Pantun Introspeksi Hari Kebangsaan ke-56

Pantun Introspeksi Hari Kebangsaan ke-56
Datang musuh sama diterjah,
itulah semangat anak merdeka;
kalau minda masih terjajah,
apakah itu namanya merdeka?
Kibar bendera satu bangsa,
semangnat juang jangan alpa;
satu bangsa satu bahasa,
slogan kosong benihnya hampa.
Malulah hidup jadi dedalu.
menumpang hidup hilanglah ceria;
bendera berkibar tak semeriah dulu;
ke mana perginya sang setia?
Semangat juang di kata membara,
datang musuh lidah kelu;
konon di kata berjiwa perwira,
bendera di kibar terasa malu.
datang musuh sama dilawan,
belum berdiri sudah rebah;
heboh sedunia digelar pahlawan,
bendera dikibar tangan di tadah.
Terbang megah sekawan angsa,
tinggalkan kawan dapat habuan;
konon digelar membina bangsa;
poket sendiri mencari habuan.
Kuantan,
30 Ogos 2013


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat