Penyembelihan Ismail a,s
Penyembelihan Ismail a,s
Ketika usia Ismail meningkat remaja
Dikhabarkan dalam mimpi Ibrahim a.s
mendapat perintah
Mimpi seorang nabi pastinya mimpi kebenaran
Mimpi wahyu daripada Sang Pencipta
Anak disayangi mesti dikorbankan
Ketika usia Ibrahim sampai ke
penghujung
Mngkinkah akan lahir lagi cahaya mata buat penganti
Saat
meniti usia tua sedang bertandang
Datang perintah anak ditantang akan
disembelih
Perintah besar tidak mudah diengkar
Pekerjaan besar tidak mudah berpaling
Tidak terdetik perintah ini akan dibiar
berlalu
Perintah besar tetap ditunai
Dua beranak bertemulah ayah dan anak
Ibrahim bersama
Ismail diajak berbicara
Semoga Ismail tenang dan tabah dan
tidak dipaksa
Perintah Allah mesti dikerjakan
Maka berkata Ibrahim;
“Anakku! Aku
bermimpi menyembelih dirimu. Cuba renungkan, bagaimana pendapatmu”
(Surah
ash-Shaffat; 122)
Maka sahut sang anak budiman;
“Ayah! Lakukan apa yang diperintahkan
oleh Allah kepadamu. Insya Allah engkau akan mendapati aku termasuk orang yang
sabar”
(Surah
ash=Shaffat: 102)
Subhanallah, Maha Suci Allah
Terkeluar dari lidah Ismail
Yakin dan spontan tidak dimamah
keraguan
Bukti puncak ketaatan seorang anak
Untuk ayah tercinta
Perintah Allah mesti ditunai
Mimpi Allah mimpi benar mimpi mesti
dikota pasti
Tanda tunduk pasrah seorang berjiwa
hamba
Dibawa Ismail ke tempat lapang
Pintalah Ibrahim
anaknya berbaring
Berbumbungkan langit beralaskan pasir
Seakan membaringkan binatang akan disembelih
Kulit leher mencecah ke tanah
Pisau
tajam diasah cermat putih
berkilau
Semoga Ismail
mati tidak kesakitan
Tangan mencari-cari urat nadi
Lidah menyebut nama Allah; Allah hu
Akhbar, Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar
Subhanallah! Ditekan sekuat tenaga dileher anaknya beberapa
kali
Ibrahim seakan tidak percaya
Pisau setajam itu tidak mampu
melukakan
Anak diperbaringan menyerah pasrah
Lantas Ibrahim berpaling ke batu
hitam
Batu yang keras mampu terbelah dengan
pisau yang sama ditangan
Tatkala pisau ditoreh di batu tersebut
Maka firman Allah menyatakan;
“Sesungguhnya peristiwa ini
benar-benar menjadi ujian yang nyata”
(surah
ash-Shffat: 106)
Tidak jauh dari medan korban
Terdengar mengembek seakan seekor kambing
Ternampak seekor kibas berbulu putih
Bermata hitam bertanduk besar
Sedang terikat di sebatang pohon
Muncul di sebuah bukit datar
Tersebut perkhabaran meriwayatkan
Kibas besar datangnya dari Syurga
Sudah diternak selama 40 tahun
Bulunya berwarna berjalur merah
Ibrahim mengheret kibas itu
Dibaringkan dan dikorbankan
Tersebut firman Allah
“Dan Allah menggantikan dengan
binatang sembelihan yang besar”
(Surah
ash-Shaffat: 07)
Akur anak kepada ayah,
Bukti perintah mesti ditunai;
Leher Ismail dihiris terlalu payah,
Bukti perintah mesti diselesai.
Kibas dari syurga sebagai ganti,
Untuk hamba yang benar
patuh;
Bukti kepatuhan digenggam pasti,
Perintah Allah dikunci
kukuh.
Pengorbanan besar mesti
dicontohi,
Tanda ummah berjiwa
hamba;
Kesempurnaan ilmu milik
Ilahi,
Mana yang kurang
carilah timba.
Bera,
29 09 2014.
20
Julai 2009
Comments
Post a Comment