Gunung Kelud Sudah Berbicara

Gunung Kelud Sudah Berbicara
Gunung Kelud tumpahkan lahar,
abuk debu hiasan di mata;
sakit tekak mata berpinar,
Kelud muntah ramai derita.
Di dalam rumah untuk sementara,
keluar rumah tutup hidung;
bala datang pelbagai cara,
maksiat berbuih jangan disanjung.
Pelbagai teori segala pakar,
membentang idea mencari sebab;
antara kita banyaklah istighfar,
dosa terbentang terimalah azab.
Taubat segera sebelum terlambat,
dalil Allah di depan mata;
dalam Al-Quran sudah tercatat,
Apa lagi ingin di kata?
Mohon pertolongan Yang Esa,
azab datang sementara cuma;
hujan angin inilah cara,
Yang Esa juga penyelesai semua.
Bera,
16 02 2014


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Kapal Berlayar Mencari Dermaga