Integriti

Integriti
Harapkan pegar habis makan padi,
Amanah kerja tidak menjadi.
Waktu kerja banyak bersembang,
Hasil kerja banyak temberang.
Kononnya hadir masuk pejabat,
Masa kerja tiada pernah tepat.
Keluar kerja hendak berehat,
Masuk semula sering terlambat.
Keluar makan melepas penat,
Masuk pejabat perut berat.
Waktu kerja belum habis,
Pelanggan di depan nampak menangis
Wang diberi untuk rakyat,
Belakang pejabat berbuat jahat
Buat kerja asal jadi,
Kualiti kerja tidak menjadi.
Wang gaji sudah diberi,
Duit kopi masih dicari.
Buat kerja abaikan kualiti,
Hasil kerja tidak teliti.
Rasa bersalah sematkan dihati,
Baru hidup penuh bererti.
Dalam hidup syurga dijiwa,
Baru hidup tiada kecewa.
Bersyukur mana yang ada,
Cari mewah biar berpada.
Hamba menegur sesama kita,
Kelak diri tidak derita.
Bera,
13 03 2015

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat