Di Mana Kunci Tanah Merdeka

Di Mana Kunci Tanah Merdeka?
Bendera berkibar di atas batu,
Kibarlah tuan biarpun susah;
Penjajah pergi rakyat bersatu,
Negara baharu tercipta megah.
Mencari merdeka buangkan sengketa,
Rela berjuang tanpa upah;
Musuh mengganas rakyat menderita,
Rakyat bersatu mereka menyerah.
Kunci merdeka pelbagai cara,
Apa yang penting mencari menang;
Demokrasi dijulang asas negara,
Negara cemerlang rakyat girang.
Buang sengketa mencari aman,
Rela berjuang tanpa perih;
Negara tumbuh banyak cabaran,
Buang yang keruh ambil nan jernih.
Berani berjuang tanpa alasan,
Sama membentuk negara baharu;
Hidup bersatu rencah ramuan,
Bersatu hidup ke alaf baharu.
Rajin bekerja kurangkan cerita,
Hidup bersemangat inilah sifat;
Bukan mudah membuang sengketa,
Satukan fikiran buangkan khianat.
Mencari adil pinggirkan taraf,
Hilangkan bebal mencari ilmu;
Satu jemaah membina saf,
Hidup bersatu itulah ramu.
Bera,
18 08 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Kapal Berlayar Mencari Dermaga