolam, tepian kolam sekawan landak, datang Hawa ciptaan  Adam; Allah mencipta Dia berkehendak.                                                                 Surah An-Nissa: i Datang  ke kolam amatlah sering, datang si anak bermain wau, tanah liat berserta kering berubah warna berserta bau                                                                 Surah ai-Hijr: 26 Datang ribut haripun kelam, terbang si anak amatlah payah; lahir Isa  dari Mariam tanpa perantara seorang ayah                                                                 Surah al-Imran; 45 Riang bermain si anak lapam, Kolam besar amatlah megah;

PANTUN KEESAAN ALLAH

PANTUN KEESAAN ALLAH Azan  subuh amatlah sayu, ambillah tuan kitabullah; Islam itu agama wahyu Muhammad itu utusan Allah. Cari kitab baru ketemu, Kitab cantik atas batu; ilmu tauhid permulaan ilmu, mengenal Allah sifat  yang Satu. Kitab tua dari Juddah’, kitab di karang sang ratu; tauhid itu mengucap shadah, ikrar hamba  barang yang tentu. Pintarnya ratu baranglah tentu, tuntutnya ilmu  amat ceria; bersaksi hamba pada yang Satu tiada tuhan melainkan Dia. Buah kelapa alas kepala, banyak menghafal tiada penat; Allah itu sifatnya Esa. diri Allah dipanggil zat. Kalau sakit carilah tabib, tabib tersohor ilmu berganti; zat Allah sifatnya ghaib, wajib percaya dikunci pasti. Letih menghafal menahan pukat, tahan pukat di pulau Pandan; Esa Allah pada sifat, Rahman Rahim  tiada sempadan Bawa perahu masukkan ikan, bapat  juga si ikan haruan; Esa Allah pada perbuatan, af’aal  Allah tiada tandingan. Ikan haruan ikan

Pantun Gelagat Murid dalam Kelas

Pantun gelagat murid dalam kelas Dari jauh ombaknya tenang, kapal belayar nampaklah api; cikgu di depan bersuara lantang, murid di belakang membilang mimpi. Kapal belayar berpandu peta, kapal  muatan membawa kentang; cikgu di depan menghurai fakta, murid di belakang fikiran menerawang. Kapal belayar di hujung tanjung, anak kapal naik ke kota, cikgu di depan mengajar mengarang, dikarangnya surat bermain cinta. Anak kapal naik beca, dalam kapal hidupnya susah, diberi buku minta dibaca, dikoyak buku dibuat sampah.  Kapal berlabuh sudah berlayar, tanda belayar di pukul gendang; datang petang kononnya belajar, rupanya asyik bermadu cinta. Tinggallah sudah negeri kota, kapal belayar hari Isnin; cikgu di depan menerang fakta murid di sisi asyik bercermin. Dalam kapal jangan malas, belah kayu cari kapak, diberi sapu membersih kelas; bertambah kotor berbau hapak. Orang belayar semangatnya kental, kuat semangat tiada