Selamat Tinggal Memori Silam Untuk sahabatku: Cikgu Zuhari

Selamat Tinggal Memori Silam
Untuk sahabatku: Cikgu Zuhari

Selamat tinggal semua
Selamat tinggal bunga-bunga taman
Selamat tinggal kupu-kupu putih
Selamat tinggal air yang menyiram taman
Tanpa engkau; taman ini tidak bererti apa-apa
Kutinggalkan dahulu  kalian digudang kehidupan
Terpahat dibenakku suka duka kehidupan
Untuk aku bergelar pendidik

Terima kasih sahabat
Budimu nan luhur kubawa pergi
Kenangan indah bersama kalian tak kan pernah padam
Terus mewangi bersama nota kehidupan yang tidak pernah kering

Kutinggalkan kalian di sini
Benih-benih kerinduan tetap terpahat dimemori
Aku ingin terus menatapi wajah-wajahmu
Riang gembira bersama payung kehidupan
malahan  wajah kusam keletihan melayan anak bangsa
tetap terakam disudut hati


Perjuangan kita adalah langkah yang sama
Berbeza tempat bukan halangan untuk kita
Menggilap anak permata biar bersinar di tanah bertuah ini

Kupergi dahulu
Menguruskan fail bertimun di meja perjuangan
Bersama rentak bersama gerak
Kita bangunkan daerah ini
Biar semarak tumbuhnya minda bistari
Kerana kita tidak mahu
Generasi masa depan memandang kita
Kita membungkus diri tiada berbuat apa-apa untuk kehidupan mereka
Benar,  kita membakar lilin untuk menerangi kehidupan mereka
Baiarpun  kita kering tiada bertanda
Tiada mengapa
Kerana perjuangan suci itu menuntut pengorbanan dan keikhlasan


Sarji Kasm

12 02 2015

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat