HIJRAH MENCIPTA KEBENARAN

HIJRAH MENCIPTA KEBENARAN

Hamba berpantun untuk mengingat,
Sesame kita berpesan kebenaran;
Hamba mengarang tentulah cacat.
Ambil yang baik sama berpesan.

Kisah Rasul terlalu luas,
Setiap langkah jadikan panduan;
Rasul ke Madinah mencari bebas,
Hijrah dibuat pengukuh ikatan.

Berjalan kaki ke tanah rawa,
Musim kering tanah merekah;
Tiga hari di dalam gua,
Quraisy kembali ke tanah Mekah.

Musim kering tiadalah pacat,
Berjalan semangat membawa tukil;
Menuju Yathrib dua sahabat,
Penunjuk jalan Bani al-Duwil.

Mencari belut itulah harapan,
Air bertakung pasti dapat;
Arah Tihamah menuju jalan,
Pinggir Laut Merah itulah tempat.

Sedang berjalan tersepak rotan;
Terus bangkit terus mara,
Sampai mereka pertengahan jalan,
Membelok mereka arah utara,

Paya tebal cahaya suram,
Terus berjalan tiadalah jemu;
Berjalan mereka siang malam;
Meneruskan perjalanan tanpa jemu,

Penatlah sudah berjalan kaki,
Dalam lumpur terpijak gamad;
Terpandang Badwi tiga lelaki;
Yakin ia kumpulan Muhammad,

Berjalan kaki sakitlah kuku,
Berjalan kaki bersama Rahmad;
Bawalah cerita kepada suku;
Kata Suraqah bukanlah Muhammad,

Ternampak ibu berjalan sarat,
Sudahlah sarat diserang tebuan;
Dihati Suraqah niat tersirat,
Tangkap Muhammad dapatlah habuan,



Tolonglah ibu usah ditunda,
Sakitnya ibu jangan menuduh;
Mengejar Muhammad bersama  kuda
Sampai dekat cubalah bunuh,

Pengsanlah ibu terkeluar lendir,
Sakitnya ibu memanggil Siti;
Kaki kuda terperosok ke pasir;
Bumi menarik ngerilah hati,

Menjerit sakit terus pingsan,
Diangkat orang letak ditangga;
Menjerit dia minta ihsan;
Bersumpah dia Muhammad  terjaga,

Sakit ibu amatlah parah,
Pujuklah ibu memakan mi;
Rasul pemaaf terselamat Suraqah;
Terselamat dia di telan bumi,

Selepas makan terus berihat,
Tersengat kulit seperti batu;
Bersama Muhammad janji dipahat
Suraqah tetap tinggal di situ.

Makan ubat terus lega,
Kalau sakit janganlah berang
Diri Muhammad akan dijaga:
Mengejar Muhammad siapapun dilarang,

Badan sakit tentulah lemah,
Kalau pengsan usahlah panik
Sampai Rasul di sebuah khemah;
Unmu Ma’ab nama pemilik.

Pergi hospital tentulah layak,
Itulah tanda bijak berfikir;
Orangnya perempuan hatinya baik,
Ada makanan diberi musafir.

Terkena sengat usahlah menanggis,
Sakit sedikit mestilah tabah;
Kurma dan susu sudahlah habis;
Kambing ada sudahlah lemah.


Doktor bertanya janganlah bisu,
Baru sakit cepat pulih;
Pintalah Rasul memerah susu;
Keluarlah susu keizinan Allah.

Dengar nasihat perlu dimengerti,
Doktor merawat dapatlah upah;
Minumlah mereka senangnya hati,
Pulang suami susu melimpah.

Keluarga sakit sebarlah berita,
Ucaplah takziah sekiranya mati;
Bertanya suami perihal cerita;
Ceritalah ia sepenuh hati.

Orang mati sakit tibi,
Kalau ziarah janganlah lama;
Ikutlah suami bersama Nabi;
Ummu Ma’bad turut bersama.

Jagalah bahasa jangan tersasul,
Jagalah hati jagalah lidah;
Senang mereka bersama Rasul;
Bersama Nabi.mengucap syahadah.

Tidak mudah mengalun madah,
Untuk tuan membaca senang;
Hamba mengarang memanglah payah,
Bacalah tuan semoga senang.

Hijrah Rasul penuh hikmah,
Bertanyalah tuan mana yang arif;
Jejak Rasul  penuh tabah,
Terimalah pantuan hamba yang daif.

Kepada Allah mohon  keampunan,
Apa tertulis semoga benar,
Kalau salah usah disimpan.
Khabarkan tuan  buangkan celupar.

Bera,
24. 10. 2014


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Kapal Berlayar Mencari Dermaga