Mari Berbalas Pantun

Kebersihan Makanan

Terbang riang si burung merbah,
Nampak berdendang si burung nasar;
Negara dijaga bersih dan indah
Mengapa wabak masih menular?

Musim panas air diteguk,
Bertambah selera makan kuini;
Longkang kotor berbau busuk,
Selerakah makan kalau begini?

Menegur pelangan biarlah lembut,
Masuk ke kedai si anak tani;
Kuku kotor tidak berkasut,
Pelayan restoren mengapa begini?

Orang menyembur masih lena,
Riuh orang Nampak keluar;
Aedes membiak membawa bencana,
Mengapa diri tiada gusar?

Majlis Harga

Hati-hati tuan kalau menyukat,
Nanti tuan dibuai lena;
Kenaikan harga tiada disekat,
Pelanggan menanggis mengadu ke mana?




Padi bernas sama disimpan,
Sedang menapi antah ke tepi;
Barangan melonjak tiada kasihan,
Majlis harga mengapa sepi?

Musim kemarau inilah masa,
Bukan masa menanam kuini;
Rakyat kecil menjadi mangsa,
Barangan melonjak mengapa begini?

Amalan Budi Bahasa

Burung merpati di luar sangkar,
Terbang sekawan di hari ceria;
Hidup berjauhan bertanya khabar,
Inikah dikata amalan mulia?

Tersenyum manis si anak dara,
Asyik menampi memilih beras;
Tetamu datang sambutlah mesra,
Perlukah dihati berjiwa ikhlas?

Rajin mengaji kuncikan tabah,
Ayah ibu tumpang berbangga;
Ucapan baik pintu hikmah,
Rasa cemburu perlukah dilaga?

Mati sudah si pohon peria,
Buah yang ada semuanya masak;
Kurang berkata lebih mulia,
Bagaimana berbahasa menambah retak?

Negara Lestari

Malaysiaku Gemilang

Jiwa merana nampaklah raut,
Umur muda nampaknya tua;
Sukan antarabangsa menambah kusut,
Gemilangkah Malaysia di pentas benua?

Mari disambung terputus tali,
Tali panjang jangan dikerat;
Sejarah bangsa diangkat kembali,
Terbelakah maruah negara dikhianat?

Memanjat kelapa badan cedera,
Salah panjat usah dicela;
Ekonomi maju negara sejahtera,
Rakyat kecil sudahkah terbela?

Tingginya wau tidak terjangkau,
Ribut datang turunkan cepat:
Ruang angkasa sudah dijangkau,
Sudahkah dapat apa manfaat?

Malaysiaku Indah

Hijau Titiwangsa Nampak indah,
Bermain riang si anak harimau;
Hutan belantara mudah diratah,
Di mana mencari daun yang hijau?


Negara indah dambaan pelancong,
Tepian pantai terbang si burung camar;
Pantai bersih sudah dicemar,
Mampukah lagi menari pegunjung?

Gunung menghijau laut membiru,
Itulah lanskap negaraku indah;
Tanah gondola lanskap baru,
Di mana berteduh andainya punah?

Memperkasa Bahasa

Mari berbicara kalaulah senang,
Salah sendiri mari dicari;
Bahasa Melayu sudah dijulang,
Mengapa menanggis di negeri sendiri?

Negara berbudaya mengisi indah,
Budaya sendiri usah merana;
Bahasa Inggris meniti gagah,
Bahasa Melayu lemah dimana?

Budaya celaru samalah gusar,
Lemah identity sama;ah insaf;
Dua bahasa mengisi dasar,
Gagahkah Bahasa Melayu menuju alaf?



Pendidikan Cemerlang

Sama berusaha berfikiran bebas,
Usah terlambat menunggu masa;
Teknologi computer ke dalam kelas,
Mengapa lambat amat terasa?

Ingin belajar banyaklah cara,
Kuatkan usaha jangan berlah;
Pendidikan cemerlang matlamat negara,
Mampukah guru mengiring langkah?

Rakyat cemerlang berfikiran sihat,
Negara maju menuju ke sana;
Berfikir aras tinggi sudah dinobat,
Bagaimana mungkin mahu dilaksana?

Kepimpinan Melalui Teladan

Merdu suara burung belatuk
Terbang bersama si burung serindit
Perangai pemimpin laksana telunjuk
Mengapa kelingking masih berkait?


Permainan Tradisional

Bunyi rebana sudah bergema,
Cepatlah adik nanti terlambat;
Wau gasing permainan lama,
Bagaimana mungkin mahu di martabat?

Tarian Zapin sudah diisi,
Jangan diisi tarian celaru;
Kuda Kepang permaina  tradisi,
Gagahkah lagi di alaf baru?

Penat bermain rihat sebentar,
Mari berbincang bersama guru;
Gasing bulat masih berputar,
Masihkah berputar di alaf baru?

Malaysia Cergas

Wang membazir bukan sedikit,
Belanja harian semakin kendur,
Merokok itu memanggil penyakit.
Mengapa payah untuk mengundur?

Pergi ke hutan mencari palas,
Pulang petang usah bermalam;
Badan sihat otak cerdas,
Mengapa diri malas bersenam?

Kurangkan daging jamalah ikan,
Mari bersesenam makan sedikit;
Memanah berenang sihatlah badan,
Relakah diri dimamah penyakit?

Nafas sesak sangatlah perit,
Penat berjalan Nampak tercunggap;
Merokok itu memanggil penyakit,
Mengapa di mulut masih berasap?




Batik Malaysia

Cantik sungguh kain cindai,
Pakaian indah si anak dara;
Batik Malaysia pilihan ramai,
Gagahkah ia di luar negara?

Mencari ilha, sudahlah lama,
Corak batik mari diukir,
Batik seberang dijulang nama,
Batik sendiri mengapa terpinggir?


Warisan Melayu tidaklah basi,
Sama martabah samalah insaf;
Batik Kelantan warisan tradisi.
Mampukah ia merentas alaf?

Keselamatan jalan raya

Dahan jatuh di tengah jalan,
Terkena kereta tiada laba,
Jalan raya tempat lalauan,
Mengapa terjadi gelanggang berlumba?



Enjin dibesar tidaklah tuli,
Waktu membonceng buangkan canda;
Peraturan ada tidak dipeduli,
Mengapa masih membilang keranda?


Pandu perlahan jangan diganda,
Nyawa satu sukar dibeli,
Had laju sudah ditanda,

Mengapa payah untuk dipeduli?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Taubat