Riwayat Cara Makan Rasulullah

Riwayat Cara Makan Rasulullah

Makanan di depan itulah pilihan
roti gandum itulah nikmat kesukaan
Mentimun bersama kurma basah makanan kegemaran
meneguk air bersama buah kurma kering

Menu  daging makanan kegemaran
roti berkuah berserta daging pilihan
Labu juga sayuran disukai
daging kambing ijuga  kegemaran
daging lenggan dan bahu sering jadi pilihan
tubuh kambing ada ditinggalkan;
-          Kemaluan, dua  biji buah zakar, kantung air  kencing, hempedu, gondok dan kemaluan kambing betna

Bawang merah bawang putih tidak disantap
makanan terhidang tiada dicela
andai tiada gemar segera ditinggalkan

Selesai santap daging segera dicuci  tangan
sudah terbiasa minum tiga kali teguk
minum sambil menghisab air
waktu minum tidak bernafas dalam bejana
mengambil barang mendahulukan tangan kanan
tiada pernah membebankan orang lain
Diambil sendiri makanan atau minuman
sekiranya perlu


Rujukan : Syeikh Muhammad Jamaluddin; Bimbingan Mukmin; Membentuk Peribadi Mukmin; Al Shafa; Kuala Lumpur. Hlm. 342 - 343


Bera,

14 05 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat