Mengenang Keberangkatan Rasululah saw ke Sidratul Muntaha; Israk Mikraj Untukmu Muhammad saw.
Mengenang Keberangkatan
Rasululah saw ke Sidratul Muntaha;
Israk Mikraj Untukmu
Muhammad saw.
Hidup Muhammad di serang
derita
datuk tercinta dipanggil
Ilahi
Isteri Khadijah ke ruang
abadi
kiri kanan belakang depan
musuh datang sedia
menyerang
Ahmad istiqamah pantang
menyimpang
Rumah Ummu Hani Baginda
beradu
sepupu Nabi namanya Ummu
Hani
dibawa Jibrail ke Masjid
Aqsa
masjid Aqsa di Baitul
Maqdis
masjid Aqsa menuju ke
langit
tempat disebut Sidaratul
Muntaha
Esok hari menuju ka’bah
apa peristiwa terus
dicerita
amanah Allah mesti disampai
Surah al-Maidah jelas
tercatat
pengalaman Rasul terus
disampai,
ejekan cacian bersabarlah
nabi.
Itulah permainan harian
Arab Jahiliyah
Penduduk Mekah tiada
percaya
masakan Muhammad ke
Sidratul Muntaha
gegak gempita tersebar
cerita
Muhammad itu manusia
pendusta
sebahagian Muslim ada
keraguan,
Itulah tanda nipisnya iman
Abu Bakar dicari dapat
kepastian.
yakin Abu Bakar sepenuh
hati
terima wahyu lagikan sukar
Inikan pula naik ke langit
kerja Allah tentulah
berkuasa
tiada mustahil hakikat
kebenaran
Baginda bercerita masjid
Al-Aqsa
Semua benar tiada palsu
semuanya betul benar belaka
semasa hidup tiadalah
sampai
itulah kisah sebenar nabi
Abu Bakar pedagang besar
tempat mana tiada dijelajah
masjid Al-Aqsa tempat
dagangan.
tumpuan tempat Timur dan
Barat
Muhammad menyebut benar
belaka
tiada takwil untuk
dibohongi
Abu Bakar sendiri pernah
sampai.
kenyataan hakikat di
pelipat mata
Abu Bakar mendapat
panggilan
As-Siddiq orangnya diberi
gelar
"yang
membenarkan" itulah makna
Tebal iman itulah tanda
Kafir Quraisy minta bukti
segala dalil sudah diberi
fikiran sempit pasti
menyimpang
usul diterima tanpa
bangkangan
unta hilang tuan mencari.
kata Baginda kepada empunya
tempat unta boleh dijumpai
cerita lain adalah kisah
Rasul turun tunggangan unta
turun tunggangan mencari
minum
letaklah cawan cara
tertentu
Pulang ke Mekah tersebut
kisah
ada kafilah menuju Mekah.
waktu petang sampailah
kafilah
sampai kafilah tepatlah
masa.
datang Badwi cerita takjub
unta hilang puas mencari
bergema suara dari langit
disebut tempat unta
menghilang
Pergi Quraisy ke suatu
tempat
mencari tempat Rasul minum
benarlah segala sabda nabi
ego diri binasa badan
semua dalil ada terbukti
kafir Quraisy bertambah
marah
bukannya tunduk kepada
Ilahi
Sabda Rasul kepada Muslimin
andai lagi diberi
kesempatan
tiada kembali alam dunia
disitulah tempat kesenangan
abadi
Sidratul Muntaha terima
hadiah
hadiah solat amatlah tinggi
Solat diberi penebus dosa
menyuci jiwa segala manusia
nikmat solat tiada
terhingga
hiburan Muslimin itulah
tempat
Hadiah kedua diberi Allah
perbuatan manusia karunia
Pencipta
niat jahat tiada dibuat
tiada dicatat segala dosa
sekiranya buat perbuatan
mungkar
sebesar zarah dosa pasti
dicatat
Niat baik tiada dibuat
amalan pahala sudah dicatat
niat baik membuat kebajikan
sepuluh kebajikan diberi
ganjaran
bertuahlah umat pengikut
Muhammad
dialah Rasul akhir zaman
penyampai kebenaran
penghilang kebatilan
Sarji Kasim
Bandar Bera
26 Syaban 1430
20
Julai 2009
Comments
Post a Comment