Perkhabaran Dua Alam

Perkhabaran Dua Alam
Wahai penghuni kubur
Tenanglah engkau berada di sana
Kami hantarkan Al-Fatihah untuk kalian
Kami di sini pasti jua ke sana
Hanya masa membezakan kita
Penantian itu suatu kepastian
Wahai penghuni dunia
Hantarkan kepada kami walau sepatah
Ayat-ayat Allah untuk membahagiakan kami
Semoga tempat sempit ini menjadi luas
Semoga tempat membara ini menjadi dingin
Semoga lepaskan diri dari kesunyian hening
Wahai anakku di alam fana
Amal ibu dan ayah sudah terhenti
Engkaulah penyambung amal kami
Kirimlah ayat Allah untuk kami
Hanya ini yang kami minta
Untuk membahagiakan kami
Di daerah terasing ini
Andai engkau lupakan kami
Betapa seksanya jiwa kami
Benih yang kami tanam di dunia
Rupanya hampa
Tidak menjadi
Hanya doamu yang kami pinta
Kerana tiada kesempatan lagi
Untuk kami menagih amal di dunia
Hanya engkaulah anakku
Amalmu kami nanti
Bera,
08 12 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Kapal Berlayar Mencari Dermaga