SYAIR PERISTIWA PERKAHWINAN MUHAMAD SAW DENGAN KHADIJAH
SYAIR PERISTIWA PERKAHWINAN MUHAMAD SAW DENGAN KHADIJAH
Orangnya cantik lagi budiman
Khadijah janda hartawan bangsawan
‘Uqbah, Abu Jahal,
Abu Sufian
Bangsawan Mekah menaruh
idaman
Pemuka Quraisy datang
melamar
Ditolak Khadijah dalam sedar
Perangai mereka tiadalah gemar
Perangai buruk amatlah liar
Malam indah bermimpi Khadijah
Mentari turun masuk ke rumah
Terkena sinar seluruh Mekah
Apakah gerangan
begini faedah?
Waraqah Naufal tempat berjumpa
Pengetahuan luas berbagai rupa
Takwil mimpi bagaimana rupa
Suaminya Nabi ingatkan siapa
Kota Mekah asalnya tempat
Suku Quraisy keluarga terdekat
Bani Hashim keluarga terhormat
Terpaku Khadijah khabar diangkat
Mendengar Muhammad mencari upah
Takbir mimpi sedang ditempah
Bersuamikan Baginda tiada disangah
Tiada dizahir bimbangnya fitnah
Dua puluh tiga tahun usia
Baginda kini muda belia
Sopan santun sangatlah ceria
Berbahasa indah perawakan mulia
Keturunan hebat penjaga Mekah
Kepada Ahmad cintanya Khadijah
Pergi Khadijah pada Nafisah
Sahabat baik penghilang gelisah
Tanya Nafisah inginkah
hidup berteman?
Khadijah orangnya insan budiman
Orang hartawan lagi
rupawan
Sukanya Baginda tiada pilihan
Hati Muhammad sangatlah lega
Datang Baginda wakilkan keluarga
Keluarga turut berasa bangga
Dua hati berumah tangga
Abu Talib berbicara indah
Hadir bersama bernama Waraqah
Muhammad Khadijah bertaut sudah
Hari Jumaat dirancang mudah
Harta Abu Talib juga saudara
Mas kahwin diberi pelengkap acara
Emas kahwin dibayar segera
Tanda maruah punya bicara
‘Amir bin Asad wali
Khadijah
Khuwailid bapanya
meninggal sudah
Ijab kabul termetrai
indah
Empat ratus dinar mahar ditempah
Waraqah Naufal pembaca khutbah
Hidup berpasangan hari nan indah
Dua hati berpaut sudah
Hiduplah mereka merukun tabah.
BERA,
09. 10. 2016
Comments
Post a Comment