1. Memperkasa Wawasan Pelajar Sekolah dibuka datanglah segera, Banyak berfikir carilah santai; Pelajar gemilang harapan negara. Bagaimana rencana mahu dicapai? Menanam padi di pinggir paya, Burung datang samalah usir; Bijak berfikir ke mercu jaya, Pelajar gemilang mengapa di pinggir? Tanak nasi basuhlah beras, Makan nasi bersambalkan lada; Fikiran bernas tenaga tangkas, Mengapa sepi dijana tiada? 2. Sayangi Keluarga Semut berkerumun mencari gula, Bawa ke sarang siap dihantar; Keluarga harmoni harapan semua, Anak terpinggir mengapa dibiar? Ibu di rumah menadah berita, Selamatkah anak di hiris luka; Warga tua keluarga kita, Mengapa sengsara di rumah duka? Gagak hitam terkena pukat, Melepas diri tentulah payah; Umur muda perosak masyarakat, Mengapa keluarga tiada endah. 3. Rukunnegara Burung helang menc...
Awan di langit nampak bersesak, Hujan mendekat sudah terasa; Awan hitam nampak berarak, Angin sejuk dapat dirasa. Kerbau di padang sudah berlenguh, Tanda terlepas dari bahaya; Jauh kedengaran bunyi guruh, Pancaran kilat nampak cahaya. Sudah bersua hujan dinanti Turunnya hujan inilah masa; Hujan mencurah legalah hati, Damailah jiwa sejuk terasa. Mari ke kebun sama meninjau, Pucuk tumbuh bertambah senang; Rumput kering sudah menghijau, Segala makhluk nampaknya riang. Pohon yang mati mari disulam, Berjiwa sabar orang terpandang; Hujan mencurah waktu malam, Hujan dinanti basahlah padang. Galaknya kerbau jangan ditanya, Ada di padang meragut rumput; Jiwa yang keras lembut hendaknya, Bersama hujan sifatnya lembut. Panas hujan usah mengungkit, Hak Allah Dia memberi Udara dingin melekat di kulit, Betapa besar nikmat diberi. Tadah air jangan ditangguh, Tidak terdaya si lembu tua; Air di sunga...
Kapal Berlayar Mencari Dermaga Sudah jauh kapal berlayar, Sampai sudah dermaga dituju; Pergimu guru teramat sukar,, Pelabuhan jaya bagaimana kutuju? Kapal berlayar mencari destinasi, Tempat asal mencari arah; Pergimu guru kami tangisi, Bagaimana kudrat kan kukerah. Kapal berlayar ke Tanjung Jati, Banyak muatan hasilnya madu; Hilang sudah permata hati, Hati gundah menanggung rindu. Jauh berlayar tiangnya lemah, Layarnya carik sukar dicari; Lidahmu itu permata hikmah, Kubaja ia di dalam diri. Nampaklah lampu pelabuhan dekat, Bersiap kalian mana yang perlu; Tuturmu itu buah nasihat, Budimu tulus kukenang selalu. Pelabuhan dekat tepian kota, Terbang jauh burung merpati; Biarpun hilang di hujung mata, Kasih abadi terbayang di hati. Kapal berlayar berhenti sudah, Rehat dahulu marilah mandi; Sungguh banyak jasa tercurah, Hanya Allah membalas budi. Berlayar jauh membawa hasil, Sudah penat marilah berihat; Peng...
Comments
Post a Comment