Ramadan Menanti; Pesta Bulan Ibadah

Ramadan Menanti; Pesta Bulan Ibadah
Bulan Ramadan mengamit tiba,
semua umaah menanti gembira;
banyakkan amalan ganjaran ditimba,
tentunya banyak pelbagai cara.
Amal dicari ganjaran berganda,
pesta ibadah ummah menanti;
tentunya banyak rintangan melanda,
sabarlah selalu ganjaran menanti.
Mohon maaf dari hamba,
sama diturut seisi keluarga,
tersalah kata terlangkau bicara;
silap salah jangan dicela,
salah sejengkal jangan didepa.
barulah aman sepanjang masa
Bilik Guru, SMK Mengkarak
8 Julai 2013


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat