SOLAT

Penat berpantun kita bergurindam
kalau salah jangan dikecam
bacalah tuan sampai khatam
mudah-mudahan boleh difaham
SOLAT
Mahu solat mulakan wuduk,
berzikir dahulu sambil duduk
Masuk waktu azan memanggil,
bersih dulu hati degil
Azan disebut jangan bercakap,
ambil makna apa diucap
Solat mesti tempat bersih,
Baru sah solat yang sahih
Bila sudah disebut takbir
Ingatan lain mesti disingkir
Al-fatihah dibaca mesti betul
faham maksud itu yang unggul
Rukun solat ikut aturan
Itu selalu ustaz pesan
Selawat Nabi jangan ditinggal
Solat tak menjadi kalau ditinggal
Salam ke kanan berakhirlah solat
Itulah solat tidaklah berat
Lima kali sehari wajib laksana
Mengaku Muslim ambil cakna
Mesti faham apa disebut
Baru hati menjadi lembut
Kalau lelaki afdhalnya berjemaah
ganjaran diberi lebih bertambah
Banyak berzikir bukan ditegah
pengubat jiwa hati lemah
Sama berdoa kepada Allah
terus berdoa jangan mengalah
Jangan mudah tinggalkan solat
iman yang kental dapat berbuat
Orang solat hatinya tidak lupa
baru tahu buatnya untuk siapa
Kata diucap bawa ke luar solat
baru hidup menjadi berkat
Cari guru tempat merujuk
mana yang salah dapat ditunjuk
EKSPRES SINARAN TIMUR

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat