Perjalanan Meningkatkan Takwa

Perjalanan Meningkatkan Takwa

Ambillah wuduk seringlah sujud,
Amalan elok buatlah begitu;
Menjelang subuh bersolat tahajud,
Mulianya hidup letak di situ.

Kerbau di kandang sudah melenguh,
Bangkit kerbau dari rebah;
Langkah pertama solat Subuh,
Lelaki hebat solat berjemaah.

Burung di hutan mencari umpan,
Terbang bebas tidak tersasar;
Selepas Subuh bacalah Al-Quran,
Buat panduan carilah iktibar.

Datang hujan hilanglah merkah,
Benih elok sedang menanti;
Setiap hari sampaikan sedekah,
Ganjaran besar sedia menanti.

Banyak berusaha boleh berangan,
Hilangkan terus sifat dengki;
Solat Dhuha dilupa jangan,
Di situ tempat terbitnya rezeki.

Air menitik di atas batu,
Batu merekah tidaklah kuat;
Jagalah wuduk setiap waktu,
Terasa diri di dalam solat.
Rajin berusaha hilangkan leka,
Bertambah rezeki habuannya besar;
Istighfar diucap setiap ketika,
Dosa kecil mudahnya keluar.

Bawalah kompas tidaklah sesat,
Jangan lupa bawalah belati;
Sentiasa berazam tingkatkan ibadat,
Itulah mukmin sebenarnya sejati.

Bera,

23 02 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat