CATATAN PERKENALAN NABI BERSAMA KHADIJAH DAN ALAM PERKAHWINAN BAGINDA

CATATAN PERKENALAN NABI BERSAMA KHADIJAH DAN ALAM PERKAHWINAN BAGINDA

Abu Talib hidupnya  serba sederhana;  tiada harta anaknya berbaris; sayang Ahmad tiada terbilang
Carilah beliau kerja terdaya; mana sesuai  untuk Baginda; Itulah kewajipan terletak di bahunya
Berbincang Abu Talib dengan saudara;  saudara perempuan bernama Atiqah

Hajat dihati menikahkahkan Ahmad;  apakan daya duit tiada;  Khadijah usahawan kaya ternama
Perlu pekerja dalam berdagang; itulah cara mendapat nafkah;  sesudah itu carilah isteri
Carilah Abu Talib untuk Baginda; bersua Khadijah usahawan terkenal

Bersedia Khadijah Ahmad pembantu;  terima Ahmad setulus hati;  tanah Sham tempat berniaga
Bermula Ahmad seorang pedagang;  pergi Ahmad bersama Maisarah; pembantu Khadijah paling setia
Pesan Abu Talib kepada Maisarah “jagalah Ahmad anak kesayangan”

Bersama berdagang ke tanah Sham; lihatlah Ahmad tanah menghijau; pulang mereka hasil melimpah
Jujur amanah hormatlah Maisarah

Utuslah Baginda seorang diri; sampai di Mekah disambut Khadijah; keperibadian Nabi menambat hati
Khadijah datang menawarkan diri; membina hidup sehati sejiwa

Dua hati sudah diikat; cinta Nabi mekar mewangi; cinta Khadijah tiada penyudah
Hidup mereka bahagia serasi



Kesedihan juga selalu menjelma; itulah hakikat kehidupan nabi; Khadijah melahirkan anak lelaki
Belum belia dipanggil Ilahi; Qasim putera tercinta; anak pertama dalam keluarga.  Abdullah wafatnya muda; keduanya anak tersayang Rasulullah
Saidina Ibrahim anak Rasululah; Berkongsi hidup Mariyatul Qibtiyah. Permata hati ayahanda bunda

Dapatlah Baginda anak perempuan;  jadilah bapa yang penyayang;  Zainab, Rokiah,  Umi Kalthum anak Khadijah; Fatimah juga anak Baginda; Fatimah az Zahra puteri Bongsu;  lahir puteri hari Jumaat
Al-Batuul gelaran indah diberi; Ilmu akhlak amatlah indah; Dialah saksi Baginda dihina,
Kalbu dan jiwa mewanggi iman; itulah asuhan diberi Baginda.  
Itulah nama puteri Rasulullah.

Anak perempuan tiada dikasihi; itulah sifat Arab Jahiliyah
Tiada dibeza anak perempuan;  itulah akhlak terpuji Baginda.

SARJI KASIM,

BERA.

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat