PERISTIWA BESAR DI TANAH KONTANG
PERISTIWA BESAR DI TANAH KONTANG
Cerita berkisah di tanah Baitul
Maqdis
Di sini tempat Nabi Ibrahim menumpang
hidup
Menjalin persefahaman bersama isteri tercinta, Sarah
Ketentuan Allah tiada diberi zuriat
Pintalah Sarah kepada suami tercinta
Pembantu bernama Hajar minta dinikahi
Mudah-mudahan dimakbulkan Allah
penyeri hidup
Zuriat permainan jiwa ada di samping
Tertunai sudah hajat Sarah
Bersama Hajar hidup berpadu suami
isteri
Gembira Hajar dirinya berbadan dua
Nurani seorang perempuan terbitlah rasa cemburu
mengelegak
Mengadu Hajar kepada Ibrahim
Terbitlah dari lidah Nabi Ibrahim
“Silalah engkau berbuat apa sahaja
kepadanya”
Rasa ketakutan mencengkam dan menikam nurani seorang bernama perempuan
Seorang bakal ibu membawa diri
Rumah tercinta ditinggalkan sedu
Dalam berlagu hiba tiba di sebuah
mata air
Dan malaikat menghampiri
“Janganlah engkau takut! Sesungguhnya
Allah akan menjadikan anak yang kaukandung sebagai orang yang amat baik”
“Kembalilah ke rumahmu dan anak
kaukandung bernama Ismail. Dialah pembebas umat manusia”
Rasa syukur kepada Ilahi tidak
terhitung
Betapa nikmat besar Allah kurniakan
Kembalilah Hajar kepada Ibrahim
dan lahirlah anak lelaki diberi nama
Ismail a.s
Deretan anugerah besar di beri lagi
Isteri pertama Ismail, Hajar melahirkan
bayi lelaki diberi nama Ishak
Sujudlah Ibrahim kepada Allah dengan
nikmat berganda daripada Sang Pencipta
Dan Sang Pemberi
Naluri kecemburuan hati seorang perempuan sampai di kemuncak
gejolak
Pintalah Sarah kepada Ibrahim
asingkan Hajar ke negeri jauh
Terlepas daripada mata memandang dan
telinga mendengar
Pergilah Hajar bersama Ibrahim
meredah padang pasir membara
Akhirnya sampai ke negeri Mekah.
Seorang perempuan yang lemah
Hapir sudah tidak terdaya
Sedang menyusu seorang anak lelaki
Ditinggalkan di negeri gersang,
kontang, kering dan berdebu
Tidak terdengar suara sahutan manusia;
tiada kelibat anak Adam
Cuaca ganas dalam gelombang membara
Wap pasir kering menerjah panas
membahang
Tofan gurun menggulung menyeramkan
Ismail terus di dukung dan dalam
pelukan Hajar
Ismail masih kecil dalam musim susuan
Ibrahim meninggalkan mereka di
Baitullah berdekatan sebatang pohonan besar
Tiada air, tiada makanan
Sedikit persediaan dari suami
tercinta
“hanya potongan buah kurma dan
sedikit air”
Ibrahim melangkah pergi dan
meninggalkan mereka dalam serba kurang
Ditindih tofan derita yang pekat dan
kelam
Bangkit Hajar dan memegang pakaian
Ibrahim dan berkata;
“Ibrahim , Engkau hendak ke mana,
Kami tiada bekalan”
Hajar terus bertanya;
“Apakah Allah yang memerintah ini”,
Ibrahim menjawab “Ya”
Berkatalah Hajar
“Kalau begitu kami di sini tidak akan
disia-siakan”
Melangkah pergi Nabi Ibrahm meninggalkan lembah tandus berbatu
dan berpasir
Tiba tempat di Thaniyyah menghadap
Ibrahim arah Baitullah dan mengangkat tangannya berdoa;
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku
telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak ada tanaman
berhampiran rumahMu (Baitullah) yang
dihormati. Wahai Tuhan kami! (Yang demikian itu) agar mereka mendirikan
solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka, dan
berikanlah kepada mereka rezeki berupa buah-buahan. Mudah-mudahan mereka
bersyukur” (Surah Ibrahim; 37)
Dalam kesepian, di mamah kesedihan, dicengkam keperitan, dalam
tangisan kepiluan, tika diterjah ketakutan
Diri keseorangan masih terus
menyusukan Ismail
Diri dimamah dahaga kehausan
dan dihabiskan mana yang masih tersisa
Rasa dahaga mencengkam mula menyengat tekak
Di mana air akan kucari
Hajar menghentak-hentak kaki ke tanah
tanda tiada apa upaya
Mentari menyeringai, membakar
menerbitkan bahang bara yang pekat
Dari jauh tofan gurun menakutkan
menerbitkan suara
Berlari Hajar ke Bukit Safa dan
Marwah
Berulang kali dilakukan sampai kali
ketujuh
Terdengar Hajar suatu suara
Malaikat berada dekat Zam-zam dan
membenamkan sayapnya ke tanah
Keluarlah ar memancar, Maha suci
Allah
Minumlah Hajar dengan sepuas-puasnya
dan dahaga yang menyengat semakin hilang
Kembali Hajar dengan rasa kasih dan cinta kepada Ismail dan disusui
anak kesayangan
Dengan penuh rasa dakapan kasih dan sayang.
Malaikat berkata;
“Kamu jangan takut dengan tempat ini
sebab di situ terdapat Baitullah yang kelak akan dibangunkan oleh anak ini dan ayahnya,
Allah tidak akan mensia-siakan keluarganya”.
Tersedia air semuanya lega,
Warga Mekah hilang gelisah;
Ibrahim Ismail berpadu tenaga,
Rumah Allah tersergam indah.
Bera,
26 09 2014
20
Julai 2009
Comments
Post a Comment