PANTUN PERAHU HIDUP

PANTUN PERAHU HIDUP
Musim hujan bertanam lada,
Jual lada dalam pekan,
sambil berjual sambil bercanda,
hari panas mencari redup
benih lada dari Bali,
di tanam orang tepi taman,
taman redup banyaklah bayang,
mahu mengail mencari umpan,
cari belalang umpan hidup,
dapat juga si ibu ikan,
beredar si anak di tepi rimba,
pilu hati tidak beribu tidak berbapa;
Kaya miskin bukan pembeda,
di sini tempat medan ujian,
mana yang ada agih yang tiada,
baru teguh penyeri hidup,
hidup ini hanya sekali,
membuat jasa tuntutan iman,
badan di pusara disebut orang, 
inikan pula roh dalam jagaan Tuhan,
Itulah hakikat mengenal hidup,
sombong tamak bukan ukuran,
mencari rahmat dambaan hamba,
kalau begitu jadilah sang petapa.
Bera,
Kemas kini 10 01 2013


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat