GURINDAM PENGANTIN BARU

GURINDAM PENGANTIN BARU

Tuan umpama bunga yang mekar
Duduk berdua buangkan gusar

Berakhir sudah zaman bujang
Mata dijaga jangan memanjang

Dua hati berpaut sudah
Hidup baru bukannya mudah

Berkongsi hidup saling menjaga
Biarlah setia sampai ke syurga

Kalau rindu sudah berpanjangan
Selepas akad kita berpegangan

Perkara yang elok usah ditangguh
Bimbangnya nanti tidak bersungguh

Jemputlah orang sekadarnya sahaja
Tidakkah itu jimatnya belanja

Kasih dijalin ke akhir jiwa
Kedua pasangan tiada kecewa

Kalau hati sudah terpaut
Melihat bumbung tidak merungut

Kalau kasih sudah dijalin

Cepatlah tuan ke ruang pelamin

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat