(19) DAKWAH KELUARGA TERDEKAT

DAKWAH KELUARGA TERDEKAT

Tiga tahun sudah berlalu,
 dakwah terbuka semoga mahu

Saudara terdekat diajak bercerita
Abu Lahab datang bersengketa.

Datang dia dengan marah,
mana yang hadir terus disergah

Berputus asa tiada lelah,
itulah sifat Rasul Allah.

Ajak saudara santap bersama,
tengah hari diajak tidaklah lama

Ajak saudara dakwah bersama,
Semua yang hadir berpaling cuma




Datang Ali sedia menolong,
bersama Baginda berfikiran matang

Suku Quraisy memandang serong,
Bani Hashim turut berang

Ajaran baru menuntut kurban,
itulah tanda tebalnya iman.

Hamzah Memeluk Islam

Abu Jahal musuh nyata,
benci Baginda tiada terkata.

Tenang Muhammad terima cerca,
hormat yang tua amatlah suka

Bapa saudara bernama Hamzah,
gemar berburu pandai memanah

Pergilah dia mencari Rasul,
Syahadah diucap depan Baginda.

Ulah Abu Jahal datang mempersenda

datang memukul cederalah Baginda.

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat