PANTUN BERKAIT ; NOSTALGIA PERJALANAN RASUL ALLAH KE MADINAH (YATHRIB)

PANTUN BERKAIT ; NOSTALGIA PERJALANAN RASUL  ALLAH KE MADINAH (YATHRIB)

Bacalah tuan pantun hamba,
inilah dia pantun berkait;
banyak berfikir tentulah laba,
kisah nabi mari dicalit.

Banyak masalah usahlah gundah,
banyak berzikir ingatkan Allah;
perjalanan nabi ke kota Madinah,
atur stategi  mengatur dakwah.

Berjalan kaki ke tanah rawa,
musim kering tanah merekah;
tiga hari di dalam gua,
 Quraisy kembali ke tanah Mekah.

Musim kering tiadalah pacat,
berjalan semangat membawa tukil;
menuju Yathrib dua sahabat,
Penunjuk jalan Bani al-Duwil.




Mencari belut itulah harapan,
air bertakung pasti dapat;
arah Tihamah menuju jalan,
berjalan mereka sangat cepat.
 
Sedang berjalan tersepak rotan,
terus bangkit terus mara;
sampai mereka pertengahan jalan,
membelok mereka arah utara.

Paya tebal cahaya suram,
terus berjalan tiadalah jemu;
berjalan mereka siang malam,
meneruskan perjalanan tanpa jemu.

Penatlah sudah berjalan kaki,
dalam lumpur terpijak gamad;
terpandang Badwi tiga lelaki,
yakin ia kumpulan Muhammad.

Berjalan kaki sakitlah kuku,
berjalan kaki bersama Rahmad;
bawalah cerita kepada suku,
 Kata Suraqah bukanlah Muhammad.

Ternampak ibu berjalan sarat,
 sudahlah sarat diserang tebuan;
dihati Suraqah niat tersirat,
 tangkap Muhammad dapatlah habuan,

Tolonglah ibu usah ditunda,
 sakitnya ibu jangan menuduh;
mengejar Muhammad bersama  kuda,
sampai dekat cubalah bunuh.

Pengsanlah ibu terkeluar lendir,
sakitnya ibu memanggil Siti;
kaki kuda terperosok ke pasir,
tanah menarik ngerilah hati.

Menjerit sakit terus pingsan,
diangkat orang letak ditangga;
menjerit dia minta ihsan,
bersumpah dia Muhammad  terjaga.

Sakit ibu amatlah parah,
pujuklah ibu memakan mi;
rasul pemaaf terselamat Suraqah,
terselamat dia di telan bumi.

Selepas makan terus berihat,
tersengat kulit seperti batu;
bersama Muhammad janji dipahat,
 Suraqah tetap tinggal di situ.

Makan ubat terus lega,
Kalau sakit janganlah berang;
diri Muhammad akan dijaga,
mengejar Muhammad siapapun dilarang,

Badan sakit tentulah lemah,
kalau pengsan usahlah panik,
sampai Rasul di sebuah khemah;
 Ummu Ma’ab nama pemilik.

Pergi hospital tentulah layak,
itulah tanda bijak berfikir;
orangnya perempuan hatinya baik,
 ada makanan diberi musafir.

Terkena sengat usahlah menanggis,
 sakit sedikit mestilah tabah;
kurma dan susu sudahlah habis,
kambing ada sudahlah lemah.

Doktor bertanya janganlah bisu,
 baru sakit cepat pulih;
pintalah Rasul memerah susu,
keluarlah susu seizin Allah.

Dengar nasihat perlu dimengerti,
 doktor merawat dapatlah upah;
minumlah mereka senangnya hati,
pulang suami susu melimpah.

Keluarga sakit sebarlah berita,
ucaplah takziah sekiranya mati;
bertanya suami perihal cerita,
ceritalah ia sepenuh hati.

Orang mati sakit tibi,
kalau ziarah janganlah lama;
Ikutlah suami bersama Nabi,
 Ummu Ma’bad turut bersama.

Jagalah bahasa jangan tersasul,
 jaga hati jagalah lidah;
senang mereka bersama Rasul,
 bersama Nabi mengucap syahadah.

Tangguhlah dulu hamba berpantun,
mana terkurang  tandanya  tiada arif;
tersiap fakta mohon diampun,
itulah tanda hambanya daif.

Mengkarak,

19 02 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat