Mana Manisnya Budi Bahasa


Sebatang pohon daunnya rimbun
Rimbun daunnya bercabang rantingnya
Di situ tempatkeluarnya bunga
Di situ juga adanya buah
Buahnya manis rasanya lazat
Batangnya tegak besar akarnya kukuh
Mencengkam kuat ke dalam tanah menyedut air
Bersama baja untuk sepohon pokok
Bajanya baik sumber dari Al-Quran
Al-Sunnah juga jadi panduan
Sebatikan padu bersama akidah, syarak dan akhlak
Dahan itulah nilai akhlak paling utama terpuji
Buah manis dan ranum disitulah letaknya budi bahasa
Sumbernya wahyu
Kesempurnaan jelas terpadu
Pemikiran mana lagi mahu diadun
Pemikiran mana lagi mahu dicari
Nikmat mana lagi belum terpenuhi
Kesempurnaan itu cukup untuk
Manusia berakal berfikir
Di bumi sementara ini.
Bera,
03 02 2014

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat