Pantun Mengetuk Pintu Hati

"Pantun Mengetuk Pintu Hati

Musim hujan bertanam lada,
Jual lada di dalam pekan,
Sambil berjual sambil bercanda,
Hari panas mencari redup


Benih lada dari Bali,
Di tanam orang tepi taman,
Taman redup bayaklah bayang,
Mahu mengail mencari umpan,


Cari belalang umpan hidup,
Dapat juga si ibu ikan,
Beredar si anak di tepi rimba,
Pilu hati tidak beribu tidak berbapa,


Kaya misin bukan pembeda,
Di sinilah tempat medan ujian,
Mana yang ada agih yang tiada
Baru teguh penyeri hidup


Hidup ini hanya sekali
Membuat jasa tuntutan iman
Badan di pusara disebut orang
Inikah pula roh dalam jagaan Tuhan


Itulah hakikat mengenal hidup
Sombong tamak bukan ukuran
Mencari rahmat dambaan hamba
Inilah hakikat seorang hamba


Bandar Bera,
07.01.2013"


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat