Pantun Mengajak Kebaikan

Pantun Mengajak Kebaikan

Ikan kekek mencari umpan
ikan gelama berenang segar;
perangai  elok jadikan teladan,
perangai buruk jangan dibiar.

Kalau tuan pergi ke Jawa,
ceria selalu hati tenang;
sifat rakus lemahnya jiwa,
hidup beringat hati senang.

Mahu mandi bawalah tuala,
air panas baru dijerang;
berputus asa perangai tercela,
bangkit segera carilah menang.

Lepas solat doa pada Tuhan,
mohon dilepas segala bala;
dunia ini banyak ujian,
amalan rasuah jangan dicuba.

Felda Purun,

23. 05. 2013

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Kapal Berlayar Mencari Dermaga