Bulan purnama di pohonan kelapa,
pungguk menanggis di hujung rimba;
hidup di dunia jangan alpa,
carilah ilmu amal ditimba.
Bulan purnama di atas bangsal,
terpekik pungguk dikejar mangsa;
dalam kubur tak putus menyesal,
hidup di dunia menanam dosa.
Bulan purnama berganti hari,
hilang kabut nampaklah ia;
Banyak zikir di siang hari,
tahajud malam menyuci dosa.
Ruang kerja, SMK mengkarak
16 Julai 2013


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat