PANTUN UNTUK SAHABATKU BERGELAR DOKTOR

PANTUN UNTUK SAHABATKU BERGELAR DOKTOR

Datang doktor tugasan merawat,
Hati tulus tiada mengenal upah;
Bersua doktor meminta ubat,
Doktor baik melayan karenah.

Berjumpa pesakit hati ramah,
Niat bersih cerminan hati;
Pesakit dirawat penuh hemah,
Azab pesakit sama bersimpati.

Pesaki datang siang malam,
Senyum selalu  jangan meradang;
Pesakit datang pelbagai ragam,
Layan mereka berhati tenang.

Pesakit datang memasang impian,
Doktor merawat fikiran jangan menerawang;
Berduyung datang pelbagai kedudukan,
Mencari ubat moga sakit menghilang.

Penyakit berbahaya bergabung tenaga,
Rapatkan saf  mencari penawar;
Pesakit tersenyum hati lega,
Fikiran layu kembali segar.

Ubat baik jangan disimpan,
Rajin merawat jangan culas;
Banyak bersabar doktor budiman,
Amal tuan Allah membalas.

Hospital bagus kurangkan kertas,
Apa dihajat ubatnya ampuh;
Ikhtiar dicari tawakal di atas,
Doktor merawat Allah menyembuh.

Pesakit sembuh doktor senang,
Inilah harga sebenarnya upah;
Tambah ilmu mana yang kurang,
Penyakit baru datang menyinggah.

Penyakit berjangkit jangan dibiar,
Datang ia meragut nyawa;
Banyak senaman tubuh segar,
Kulit tegang bertambah lawa.



Nasihat diberi tambahkan amal,
Makan beraturan senaman selalu,
Susahnya sembuh jangan kesal,
Kita berikhtiar janganlah malu.

Melayan karenah janganlah bosan,
Sifat pesakit memang begitu;
Virus berkeliaran perlu dilawan,
Mohon perlindungan Pada Yang Satu.

Sahabatku sekarang bergelar doktor,
Senasib sepenanggungan hidup di rantau;
Semangat juangnya jadikan obor,
Untuk adik yang suka melalau.

Bera.

15 11 2014 

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Kapal Berlayar Mencari Dermaga