Resah yang Tiada Kesudahan

Resah  yang Tiada Kesudahan

Mengarang sepantun tidakku bisa,
mengenang pesawat ke mana hilang.
mesti di cari usah berputua asa,
kalau dah jumpa tentulah tenang.

Laut China Selatan sudah diredah,
geledah juga Selat Melaka;
laut Andaman tenaga diperah,
lautan Hindi habis diteroka.

Bahtera besar sudah dikerah,
pesawat terhebat tinggalkan pengkalan;
alatan moden terus ditambah,
serpihan secebis tiada dikesan.

Pelbagai teori sudah diperah,
petani di desa turut mengaji;
ke mana pesawat hilang entah,
segala ilmuan turun mengkaji.

Pelbagai spekualasi terbit diminda,
barang dicari tiada di kesan;
mabuklah segala para pengkaji,
mungkinkah mayat tiada bernesan?

Wahai Allah Maha Bijaksana,
lemahnya kami tiada tertanggung;
bantulah kami hamba yang hina,
berilah petunjuk hamba yang binggung.

Bera,
22 04 2014


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat