Kalau Sudah Terlajak Kata

Kalau Sudah Terlajak Kata

Anak-anakku,
Berbahasalah dengan lembut
hiasi pekertimu dengan jiwa halus
lihat dengan siapa engkau berbahasa
setitik bahasa hodoh yang kaungkapkan
sudah cukup orang menafsirkan
kausiapa sebenarnya.
tidak akan rugi kauberbahasa cantik
kerana dengan bahasa cantik itulah
kerana kauakan dianggap manusia terpandang
bukan hanya manusia anakku,
Allah dan Rasul teramat kasih denganmu.

Bera,
10 08 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Kapal Berlayar Mencari Dermaga