Perginya Seorang Pejuang


Burung laut terbang petang,
Mencari sarang tiada yang lain;
Lahirnya manusia tanpa benang
Pergi insan membawa sehelai kain

Damailah guru di dunia sana,
Kami juga akan ke sana,
Amal takwa di bawa bersama
Perjuangan suci dibawa mati

Insan mulia terasa kehilangan
Ilmu bergudang juga ke pusara
Al Fatihah untukmu tuan  guru
Perjuanganmu belum berakhir

Dunia Islam menanggis kehilanganmu
Pergimu sukar ditukar ganti
Engkau hebat dimata kawan dan lawan
Suaramu menggunung selautan hikmah.

Ya Rabbi, tempatkanlah insan ini ditempat terpuji
Kerana dialah pewaris nabi
Patah tumbuh hilang berganti
Yang berganti tak akan sama yang sudah pergi

Jejak bijak sama mengatur strategi
Landasan lurus ada di depan
lalu, kitalah penerusnya
walau hanya setitik dakwat
di laut membiru.

Bera,

13 02 2015

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat