(4) PERISTIWA BESAR DI TANAH KONTANG

PERISTIWA BESAR DI TANAH  KONTANG

Cerita berkisah di tanah Baitul Maqdis
Di sini tempat Nabi Ibrahim menumpang hidup
Menjalin persefahaman bersama  isteri tercinta, Sarah
Ketentuan Allah tiada diberi zuriat
Pintalah Sarah kepada suami tercinta
Pembantu bernama Hajar minta dinikahi
Mudah-mudahan dimakbulkan Allah penyeri hidup
Zuriat permainan jiwa ada di samping

Tertunai sudah hajat Sarah
Bersama Hajar hidup berpadu suami isteri
Gembira Hajar dirinya berbadan dua
Nurani  seorang perempuan terbitlah rasa cemburu mengelegak
Mengadu Hajar kepada Ibrahim
Terbitlah dari lidah Nabi Ibrahim
“Silalah engkau berbuat apa sahaja kepadanya”

Rasa ketakutan mencengkam dan menikam  nurani seorang bernama perempuan
Seorang bakal ibu membawa diri
Rumah tercinta ditinggalkan sedu
Dalam berlagu hiba tiba di sebuah mata air
Dan malaikat menghampiri
“Janganlah engkau takut! Sesungguhnya Allah akan menjadikan anak yang kaukandung sebagai orang yang amat baik”
“Kembalilah ke rumahmu dan anak kaukandung bernama Ismail. Dialah pembebas umat manusia”

Rasa syukur kepada Ilahi tidak terhitung
Betapa nikmat besar Allah kurniakan
Kembalilah Hajar kepada Ibrahim
dan lahirlah anak lelaki diberi nama Ismail a.s

Deretan  anugerah besar di beri lagi
Isteri pertama Ismail, Hajar melahirkan bayi lelaki diberi nama Ishak
Sujudlah Ibrahim kepada Allah dengan nikmat berganda daripada Sang Pencipta
Dan Sang Pemberi

Naluri kecemburuan  hati seorang perempuan sampai di kemuncak gejolak
Pintalah Sarah kepada Ibrahim asingkan Hajar ke negeri jauh
Terlepas daripada mata memandang dan telinga mendengar
Pergilah Hajar bersama Ibrahim meredah  padang pasir membara
Akhirnya sampai ke negeri Mekah.

Seorang perempuan yang lemah
Hapir sudah tidak terdaya
Sedang menyusu seorang anak lelaki
Ditinggalkan di negeri gersang, kontang, kering dan berdebu
Tidak terdengar suara sahutan manusia; tiada kelibat  anak Adam
Cuaca ganas dalam gelombang membara
Wap pasir kering menerjah panas membahang
Tofan gurun menggulung menyeramkan
Ismail terus di dukung dan dalam pelukan Hajar
Ismail masih kecil dalam musim susuan
Ibrahim meninggalkan mereka di Baitullah berdekatan sebatang pohonan besar
Tiada air, tiada makanan
Sedikit persediaan dari suami tercinta
“hanya potongan buah kurma dan sedikit air”

Ibrahim melangkah pergi dan meninggalkan mereka dalam serba kurang
Ditindih tofan derita yang pekat dan kelam
Bangkit Hajar dan memegang pakaian Ibrahim dan berkata;
“Ibrahim , Engkau hendak ke mana, Kami tiada bekalan”
Hajar terus bertanya;
“Apakah Allah yang memerintah ini”, Ibrahim menjawab “Ya”
Berkatalah Hajar
“Kalau begitu kami di sini tidak akan disia-siakan”

Melangkah pergi  Nabi Ibrahm meninggalkan lembah tandus berbatu dan  berpasir
Tiba tempat di Thaniyyah menghadap Ibrahim arah Baitullah dan mengangkat tangannya berdoa;
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak ada tanaman berhampiran rumahMu (Baitullah) yang  dihormati. Wahai Tuhan kami! (Yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka, dan berikanlah kepada mereka rezeki berupa buah-buahan. Mudah-mudahan mereka bersyukur” (Surah Ibrahim; 37)



Dalam kesepian,  di mamah kesedihan, dicengkam keperitan, dalam  tangisan kepiluan, tika diterjah ketakutan
Diri keseorangan masih terus menyusukan Ismail
Diri  dimamah dahaga  kehausan  dan dihabiskan mana yang  masih tersisa
Rasa dahaga mencengkam  mula menyengat tekak
Di mana air akan kucari

Hajar menghentak-hentak kaki ke tanah tanda tiada apa upaya
Mentari menyeringai, membakar menerbitkan bahang bara yang pekat
Dari jauh tofan gurun menakutkan menerbitkan suara
Berlari Hajar ke Bukit Safa dan Marwah
Berulang kali dilakukan sampai kali ketujuh
Terdengar Hajar suatu suara
Malaikat berada dekat Zam-zam dan membenamkan sayapnya ke tanah
Keluarlah ar memancar, Maha suci Allah
Minumlah Hajar dengan sepuas-puasnya dan dahaga yang menyengat semakin hilang
Kembali Hajar dengan rasa  kasih dan cinta kepada Ismail dan disusui anak kesayangan
Dengan penuh rasa  dakapan kasih dan sayang.
Malaikat berkata;
“Kamu jangan takut dengan tempat ini sebab di situ terdapat Baitullah yang kelak  akan dibangunkan oleh anak ini dan ayahnya, Allah tidak akan mensia-siakan keluarganya”.

Tersedia air semuanya lega,
Warga Mekah hilang gelisah;
Ibrahim Ismail berpadu tenaga,
Rumah Allah tersergam indah.

Bera,

26  09 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat