Lelaki tua

Lelaki tua
Lelaki tua di usia senja
membaca quran duduk di atas bata
di belakangnya hanya tinggal longgokan bata
hanya quran tua yang masih dia punya
masih setia terus membaca
kalimah demi kalimah
itulah harta di bawa ke dunia sana
meskipun di dunia sini tak punya apa-apa
tiada ada rasa kecewa
tidak mengapa
kerana dia arif apa yang dibaca
khabar di dunia sana semuanya indah
tidak seperti di dunia sini
hanya meninggalkan bongkah-bongkah batu kering
sebagai tanda
rupanya manusia mengiurkan hidup bersengketa,
di belakangnya sebuah gerbang monumen kesengsaraan.

Pasir Mas
11 06 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat