Pantun Gelagat Murid dalam Kelas
Pantun Gelagat Murid dalam Kelas
Dari jauh ombaknya
tenang,
kapal belayar nampaklah
api;
cikgu di depan bersuara
lantang,
murid di belakang
membilang mimpi.
Kapal belayar berpandu
peta,
kapal muatan membawa kentang;
cikgu di depan
menghurai fakta,
murid di belakang
fikiran menerawang.
Kapal belayar di hujung
tanjung,
anak kapal naik ke
kota,
cikgu di depan mengajar
mengarang,
dikarangnya surat
bermain cinta.
Anak kapal naik beca,
dalam kapal hidupnya
susah,
diberi buku minta
dibaca,
dikoyak buku dibuat
sampah.
Kapal berlabuh sudah
berlayar,
tanda belayar di pukul
gendang;
datang petang kononnya
belajar,
rupanya asyik bermadu
cinta.
Tinggallah sudah negeri
kota,
kapal belayar hari
Isnin;
cikgu di depan menerang
fakta
murid disisi asyik
bercermin.
Dalam kapa l jangan
malas,
Belah kayu cari kapak,
Diberi sapu membersih
kelas;
Bertambah kotor berbau
hapak.
Orang belayar
semangatnya kental,
Kuat semangat tiada
ragu;
Diberi fakta minta di
dihafal,
Rupanya sibuk menghafal
lagu.
Dalam kapal jangan
gentar,
buat kerja benarlah
rajin;
diberi kelas untuk
belajar,
rupanya sibuk dibuat
kantin.
Kapal besar muatan kain,
Ada juga pinggan dan
cawan;
Diberi padang untuk
bermain,
Dalam kelas terajang
kawan.
Hidup seorang jangan
diamal,
Carilah kawan carilah
teman;
Diberi zikir minta
diamal,
Memekik terlolong
dihasut syaitan.
Kapal belayar amatlah payah,
Hilang peta datanglah
ragu;
Setiap hari lambat
kesekolah,
Bermuka selamba depan
cikgu.
Kapal lama hilanglah
bentuk,
Ganti kapal teknologi
maya;
Ubah segera tabiat
buruk,
Kalau anak ingin
berjaya.
Bera
13. 10. 2012
Comments
Post a Comment