Pantun Musuh Menyerang Sabah

Pantun  Musuh Menyerang Sabah

Kalau sesat rajin bertanya,
maklumat dicari sama dikongsi;
negara ini rakyat empunya,
jaga sempadan jangan dibolosi.

Jauh berjalan  laparnya perut,
makan ada sudah terhidang;
menuduh memfitnah berjiwa pengecut,
bawalah  mereka ke  dewan sidang.

Mari makan di hujung kota,
Hujung kota tempat berkelah;
Kerja fitnah kerja bersengketa,
Musuh di luar menunggu helah.

Nasi dihidang berlaukan belut,
Kalau makan usah leka;
Selesai segera kemelut berserabut,
Rakyat bersama menentang pendurhaka.




Siap makan mari bersampan,
Bawa jala mencari udang;
Keselamatan negara bukan taruhan,
Di sini rakyat tempat  bernaung.

Jala kecil tentulah ringan,
Sambil menjala sambil bermadah;
Perkara keci nampaknya ringan,
Salah percaturan membawa padah.

Hasil dapat sama memberi,
Papa miskin  pasti ceria;
Bersatu rakat menjaga negeri,
Di situ tanda rakyat setia.

Menolong miskin jangan lemah,
Tentu banyak membawa faedah;
Musuh di depan mesti dipatah,
Itulah harapan rakyat di bawah.

Bera

04 Mac 2013

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat